Refleksi Gastronomi dalam Komunikasi: Analisis Semantik Inkuisitif
Abstract
Gastronomi ialah bidang pengkajian yang berkaitan dengan makanan dan amalan pemakanan yang baik (good eating). Makanan bukan sahaja penting untuk hidup, tetapi turut mempunyai pengaruh dalam menyampaikan mesej melalui komunikasi. Dalam konteks budaya Melayu, elemen yang terdapat dalam gastronomi mempunyai pengaruh secara tidak langsung dalam komunikasi, khususnya komunikasi secara tersirat. Hal ini jelas dapat dilihat dalam peribahasa Melayu. Tumpuan analisis ini adalah peribahasa yang menunjukkan pengaruh makanan yang berunsur sejuk dan panas. Contohnya, pisang mewakili makanan berunsur sejuk, dan daging yang mewakili makanan berunsur panas. Data peribahasa Melayu dikumpulkan daripada pangkalan data www.malaycivilization.com UKM dan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. Kajian ini menerapkan pendekatan rangka rujuk silang (RRS) dan semantik inkuisitif dalam penganalisisan data. Data yang diperoleh diperkukuh dengan hasil janaan data korpus yang menunjukkan persamaan antara konsep dan ciri-ciri yang dibawa oleh makanan yang berunsur sejuk-panas dan penggunaannya dalam masyarakat sehari-hari, khususnya yang berkaitan emosi penuturnya. Hasil kajian mendapati peribahasa berkaitan makanan berunsur sejuk menunjukkan ciri-ciri ‘sejuk’ melalui emosi gembira, bahagia dan senang hati. Manakala makanan berunsur panas pula didapati memaparkan ciri-ciri ‘panas’ yang ditunjukkan melalui sifat negatif, seperti ‘zalim’, ‘berpura-pura’ dan ‘kesakitan’ yang menjadi subjek makna harfiahnya. Konsep dan ciri-ciri yang terdapat dalam makanan telah diserap dan diadaptasi dalam bentuk komunikasi implisit secara tidak langsung. Gabungan data, teori, falsafah dan budaya telah dapat menghasilkan huraian makna dalam peribahasa Melayu, yang akhirnya mencerminkan akal budi penuturnya khususnya berkaitan gastronomi Melayu.
Full Text:
PDFReferences
Abdul Samad Idris. 1989. Dengan 300 Pepatah. Kuala Lumpur: Pustaka Budiman.
Abdullah Hassan. 1993. Bahasa Kiasan. Jurnal Dewan Bahasa 37(10):907-913.
Abdullah Hussain. 2003. Kamus Simpulan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Sarji Abdul Hamid. 2005. Memahami Melayu Melalui Bahasa Kiasan: Satu Persoalan. Prosiding Seminar Islam Hadhari: Kefahaman Mengenai Keutuhan Budaya, hlm 1-20.
Asmah Haji Omar. 1986. Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. 1996. “Hubungan Faktor-faktor Linguistik dan Bukan Linguistik Dalam Perkembangan Bahasa Melayu” dlm. Dewan Bahasa Jun 1966. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Hj. Omar. 2005. Budaya dan bahasa kiasan. Jurnal Peradaban Melayu, Vol. April 2011 dalam penerbit.upsi.edu.my/website_ejurnal/jurnal%20site/./bab1.htm [15 April 2015].
Bahren Umar Siregar. 2010. Emosi dan kebudayaan dalam bahasa kiasan. http://sastra.um.ac.id/wp-content/uploads/2010/01/104-Bahren-Umar-Siregar LTBI-UAJ-Emosi-dan-Kebudayaan-dalam-Bahasa kiasan.pdf [10 Oktober 2014].
Charteris-Black, J. 2000. Figuration, lexis and cultural resonance: A corpus based study of Malay. Journal of Pragmatic. 10(3): 281-300.
Che Wan Jasimah. 2000. Konsep Kesihatan Melalui Pemakanan Pendekatan Islam dan Sains. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Csoban, K. dan Konyves, H.E. 2015. Gastronomy and Culture. Hungary: University of Debrcen.
Danial Zainal Abidin. 2014. Quran Saintifik Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains. Batu Caves:PTS Millennia Sdn. Bhd.
Faszly, Wan Nasyrudin dan Aminah. 2017. Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam. Kuala Ferguson, L. R. 2010. Meat and Cancer. Meat Science 84 (2010): 308-313.
Goddard, C. 2009. Like a Crab Teaching Its Young to Walk Straight. Dlm. Senft, G dan Basso, E.B. (penyt.). Ritual Communication, hlm: 103-119. London: Bloomsbury Publishers.
Hasmidar Hassan & Jafizah Jaafar. 2016. Penginterpretasian Peribahasa dan Hubungannya dengan Kemahiran Berfikir: Analisis Berdasarkan Teori Relevans, Jurnal Bahasa Jilid 16 Bil. 1, 94-119.
Hassan Ahmad. 2003. Metafora Melayu: Bagaimana pemikir Melayu mencipta makna dan membentuk epistemologinya. Siri Monograf Akademi Kajian Ketemadunan. Bangi. Akademi Kajian Ketemadunan.
Hishamudin Isam, Faizah Ahmad dan Mashetoh Abd Mutalib. 2014. Wajaran Penggunaan Data Korpus Dalam Penulisan Ilmiah: Dimensi Baharu Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 4 (2): 67-77.
Indirawati Zahid. 1997. Kepersisan Ikon dan Penggunaan Simbol dala Peribahasa Melayu. Pengajian Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.
Junaini Kasdan dan Julaina Nopiah. 2017. Sirih sebagai unsur gastronomi dan refleksi akal budi Melayu: Kajian Teks. Prosiding Seminar Antarabangsa Arkeologi, Sejarah dan Budaya (ASBAM) 2017, hlm 208 -231.
Kamus Dewan (Edisi Keempat). 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. 1975. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Pelajar (Edisi Kedua). 2008. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka. sbmb.dbp.gov.my/korpusdbp/.
Lee, J. E., Spiegelman, D., Hunter, D. J., Albanes, D., Bernstein, L., van den Brandt, P. A., et al. 2008. Fat, Protein, and Meat Consumption and Renal Cell Cancer Risk: A Pooled Analysis of 13 Prospective Studies. Journal of the National Cancer Institute, 100(23): 1695–1706.
Lim Kim Hui. 2002. Budi as the Malay mind: a philosophical study of Malay ways of reasoning and emotion in peribahasa. Disertasi PhD. Department of Austronesian Studies, Faculty of Oriental Studies, University of Hamburg, Germany. http://www.sabrizain.org/malaya/library/budi.pdf [2 Februari 2016].
Macdonald, D.W. dan Norris, S. 2001. The Encyclopedia of Mammals. New York: Facts on File.
Malay Concordance Project. mcp.anu.edu.au
Mana Sikana. 1988. Khazanah Islam: Falsafah dan Kesusasteraan. Bangi: Karyawan.
Mindell, E. 1994. Food as Medicine. New York: Pocket Books.
Mohamad Radzi Salleh. 1999. Peribahasa dalam Masyarakat Melayu Satu Analisis Pemikiran dan Cerminan Falsafah. Selangor: Universiti Putra Malaysia.
Muhd Norizam dan Shaiful Bahri. 2015. Kesusasteraan Melayu Tradisional Sebagai Wadah Komunikasi Massa: Suatu Analisis. Jurnal Komunikasi 31(2): 183-194.
Nathesan, S. 1998. Simpulan Bahasa: Satu Tinjauan dari Sudut Makna. Jurnal Dewan Bahasa 42(11):985-994.
Nor Hashimah Jalaluddin. 1991. Semantik dan pragmatik dalam penterjemahan. Dewan Bahasa, November: 984-990.
Nor Hashimah Jalaluddin. 2003. Bahasa dalam perniagaan. Satu analisis semantik dan pragmatik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nor Hashimah Jalaluddin. 2014. Semantik dan Akal Budi Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Norsuhana Abdul Hamid. 2010. Risiko Pengambilan Daging Merah. Dewan Masyarakat, Disember: 20-21.
Norsuraya Desa. 2008. 1001 Misteri Alam: Menyingkap Rahsia Khasiat Sumber Alam. Shah Alam:Buku Prima.
Nur Afiqah Wan Mansor dan Nor Hashimah Jaladuddin. 2016. Makna Implisit Bahasa Kiasan Melayu: Mempertalikan Komunikasi, Kognisi dan Semantik. Jurnal Komunikasi 32 (1): 189-206.
Rogayah Othman. 2011. Peluasan Makna Pancaindera Hidung, Mata dan Mulut dalam Melayu: Kajian Semantik Kognitif. Tesis Dr Fal, Program Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Salinah Jaafar. 2005. Fungsi Leksikal “Bunga” dalam Simpulan Bahasa dan Peribahasa Bahasa Melayu. Jurnal Bahasa 5 (4): 40-66.
Santich, B. 2004. The study of gastronomy and its relevance to hospitality education and training. International journal of hospitality management, 23(1), 15–24. Retrieved from http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0278431903000690.
Scharffenberg, J.A. 1977. A Problem with Meat. California: Press Publication.
Syeikh Hakim Moinuddin Chishti. 1996. Kitab ilmu perubatan kesufian: Kitab al-Tibb al-Rauhi as-Sufi. Kuala Lumpur: Thinker's Library Sdn.Bhd.
Sperber, D. & Wilson, D. 1995. Relevance: Communication and Cognition (2nd ed). Oxford: Blackwell.
Suharjdo. 1996. Berbagai Cara Pendidikan Gizi. Jakarta: Bumi Aksara.
Tenas Affendy. 2012. Ungkapan Melayu: Pemahaman Dan Masalahnya. Singapura: Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura.
www.malaycivilization.ukm.com.
Wynder, E. 1977. “The Diatery Environment and Cancer”. Journal of American Dietetic Association 71: hlm 385-392.
Yasir Syalabi. 2003. 25 Sebab Kesulitan Hidup. Jakarta: Gema Insani Press.
Zabedah Mahmood. 2016. Pisang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zaitul Azma Zainon Hamzah dan Ahmad Fuad Mat Hassan. 2011. Bahasa dan Pemikiran dalam Peribahasa Melayu. Journal of Language Studies 11(3): 31-51.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
e-ISSN: 2289-1528