Pengaruh Komunikasi Strategik ke atas Keberkesanan Penyampaian Mesej

Maizatul Haizan Mahbob, Wan Idros Wan Sulaiman, Wan Amizah Wan Mahmud

Abstract


Komunikasi strategik merupakan suatu bentuk tindakan berstrategi dan sangat penting untuk pembangunan organisasi kerana komunikasi dianggap sebagai penyumbang utama kepada kecekapan organisasi. Tujuan utama kajian ini adalah bagi mengenal pasti pola komunikasi yang digunakan, menganalisis sejauh mana pola komunikasi mempunyai hubungan dengan amalan komunikasi strategik serta menganalisis sejauh mana elemen komunikasi strategik iaitu perancangan komunikasi, sokongan pengurusan atasan, mesej bersasaran, pemilihan dan penggunaan alat komunikasi, penilaian berterusan dan budaya kerja mempengaruhi  keberkesanan mesej yang disampaikan dalam kalangan kakitangan KTMB. Penetapan elemen tersebut adalah bersandarkan kepada Model Komunikasi Strategik Barret (2002). Model Barret ini telah diubah suai oleh pengkaji dengan menambah dua lagi elemen iaitu perancangan komunikasi dan budaya kerja. Untuk tujuan kajian ini, sebanyak 28 aduan yang dihantar oleh pengguna KTMB dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Kemudian, survei pula dijalankan ke atas 200 responden yang terdiri daripada kakitangan komuter di Lembah Klang. Hasil kajian mendapati pengguna kerap menghantar aduan dan kebanyakan aduan berkait dengan pengurusan perkhidmatan dan budaya kerja. Pada masa yang sama, KTMB banyak mengamalkan pola komunikasi mendatar dan komunikasi luar organisasi berbanding pola komunikasi menegak dan berpenjuru. Melalui analisis korelasi, hasil kajian mendapati terdapat hubungan sederhana kuat antara pola komunikasi dengan komunikasi strategik. Manakala, bagi analisis regresi pula menunjukkan elemen komunikasi strategik mempengaruhi sebanyak 56 peratus varians terhadap keberkesanan penyampaian mesej.

 

Kata kunci: Komunikasi strategik, penyampaian mesej, pengurusan, kakitangan, komunikasi keorganisasian.


Full Text:

PDF

References


Ab. Aziz Yusof. (2010). Gelagat organisasi: Satu pendekatan strategik. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Abdul Mua’ti Ahmad. (2006). Komunikasi di tempat kerja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Samad Kechot. (2015). Bentuk komunikasi dalam menangani peranan kepimpinan Badan Bukan Kerajaan (NGO) perfileman. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 31(2), 423- 439.

Ahlam Abdul Aziz. (2016). Peranan teknologi komunikasi dan sumbangannya ke arah perkembangan komunikasi dalam organisasi yang berkesan. Forum Komunikasi, 11(2), 51-64.

Aizzat Mohd. Nasurdin, Intan Osman, & Zainal Ariffin Ahmad. (2006). Pengantar pengurusan (Siri pendidikan jarak jauh). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Arasa, R., & K’Obonyo, P. (2012). The relationship between strategic planning and firm performance. International Journal of Humanities and Social Science, 2(22), 201-213.

Barret, D. J. (2006). Leadership communication: A communication approach for senior-level managers. Emerald Group Publishing Limited. Retrieved from https://hdl.handle.net/1911/27037

Bharadwaj, A. (2014). Planning internal communication profile for organizational effectiveness. IIM Kozhikode Society & Management Review, 3(2), 183-192. doi: 10.1177/2277975214542059

Butler, C. J. (2010). Internal and lateral communication in strategic alliance decision making. An International Journal, 15(3), 698-712.

Che Hasniza Che Noh, & Ab Aziz Yusof. (2011). Kemahiran komunikasi interpersonal dalam organisasi. Kuala Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

Clampitt, P. G. (2005). Communicating for managerial effectiveness (Edisi ke-3). London: Sage Publications.

David, F. R. (2001). Pengurusan strategik: Konsep dan kes (Mohd Hizam Hanafiah (terj.) & Mohd Khairuddin Hashim (pnyt), Edisi ke-8). Malaysia: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Day, C., Niekerk, M. V., & Okumus, F. (2017). The important of strategic communication during change management at Palm College of Hospitality and event management. Journal of Hospitality & Tourism, 5(3), 87-92.

Falkheimer, J. (2014). The power of strategic communication in organizational development. International Journal of Quality and Service Sciences, 6(2/3), 124-133. Retrieved on 11 Januari 11, 2018, from https.sci-hub.tw/10.1108/IJQSS-01-2014-0007

Frandsen, F., & Johansen, W. (2015). Organizations, stakeholders, and intermediaries: Towards a general theory. International Journal of Strategic Communication, 9(4), 253-271. doi: 10.1080/1553118X.2015.1064125

Griffin, R. W., & Ebert, R. J. (2006). Bisnis (Jilid 1, Edisi ke-8). Jakarta: Penerbit Erlangga.

Government Communication Service. (2014). Writing a communication strategy. London: Author.

Institut Integriti Malaysia & Pelan Integriti Nasional. (t.th.). Budaya etika dan integriti membentuk budaya kerja cemerlang. Retrieved on Julai 20, 2017, from http://www.audit.upm.edu.my/berita/budaya_etika_dan_integriti_membentuk_budaya_kerja_cemerlang-20715

Kamaruzzaman Abdul Manan, Shuhaida Md Nor, & Bahiyah Omar. (2013). Model penilaian Kirkpatrick: Mengkaji pengaruh komunikasi terhadap keberkesanan latihan. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 29(2), 31- 50.

Kartini Mat Rashid, Asri Salleh, & Adlan Ahmad Bakri. (2012). The effect of communication between superior and subordinate. E-Academia Journal, 1(1), 104-107.

Kassim Thukiman. (2003). Perancangan dan pengurusan strategik organisasi: Suatu analisis. Jurnal Kemanusiaan, 16(1), 1-9.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607-610. doi: 10.1177/001316447003000308

Low Hock Heng, Siti Zaleha Omain, & Hishamuddin Md Som. (2007). Perkongsian pengetahuan di kalangan industri kecil dan sederhana di Malaysia (Unpublished Project Report, Universiti Teknologi Malaysia). Retrieved from http://eprints.utm.my/id/eprint/2676/

Mahoney, J. (2013). Strategic communication: Principles and practice. South Melbourne: Oxford University Press.

McLean, G. N., & Egan, T. M. (2008). Applying organization development tools in scenario planning. Advances in Developing Human Resources, 10(2), 240-257. Retrieved from http://journals.sagepub.com/doi/pdf/10.1177/1523422307313328

Mohamad Said Awang, & Zulhamri Abdullah. (2012). Hubungan antara pertimbangan pemimpin, pertukaran komunikasi dan komitmen organisasi. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 28(1), 121-136.

Mohd Hazim Asran Abdullah, & Lokman Mohd Tahir. (2014). Amalan perkongsian ilmu di Institusi Pendidikan Teknikal Mara. International Seminar on Technical and Vocational Education 2014 (TVEIS 2014) (hlm. 384-405).

Mohd Zuri Ghani, & Aznan Che Ahmad. (2008). Strategi untuk mengembangkan kemahiran berkomunikasi kanak-kanak berkeperluan khas. Pendidikan Khas, 8(2), 5-13.

Mujiasih, E., & Ratnaningsih, I. Z. (2012). Meningkatkan work engagement melalui gaya kepemimpinan transformasional dan budaya organisasi. Retrieved from https://www.coursehero.com/file/17314151/ARTIKEL-55/

Newman, A. (2016). Communication planning: A template for organizational change. Cornell Hospitality Report, 16(3), 3-6.

Newstrom, J. W. (2015). Organizational behaviour: Human behaviour at work (14th ed.). United States of America: McGraw Hill.

Pate, R. R., & Buchner, D. M. (2013). Implementing physical activity strategies. United States: Human Kinetics.

Peters, T. J., & Waterman, R. H. (1992). Mencari kecemerlangan: Rahsia kejayaan Amerika Syarikat (Edisi Bahasa Malaysia, terj. Wan Sakinah Wan Abrahim). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Prasetyo, A. E. (2011). Pengaruh budaya kerja terhadap perilaku kerja dan kinerja karyawan pada PT. Bank Pembangunan Daerah (BPD) Banyuwangi (Tesis Sarjana, Fakultas Ekonomi, Universitas Jember, Indoesia).

Ressler, W. H. (2012). When “Play for Pink” became playing for each other: Team cohesion as a goal of socially responsible strategic communication. Case Studies in Strategic Communication, 1(4), 38-68.

Rosli Mohammed. (2016). Audit komunikasi organisasi. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Samsudin A. Rahim. (1993). Komunikasi asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Samsuni Mohd Nor, & Zakaria Abd Hadi. (2005). Perancangan strategik organisasi melalui pelaksanaan balanced score card. Jurnal Pengurusan Awam, 4(1), 64-76.

Suhana Saad, & Kartini Aboo Talib. (2015). Implimentasi budaya kerja Jepun dalam organisasi di Malaysia. Malaysia Journal of Society and Space, 11(6), 1-10.

Syed Arabi Idid. (1998). Kaedah penyelidikan komunikasi dan sains sosial. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Thomas, G. F., & Stephens, K. J. (2015). An introduction to strategic communication. International Journal of Business Communication, 52(1), 3-11.

Upik, A. S. E. P. (2016). Strategi komunikasi program “Anti Pemadaman (Zero Trip Feeder) PT PLN (Persero) area Surakarta PT PLN (PERSERO) area Surakarta dalam mengurangi pemadaman listrik tahun 2014 (Tesis Sarjana, Program Studi Ilmu Komunikasi Fakultas Ilmu Sosial dan Politik, Universitas Sebelas Maret Surakarta).

Walker, R. (2011). Strategic management communication for leaders (2nd ed.). USA: South-Western Cengage Learning.

Wan Idros Wan Sulaiman. (2015). Hubungan pengurusan maklumat dengan kepuasan komunikasi dalam kalangan kakitangan kumpulan sokongan sektor awam (PhD thesis, Universiti Putra Malaysia).

Wan Idros Wan Sulaiman, & Maizatul Haizan Mahbob. (2014). Kesignifikanan model kepuasan komunikasi dalam konteks pengurusan maklumat sektor awam. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 30(1), 97-115.

Wan Idros Wan Sulaiman, & Maizatul Haizan Mahbob. (2015). Hubungan komunikasi keorganisasian dengan perancangan strategik modal insan Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 31(2), 1-14.

Wibowo, A. A. (2013). Pengaruh iklim komunikasi organisasi dan budaya kerja terhadap kinerja guru SMK negeri 11 Semarang (Tesis Sarjana, Program Pendidikan Ekonomi, Fakultas Ekonomi, Universitas Negeri Semarang).

World Health Organization. (2017). WHO strategic communications framework for effective communications. Geneva: Author.

Zafir Mohd Makhbul, & Fuh Mohamad Hasun. (2003). Mengurus latihan dan kerjaya: Ke arah meningkatkan kesetiaan pekerja. Petaling Jaya: Leeds Publications.

Zawiyah Mohammad Yusof. (2009). Kemahiran komunikasi. Ampang: Dawama Sdn. Bhd.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528