MENGKONSTRUKSI ‘KESABAHAN’: ANALISIS KRITIS SINEMATIK TERHADAP WACANA KEDAERAHAN

FAIZNUR FARHANA JAAFAR, BADRUL REDZUAN ABU HASSAN, ROSLINA ABDUL LATIF

Abstract


Secara umumnya, makalah ini memfokus kepada konstruksi sinematik ke atas identiti budaya lokal di negara ini.  Filem memainkan peranan sebagai pencetus dan pembina imajinasi massa bagi tujuan memupuk hubungan sosial yang sihat dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik. Pembikin filem kedaerahan bertanggungjawab mengkonstruksi naratif dan visualisasi masyarakat peribumi serta identiti kedaerahan atau kenegerian yang adil, progresif tanpa mencetuskan prasangka dan prejudis. Makalah ini meletakkan idealisma ini dalam konteks konstruksi sinematik ‘keSabahan’ yang direpresentasikan dalam beberapa naskah filem, teledrama dan drama bersiri. Makalah ini menggembelingkan konsep Orientalisma (Said, 1978) dan the voyage-in (Said, 1993) bagi menegaskan bahawa setiap masyarakat pribumi harus mengklaim jati diri mereka yang telah dieksploitasi dan dimanipulasi oleh golongan elit berkuasa. Kajian ini menggunakan kaedah analisis isi kandungan untuk mengupayakan operasi analisis kritis wacana terhadap naskah filem, telefilem dan drama tempatan terpilih, dan disusuli kaedah temubual temubual berfokus di kalangan pelajar Sabah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Analisis dapatan mencadangkan terjadinya pengherotan, keterasingan dan penstereotaipan terhadap representasi ‘keSabahan’ dalam naskah filem kedaerahan oleh pembikin filem Semenanjung. Dapatan kajian juga turut menegaskan fungsi utama golongan intelektual dalam melaksanakan agenda dekonstruksi demi kepentingan masyarakat peribumi Sabah yang dieksploitasi. Selain itu, makalah ini menyarankan terutamanya pembikin filem kedaerahan supaya berusaha memberikan pencerahan sinematik yang adil dan benar supaya konstruksi ‘keSabahan’ tidak lagi diremehkan di hadapan khalayak negara ini.

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528