PENERIMAAN WARGA AKADEMIK UKM TERHADAP SASARAN PENETAPAN INDEKS PRESTASI UTAMA (KPI) DAN PENGARUHNYA TERHADAP KOMITMEN KERJA

MAIZATUL HAIZAN MAHBOB, WAN IDROS WAN SULAIMAN

Abstract


Kertas ini membincangkan penerimaan inovasi penilaian prestasi kakitangan awam melalui pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP). Melalui GTP, kakitangan awam diminta meletakkan matlamat lebih tinggi daripada biasa dan mencabar diri untuk mencapainya. Oleh sebab penetapan matlamat yang tinggi memerlukan usaha yang lebih untuk mencapainya, maka kajian ini ingin mengenal pasti sejauh mana kakitangan awam khususnya warga akademik UKM boleh menerima pembaharuan ini dan sejauh mana mereka bersetuju dengan pemberat yang ditetapkan untuk setiap komponen yang dinilai. Kajian ini menggunakan survey ke atas warga akademik  yang bermula daripada jawatan guru hinggalah kepada profesor. Hasil kajian mendapati, tahap penerimaan KPI oleh warga akademik UKM berada pada tahap tinggi untuk semua kategori komponen yang dinilai. Bagaimanapun dari segi persetujuan terhadap pemberat komponen KPI, secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana. Dari segi pengaruh penerimaan KPI ke atas komitmen kerja, daripada tiga komponen yang dijadikan pemboleh ubah peramal, hanya komponen pendidikan memberi pengaruh yang signifikan (R2=.274; p<.05) ke atas komitmen kerja. Dua lagi komponen iaitu penyelidikan dan khidmat adalah tidak signifikan.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528