Doktrin Priviti Ke Jus Quaesitum Tertio: Rasional Peralihannya
Abstract
Doktrin priviti dan pemakaiannya telah banyak mengundang kritikan di kalangan ahli-ahli akademik mahupun badan kehakiman sendiri. Dalam pada itu, tidak kurang juga pendokong-pendokong doktrin ini yang terus mempertahankannya. Peredaran zaman dan keperluan perdagangan telah menyakskikan anjakan paradigm terhadap doktrin yang lebih satu kurun bertapak dalam kebanyakan negara Komanwel kian hilang taringnya. Lompang yang terhasil kini telah diisi dengan satu lagi doktrin yang sebenarnya tidak asing kepada spketrum undang-undang kontrak itu sendiri – jus quaseitum tertio. Berlatar belakangkan perubahan yang telah berlaku di United Kingdom dan beberapa negara Komanwel yang lain, adalah menjadi tujuan penuliasan ini untuk memberi penjelasan tentang rasional perahlihan yang perlu berlaku dalam undang-undang kontrak Malaysia dalam konteks doktrin priviti.
Refbacks
- There are currently no refbacks.