Nota Editor (Editor's Note)
Abstract
ISU KHAS: PENGAJARAN INOVATIF DAN KREATIF DALAM MELAHIRKAN GURU BERKUALITI DAN PELAJAR BEREMPATI
(SPECIAL ISSUE: INNOVATIVE AND CREATIVE TEACHING IN PRODUCING QUALITY TEACHERS AND BENEVOLENT STUDENTS)
Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam melahirkan masyarakat madani serta generasi berilmu. Hal ini boleh dipupuk melalui pelaksanaan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada para pelajar hasil reka bentuk dan kaedah pengajaran yang tersusun dan terancang. Para pendidik abad ini bukan sahaja memerlukan pengetahuan dalam bidang serta kemahiran dalam penggunaan teknologi, malah dituntut untuk meneroka aspek kreativiti dan inovasi dalam merancang aktiviti dan pengalaman pembelajaran kepada pelajar-pelajarnya.
Pembangunan profesional para pendidik merupakan satu aspek yang signifikan dan perlu dititikberatkan. Para pendidik perlu diberi ruang untuk meneroka potensi dan kaedah baharu untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di samping menghasilkan pelajar yang berdaya saing, mempunyai kemahiran abad ke-21, serta nilai mandiri yang tinggi.
Pendidikan yang berkualiti dan pengalaman pembelajaran yang dilalui bersama pendidik dan rakan-rakan diumpamakan sebagai benih yang akan menumbuhkan nilai-nilai manusiawi dalam diri pelajar. Justeru, tidak dinafikan bahawa aspek pendidikan merupakan satu komponen yang sangat penting dalam mempersiap siaga para pelajar dengan kemahiran kebolehgajian, penyelesaian masalah, serta kepimpinan apabila mereka berada di alam pekerjaan kelak.
Pendidikan bukan sahaja dikaitkan dengan aspek kognitif semata-mata, malah turut melibatkan aspek afektif yang merupakan satu domain yang sangat abstrak dan sukar dicapai. Namun demikian, kualiti pendidikan dan pengalaman pembelajaran yang terancang secara professional akan turut dapat menghasilkan para pelajar yang mempunyai nilai dan rasa kebertanggungjawaban terhadap masyarakat.
Justeru, isu khas ini memuatkan makalah yang merupakan hasil penyelidikan daripada para penyelidik yang merangkumi aspek berikut:
- Pendekatan pengajaran secara inovatif (Innovative teaching approaches)
- Pengetahuan dan kemahiran guru dalam teknologi, pedagogi, dan subjek (Teachers’ knowledge and skills in technology, pedagogy, and subject)
- Pemerkasaan kualiti guru melalui pembangunan profesional berterusan (Enhancing teachers’ quality through continuous professional development)
- Pendidikan untuk melahirkan insan dan ihsan untuk kesejahteraan sosial (Education towards producing benevolent individuals for social wellbeing)
- Pendidikan untuk memupuk kemahiran kebolehgajian (Education to cultivate employability skills)
Terima Kasih.
Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff
Fariza Khalid
Full Text:
PDFDOI: http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2022-47.01SI-00
Refbacks
- There are currently no refbacks.
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License