PERSEPSI PELAJAR MENGENAI APLIKASI QUIZIZZ DAN PADLET BAGI KURSUS KEJURUTERAAN GEOTEKNIK
Abstract
Kejuruteraan Geoteknik adalah salah satu sub bidang didalam kejuruteraan awam. Kursus ini melibatkan penggunaan prinsip asas geologi dan mekanik tanah dalam penentuan rekabentuk dan pembinaan struktur tanah yang selamat. Dalam konteks pengajaran di kuliah, kaedah tradisional seperti slaid and buku teks dilihat membosankan kerana pengajaran hanya berbentuk satu hala dan pelajar tidak mempunyai medium untuk berinteraksi. Oleh itu, pendekatan di dalam kuliah yang berkesan dapat memastikan pemahaman yang lebih baik serta penguasaan terhadap konsep asas dalam kejuruteraan geoteknik. Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan persepsi para pelajar mengenai pendekatan pengajaran yang sesuai dijalankan di kuliah menggunakan aplikasi Quizizz dan Padlet bagi kursus Kejuruteraan Geoteknik. Seterusnya, ia juga bertujuan untuk mengenal pasti kaedah terbaik yang wajar digunapakai bagi kursus Kejuruteraan Geoteknik. Sekain itu, kajian ini turut menilai kesan pendekatan mengunakan kedua-dua aplikasi tersebut terhadap tahap pemahaman pelajar serta keterlibatan pelajar secara aktif semasa sesi kuliah berlangsung. Kajian ini melibatkan soal selidik ke atas pelajar prasiswazah Tahun 3 sesi akademik 2022/2023, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Kebangsaan Malaysia yang mengikuti kursus ini. Soal selidik bagi kajian ini dilakukan secara atas talian, dimana pelajar perlu mengisi tinjauan tersebut pada hari terakhir sesi kuliah dijalankan. Daripada kajian yang dijalankan, didapati sebanyak 82.10% pelajar bersetuju dengan perlaksanaan aplikasi Quizizz dan 57.10% pelajar bersetuju dengan perlaksanaan Padlet semasa kuliah diajalankan. Namun, terdapat 35.70% pelajar menjawab tidak pasti, 5.40% tidak setuju, dan 1.80% sangat tidak setuju dengan penggunakan aplikasi Padlet kerana mereka seringkali mempunyai kesukaran ketika ingin memuat naik fail. Aplikasi Quizizz turut dilihat mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai e-penilaian. Hal ini kerana aplikasi tersebut dapat mengira markah pelajar secara automatik dan sekali gus dapat meringankan beban tugasan pelajar serta beban ahli akademik untuk menanda markah tugasan.
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Cugelman, B. (2013). Gamification: What It Is and Why It Matters to Digital Health Behavior Change Developers. JMIR Serious Games, 1(1), e3.
Dawi, N. F. & Abas, A. (2020). Kesantunan Berbahasa dalam Kalangan Pelajar Universiti Malaysia Sabah. Jurnal Pusat Penataran Ilmu & Bahasa, 31(2), 133-152.
Hassan, C. Z. C. & Rahman, F. A. (2011). Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Menulis Di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (1), 67-87.
Hassan, H. & Yusof, M. M. (2021). Analisis Faktor Demografi Terhadap Kesediaan E-Pembelajaran Pelajar Diploma Di Politeknik Malaysia. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 6 (S3), 32 – 38.
Hassan, M. N. & Hassan, H. (2020). Sikap Terhadap Subjek Ekonomi dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Daerah Segamat. Journal of Social Transformation and Regional Development Special Issue, 24-31.
Jamian, R. (2020). Analisis Deskriptif bagi Penggunaan Aplikasi Quizizz ke atas Guru dalam Penilaian Prestasi Murid bagi Subjek Matematik. Mathematical Sciences and Informatics Journal, 1(2), 87–97.
Jusoh, W. N. H. W., Ghani, R. A., Noor, N. A. M., Awang, A. & Sulaiman, N. H. (2019). Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Video dan Padlet (Pvdp) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Pemikiran dan Tamadun Islam. e-Academia Journal, 8(2).
Lestari, G., Mahbubah, A. & Masykuri, M. F. (2019). Pembelajaran Bahasa Arab Digital dengan Menggunakan Media Padlet di Madrasah Aliyah Billingual Batu. Proceeding of International Conference on Islamic Education (ICIED), 4(1), 238–244, 24 December 2019. Malang. Available online: https://conferences.uin-malang.ac.id/index.php/icied/article/view/1092
Matlan, S. J. & Siti Mistima Maat, S. M. (2021). Penggunaan Aplikasi Quizizz Sebagai Alternatif Penilaian Formatif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 217-227.
Muhammad, S. J. N. (2019). Pembelajaran Fleksibel Berasaskan Massive Open Online Course (MOOC) Suatu Transformasi dalam Pengajian Manuskrip Melayu. International Journal of the Malay World and Civilisation, 7(3), 2019: 63-73.
Mohamad, A. M. (2020a). Keberkesanan Quiziz sebagai Medium Alternatif Ulangkaji dan Pembelajaran Kendiri. Jurnal Personalia Pelajar, 23(2), 29-37.
Mohamad, A. M. (2020b). Quizizz sebagai E-Penilaian Norma Baharu terhadap Penutur Antarabangsa dalam kursus Bahasa Melayu. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 11, 80-92.
Muslim, N. & Samian, A.L. (2012). Tahap Penerimaan Pelajar terhadap Peruntukan Bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan. International Journal of the Malay World and Civilisation, 30(1), 3-27.
Peng, C. F., & Jamaludin, Z. (2022). Kesediaan, Motivasi dan Kepuasan Pelajar Tingkatan 1 dalam Pembelajaran KOMSAS secara dalam Talian. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 12 (1), 29-39.
Soad, N. F. A. M., & Zainal, H. (2022). Persepsi Murid Mengenai Aplikasi Quizizz Dalam Pembelajaran Bahasa Arab dan Kesannya Terhadap Motivasi. Tinta Artikulasi Membina Ummah, 8(1), 1-12.
Subari, K. & Yahya, M. & Yusof, I. (2019). Kajian Awal: Tahap Penguasaan Pelajar Institut Kemahiran Malaysia Dalam Konsep Asas Elektrik, Jurnal Persatuan Pendidikan Teknik Dan Vokasional Malaysia, 8, 41-49.
Rachmadyanti, P. (2021). Persepsi Mahasiswa PGSD tentang Penggunaan Padlet pada Pembelajaran Microteaching. Jurnal Pemikiran dan Pengembangan Sekolah Dasar, 9(2), 103-115.
Zhao, F. (2019). Using Quizizz to integrate fun multiplayer activity in the accounting classroom. International Journal of Higher Education, 8(1), 37–43.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
Index