DAESH: KEBANGKITAN DAN PENGARUH MEDIA SOSIAL

AHMAD SAUFFIYAN ABU HASSAN

Abstract


Abad ke 21 menyaksikan video dan media sosial menjadi senjata perangsaraf terbaru kumpulan militan untuk membina pengaruh, pengrekrutan dan mengukuhkan ideologi mereka di rantau ini. Selain itu, video dan media sosial juga digunakan sebagai instrumen untuk membuat ancaman terhadap negara-negara yang tidak bersetuju dengan kewujudan mereka. Penggunaan video dan media sosial secara profesional oleh kumpulan militan ini adalah satu fenomena baru. Kesannya, Malaysia kini di ambang kebimbangkan ekoran ancaman demi ancaman dari kumpulan militan Asia Tenggara seperti Daesh yang mahir menggunakan teknologi maklumat untuk memenangi peperangan ideologi. Walaupun keadaan masih terkawal namun langkah keselamatan ketat sentiasa menjadi keutamaan kerajaan Malaysia. Kajian ini melaporkan bentuk keupayaan kumpulan militan Daesh dalam melancarkan perangsaraf menggunakan video dan media sosial ke atas rakyat dan kerajaan Malaysia untuk dua tujuan berbeza iaitu pengaruh dan ancaman. Walaupun jelas kerajaan menguasai keseluruhan agensi berita dan media arus perdana, namun penyebaran maklumat dalam bentuk video di media sosial menjadi cabaran baru kepada Malaysia. Analisis laporan berita terkini menjadi punca rujukan utama yang terkini. Buku dan jurnal berwasit juga telah digunakan bagi mengukuhkan kredibiliti kandungan. Kesimpulan yang diperolehi dari kajian ini mendapati Malaysia masih lagi mencari formula, model dan pelan tindakan yang sesuai bagi membasmi ancaman video Daesh yang bermaharajalela di media sosial. Kajian juga mendapati akar kepada punca ancaman ini masih belum dapat dipatahkan oleh agensi bersenjata dan undang-undang sedia ada kerana pusat media yang menghasilkan video Daesh tidak berada di Malaysia sebaliknya berada di kawasan konflik seperti di Iraq dan Syria. Akhir sekali, kajian juga mendapati, laporan berita dari media arus perdana yang menggunakan platform media sosial memainkan peranan sebagai pemangkin tidak langsung kepada penyebaran ideologi Daesh. 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528