Bunyi Seakan-akan Aspirasi dan Berhembusan dalam Fonologi Bahasa Suhaid: Analisis Teori Optimaliti (The Aspirated and Breathy Voiced Stops in Suhaid Phonology: An Optimality Theoretic Account)

Chong Shin

Abstract


Bahasa Suhaid dituturkan di lembah Sungai Seberuang and Suhaid, Kalimantan Barat (Indonesia). Bahasa ini menyerlahkan keunikannya kerana mengandungi sistem bunyi K+h (konsonan+frikatif glotis), iaitu bunyi yang seakan-akan beraspirasi. Ciri bunyi ini terbentuk hasil pengguguran /ə/ pada suku kata awal. Oleh kerana r sepadan dengan /h/ dalam bahasa Suhaid, pengguguran /ə/ akan menghasilkan konsonan rangkap yang berbentuk K+h. Makalah ini membincangkan fenomena kewujudan bunyi yang seakan-akan beraspirasi ini dari perspektif fonologi Optimaliti. Objektif kajian ini ialah ingin menegaskan bahawa teori Optimaliti mampu memberi penjelasan yang memadai tentang kelainan output yang dijana oleh input berdwisuku dan trisuku. Kajian ini menemukan bahawa bagi input yang berdwisuku, pengguguran schwa akan mengapungkan mora, dan seterusnya dihubungkan ke vokal yang berhampiran untuk membentuk vokal panjang. Bagi input yang bertrisuku, diperhatikan bahawa mora sebaliknya dihubungkan ke bunyi konsonan dan membentuk konsonan panjang. Konsonan panjang ini seterusnya akan mengalami degeminasi, peleburan dan akhirnya menghasilkan bunyi berhembusan sebagai outputnya. Berdasarkan analisis, kekangan *GEM (konsonan panjang tidak dibenarkan) dan *ONSET KOMPLEKS (Setiap nodus suku kata tidak boleh dihubungkan dengan lebih dari satu K atau V) memainkan peranan penting dalam pembentukan ciri-ciri fonologi ini. Di bawah kekangan *GEM, kesemua calon yang mengandungi konsonan panjang akan tewas kerana kekangan ini berada di hieraki tertinggi. Kekangan *ONSET KOMPLEKS pula adalah kekangan yang khusus berperanan pada input bertrisuku untuk menjana output berdwisuku. Dengan kekangan ini (berserta dengan beberapa kekangan lain), calon-calon yang mengandungi bunyi /k+h/ akan disingkirkan dan mewajarkan calon yang dengan bunyi berhembusan muncul sebagai calon yang optimal.

Kata kunci: Bahasa Suhaid; Beraspirasi; Bunyi Berhembusan; Teori Optimaliti; Kekangan

 

Abstract

 

Suhaid language is spoken in Seberuang and Suhaid river basins, Western Kalimantan (Indonesia). This language exhibited its uniqueness with the C+h (consonant + glottal fricative) sound system, which is similar to the aspirated occlusive voice. This aspirated occlusive is derived from the deletion of /ə/ in the penultimate syllable position. Since in Suhaid, r is correspondence to /h/, the C+h form will formed after the deletion of schwa. This paper discusses the existence of the aspirated occlusive voice from the perspective of Optimality phonology. This study has consolidated that this theory is a practicable approach to explain the generation of two different output after the deletion of schwa. This study found that in a disyllabic input, this deletion of schwa has lead to a floating mora which later being attached to immediate vowel and formed a vowel lengthening. On the other hand, for the trisyllabic input, the floating mora will attach to the onset nearby and produce a geminate consonant. This consonant later will undergo the process of degemination, segmental coalescence and eventually appeares as a breathy voiced in the output. Based on analysis, the *GEM (NO GEMINATE) and *COMPLEX ONSET (no more than one segment may associate to any one syllabic constituent) constraints played crucial role in terms of constraint satisfaction and violation. All the candidates with geminate consonant will be ruled out as fatal violation since *GEM dominates the other contraints in the constraint hierarchy. *COMPLEX ONSET on the other hand is an additional constraint that play specific roles to generate dwisyllabic output (from trisyllabic input). This constraint (as well as other constraints) will eliminates all the /C+h/ candidates and the candidate with breathy voice which fully satisfies the given constraint is the optimal candidate.

Keywords: Suhaid language; Aspirated voice; Breathy voice; Optimality theory; constraint 

 


Full Text:

PDF

References


Adi Yasran & Zaharani Ahmad. 2008. Onset Mora dalam Dialek Kelantan: Analisis Tatatingkat Kekangan. Jurnal e-Bangi. 3(3): 1-16.

Aznur Aisyah & Zaharani Ahmad. 2017. An Optimality Analysis of Malay Loanwords in Japanese. Akademika 87(1): 303-314.

Bambang, B. 2003. Dayak Suaid di Kapuas Hulu. Kalimantan Review 94(12):35.

Collins, J.T. 1987. Dialek Melayu Sarawak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collins, J.T. 2005. On Classifying Malayic Variants in Western Borneo. Dlm. Collins, J.T. & Hermansyah (ed.). Prosiding Persidangan The Languages and Literatures of Western Borneo: 144 years of Research, hlm. 321-335. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu.

Chong Shin. 2008.

Farid M. Onn. 1980. Aspects of Malay Phonology and Morphology: A Generative Approach. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Farid M. Onn. 2014. Saya dan Fonologi: Mendekati Tatabahasa Sejagat. Bangi: Penerbit UKM.

Fulop, S.A. & Golston, C. 2008. Breathy and Whispery Voicing in White Hmong. The Journal of the Acoustical Society of America 123(5):3883.

Hudson, A.B. 1970. A Note on Selako: Malayic Dayak and Land Dayak Languages in Western Borneo. Sarawak Museum Journal 18(36-37): 301-318.

Hayes, B. (1989). Compensatory lengthening in moraic phonology. Linguistic Inquiry 20(2): 253-306.

Jaludin Chuchu. 2003. Bahasa Melayu Brunei dalam salasilah bahasa Melayu purba. Bangi: Penerbit UKM

Kager, R. 1999. Optimality Theory. Cambridge: Cambridge University Press.

Lapoliwa, H. 1981. A generative approach to the phonology of Bahasa Indonesia. Pacific Linguistics Series D (34). Canberra: The Australian National University

Lehmann, W. 1973. Historical Linguistics: An introduction. New York: Holt, Rinehart & Winston Inc.

McCarthy, J.J. & Prince, A. 1993, 2001. Prosodic Morphology: Constraint Interaction and Satisfaction. Amherst: University of Massachusetts.

Mohd Aizaini Maarof & Muhammad Shafie Abd. Latiff. 2006. Logik Pengaturcaraan Komputer. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Noor Azureen Hamid @ Ahmed & Sharifah Raihan Syed Jaafar. 2019. Diftong dialek Melayu Saribas. Akademika. 89(3): 113-127.

Noraisikin Ghazali, Mohammad Fadzeli Jaafar & Harishon Radzi. 2020. Peralihan Bahasa dalam kalangan dua generasi Cham Malaysia. Akademika. 90(2): 75-89.

Nur Adibah Hasan & Sharifah Raihan Syed Jaafar. 2017. Struktur Suku Kata Terbitan Dialek Terengganu. Akademika 87(1):165-175.

Prince, A. & Smolensky, P. 2004. Optimality Theory: Constraint Interaction in Generative Grammar. Malden, Mass: Blackwell.

Rahim Aman. 2008. Linguistik bandingan bahasa Bidayuhik. Bangi: Penerbit UKM.

San, Duan Mu. 2000. The phonology of standard Chinese. Oxford: Oxford University Press.

Sharifah Raihan Syed Jaafar. 2012. Kekangan Penggabungan Nasal-Obstruen Letupan Bersuara dalam Bahasa Melayu Standard. Jurnal Bahasa 12(1): 20-40.

Sharifah Raihan Syed Jaafar. 2017. Pembentukan Struktur Suku Kata Dialek Melayu Kuala Pilah. Jurnal Bahasa 17(1): 61-83.

Teoh Boon Seong. 1988. Aspects of Malay Phonology Revisited: a Non-linear Approach. Disertasi Ph.D. University of Illinois.

Tesar, B. 2004. Computing Optimal Forms in Optimality Theory: Basic Syllabification. In J. J. McCarthy (Eds.). Optimality Theory in Phonology: A Reader, hlm 101-117. Oxford: Basil Blackwell.

Thamaraselvi Krishnasamy & Sharifah Raihan Syed Jaafar. 2018. Fonologi Kata Pinjaman Tamil dalam Bahasa Melayu Berdasarkan Teori Optimaliti. Jurnal Bahasa 18(2): 343-362.

Zaharani Ahmad, Nor Hashimah Jalaluddin & Maizura Osman. 2013. Harmoni Vokal dan Degeminasi dalam Kata Pinjaman Arab: Analisis Tatatingkat Kekangan. GEMA Online® Journal of Language Studies. 13(3): 193-209.

Zaharani Ahmad, Nor Hashimah Jalaluddin & Nor Faizah Muhamad Mislani. 2011. Fonologi Kata Pinjaman Sanskrit dan Teori Optimaliti. Jurnal Linguistik. 11(Mac Edisi Khas): 1-22.

Zaharani Ahmad. 1993. Fonologi Generatif: Teori dan Penerapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaharani Ahmad. 1998. Phonology and Morphonology Interface in Malaysia: An Optimality Theoretic Account. Canberra: Pacific Linguistics.

Zaharani Ahmad. 2006. Kepelbagaian Dialek dalam Bahasa Melayu: Analisis Tatatingkat Kekangan. Jurnal e-Bangi. 1(1): 1-26.

Zaharani Ahmad. 2013. Aspek Fonologi Bahasa Melayu: Dari Derivasi Rumus kepada Tatatingkat Kekangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694