Mampukah Perintah Berkurung Membanteras Jenayah dalam Kalangan Remaja di Malaysia? (Can Curfew Combat Crime Among Teenagers in Malaysia?)

Muhamad Sayuti bin Hassan @ Yahya, Rozana Abdullah

Abstract


The incidence of crime in the community is alarming. According to the crime statistics by the Ministry of Home Affairs, the number of crimes recorded based on investigation papers was 657,174 throughout 2012 to 2016. On January 17, 2019, the Government intends to review the implementation of curfew orders for minors under the age of 18 to curb criminal activity among teenagers at night. In this regard, the main objective of this article is to analyze the issue of curfew for juveniles under 18 from a legal perspective. This article explains the position of criminal behavior involving adolescents by focusing on drug abuse. In addition, this article also reviews the practices of several countries in relations to juvenile curfew law. This article found that there is lacuna in the Malaysian law in relation to curfew orders for minors under 18. As such, there are various considerations and a more detailed study needs to be done if the Government is serious about executing curfew orders for teens under 18. Proposed legislation in relations to the curfew should be holistic in nature without violating the provisions of the Federal Constitution and human rights principles. Therefore, the Government’s effort to curb crime among teenagers should be supported and at the same time the proposal to implement curfew for jurveniles under the age of 18 should also be carefully considered.

 

Abstrak

Kejadian jenayah dalam kalangan masyarakat sangat membimbangkan. Menurut statistik jenayah oleh Kementerian Dalam Negeri, jumlah jenayah yang direkodkan berdasarkan kertas siasatan yang dibuka ialah 657,174 sepanjang tahun 2012 hingga tahun 2016. Pada 17 Januari 2019, kerajaan berhasrat untuk mengkaji pelaksanaan perintah berkurung kepada remaja bawah umur 18 tahun bagi membendung kegiatan jenayah dalam kalangan remaja pada waktu malam. Sehubungan dengan itu, objektif utama artikel ini adalah untuk menganalisis isu perintah berkurung terhadap remaja yang berusia kurang daripada 18 tahun menurut perspektif undang-undang. Pada masa yang sama, artikel ini juga akan menerangkan kedudukan perlakuan jenayah yang melibatkan remaja dengan memfokuskan kepada jenayah penyalahgunaan dadah. Di samping itu, artikel ini turut meninjau amalan beberapa buah negara luar berhubung dengan undang-undang yang berkaitan dengan perintah berkurung kepada remaja. Artikel ini mendapati bahawa terdapat kelompangan undang-undang berhubung dengan perintah berkurung kepada remaja bawah 18 tahunvdi Malaysia. Oleh hal yang demikian, pelbagai pertimbangan dan kajian lebih terperinci perlu dibuat sekiranya kerajaan serius untuk melaksanakan perintah berkurung kepada remaja bawah 18 tahun. Cadangan pewujudan undang-undang berhubung dengan perintah berkurung ini haruslah bersifat holistik tanpa melanggar peruntukan perlembagaan persekutuan dan prinsip hak asasi manusia. Oleh itu, hasrat murni kerajaan untuk membanteras jenayah dalam kalangan remaja wajar disokong dan pada masa yang sama aspek cadangan pelaksanaan perintah berkurung terhadap remaja bawah 18 tahun juga perlu diteliti sedalam-dalamnya.

Kata kunci: Remaja bawah umur, jenayah, perintah berkurung, remaja, undang-undang


Keywords


Under age; crime; curfew; teenagers; legal

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.