CITRA WANITA DALAM PERKEMBANGAN MUZIK DANGDUT DI INDONESIA

Rizky Hafiz Chaniago, Fuziah Kartini Hassan Basri

Abstract


Perkembangan muzik dangdut di Indonesia dengan pelbagai macam variannya dewasa ini cukup membanggakan sekaligus membimbangkan. Muzik dangdut yang dulunya mengutamakan suara indah, lirik yang sopan ditambah dengan irama khas Melayu, kini telah berubah. Muzik dangdut zaman sekarang ini lebih mengutarakan goyangan daripada kualiti lirik yang dinyanyikan. Dengan modal paras cantik dan goyang erotis, para penyanyi dangdut dapat berkecimpung dalam industri muzik dangdut demi mencari keuntungan material. Goyang sensual ini ternyata mengundang protes elemen masyarakat yang dinilai memberikan respon negatif kerana menconteng citra golongan wanita. Ironisnya, goyang dangdut telah membingkai wajah baru perempuan di Indonesia dengan imej-imej yang erotis. Kesan inipun terbentuk tidak lepas daripada campur tangan media massa yang menghidangkan pelbagai macam tayangan televisyen dengan tema goyang dangdut. Modernisasi dalam berkesenian telah membawa muzik dangdut keluar daripada jalurnya. Seni muzik dangdut lebih menonjolkan kelenturan tubuh daripada unsur substansial yang diperlukan seorang penyanyi atau biduan.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528