Rasa Berang Terhadap Kekejaman Penjajah Dan Pengkhianatan Suku Bangsa Dalam Syair Perang Mengkasar (Anger Emotion On Colonial Brutality And Ethnics Betrayal In Syair Perang Mengkasar)
Abstract
ABSTRAK
Syair Perang Mengkasar ialah contoh karya historiografi Melayu tradisional yang cukup sarat dengan propaganda antikolonial sebagai respons kepada penjajahan. Syair ini dikarang sekitar 1669/1670 selepas kekalahan Makassar kepada Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) dalam peristiwa Perang Makassar (1666–1669) untuk mengangkat semula kedudukan pemerintah dan maruah masyarakat Makassar. Melalui syair ini, emosi dan sudut pandangan kolektif masyarakat Makassar terhadap penjajah dan sekutunya diperlihatkan melalui jalinan peristiwa dan kekuatan bahasa dalam naratifnya yang bertujuan untuk dijadikan peringatan dan pengajaran kepada masyarakat di luar Makassar berhubung penjajahan bangsa asing. Sebagai karya propaganda antikolonial, syair ini cukup dominan dengan rasa berang yang dikembangkan melalui gambaran sikap penjajah yang kejam dan penglibatan suku bangsa Nusantara yang membantu penjajah dalam menjatuhkan Makassar. Justeru itu, makalah ini membincangkan rasa berang yang cukup dominan dalam Syair Perang Mengkasar yang dapat dikesan menerusi korelatif objektif dalam karya. Penelitian ini bersifat kualitatif melibatkan kaedah kajian kepustakaan dan penerapan teori Rasa-Fenomenologi (1998) sebagai kerangka teori kritikan sastera dengan penumpuan kepada korelatif objektif (penentu) rasa berang. Untuk tujuan analisis teks, penelitian ini memanfaatkan teks Syair Perang Mengkasar yang telah diselenggarakan oleh C. Skinner (1963). Hasil analisis menemukan bahawa rasa berang dalam syair ini banyak diperikan melalui kekejaman VOC dan sekutunya, Bugis yang diperlihatkan melalui peristiwa kekejaman serta penggunaan diksi dan frasa dalam rangkap-rangkap syair. Di samping itu, rasa berang juga ditampilkan pengarang menerusi pengkhianatan sebahagian pembesar dan rakyat Makassar yang membelot ketika peperangan, serta penglibatan suku peribumi Nusantara lain seperti Ambon, Buton dan Ternate dalam membantu VOC ketika peperangan dengan Makassar. Hasil daripada dapatan kajian ini dapat membuka wacana antikolonial dalam karya-karya sastera Melayu tradisional yang diolah secara indah untuk mempengaruhi audiens dengan mesej yang hendak disampaikan berhubung penjajahan.
Kata Kunci: Syair Perang Mengkasar; teori Rasa-Fenomenologi; rasa berang dalam syair; wacana antikolonial; Perang Makassar
ABSTRACT
Syair Perang Mengkasar is an example of Malay traditional historiography texts that heavily with anti-colonial discourse as a response to colonialism. This syair was written around 1669/1670 after Makassar was defeated by The Dutch East India Company (VOC) during Makassar War (1666–1669) to restore the status of the ruler and the pride of the Makassarese. Throughout this syair, the emotion and collective point of view of Makassarese towards the coloniser and their allies depicted through the interplay of the events and the strength of language usage in its narrative meant to serve as a lesson and reminder to the societies outside the Makassar about colonialism. As a work of anti-colonial propaganda, this syair is dominated by an intense sense of anger, developed through potrayals of the brutality and cruelty of the coloniser and the involvement of various of Nusantara ethnic groups who assisted the coloniser in the attack on Makassar. Accordingly, this article is discussing the emotion of anger which quite dominant in Syair Perang Mengkasar which can be identified through the objective correlatives in text. This research is qualitative in nature involving library-based research approach and application of Rasa-Fenomenologi theory (1998) as a literary criticism theory framework with a focus on objective correlatives (determinants) of anger emotion. For textual analysis, this research using the text of Syair Perang Mengkasar edited by C. Skinner (1963). The result from the analysis found that the anger emotion and furious sentiments in this syair mainly evokes through the brutality of VOC and their allies, Bugis which represented through the events of cruelty and the choice of dictions and phrases in the stanzas of syair. Along with that, the furious sentiments also illustrated by the author through the betrayers among the nobles and people of Makassar who defected during the war, and involvement of other ethnics of Nusantara such as Ambonese, Butonese and Ternate that were helping VOC during the war on Makassar. The result from this discussion can contribute to the discourse of anti-colonial in Malay classical literary works which aesthetically written to influence the audiences with the intended messages concerning the colonialism.
Keywords: Syair Perang Mengkasar; Rasa-Fenomenologi theory; furious sentiments in syair; anti-colonial discourse; Makassar War
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Abu Hamid. 2016. Pahlawan kemerdekaan Tana Bone. Dlm.
Muhammad Idris Patarai (pnyt.). Arung Palakka Sang
Fenomenal, hlm. 1–22. Makassar: De La Macca.
Ahyar Anwar. 2009. “Syair Perang Mengkasar”: Antara
otensitas sejarah, transformasi emosi, dan eksistensi
komunitas Melayu di Gowa. Humaniora 21(3): 330–337
Ali Ahmad. 1987. Karya-karya Sastera Bercorak Sejarah.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Andaya, L.Y. 1981. The Heritage of Arung Palakka: A History
of South Sulawesi (Celebes) in the Seventeenth Century. The
Hague: Martinus Nijhoff.
Bharata-Muni. 1951. The Natyasastera: A Treatise on Hindu
Dramaturgy and Histrionics. Terj. Manomohan Ghosh.
Calcutta: The Royal Asiatic Society of Bengal.
Fadli. 2022. Hegemoni Kerajaan Gowa dan Perang Makassar.
Rihlah: Jurnal Sejarah dan Budaya 10(2): 88–102.
Jowett, G.S. & O’Donnell, V. 1986. Propaganda and
Persuasion. California: SAGE Publication.
Kaleiwani Subramoniam & Manonmani Devi M.A.R
Annamalai. 2023. Rasa berang dalam novel Suthattam
Aadum Kaalam. Journal of Education and Social Sciences
(1): 45–54.
Kamus Dewan. 2010. Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Koster, G. L. 1997. Roaming through Seductive Gardens:
Readings in Malay Narrative. Leiden: KITLV Press.
Koster, G. L. 2005. Of treaties and unbelievers: Images of
the Dutch in seventeenth- and eighteenth-century Malay
historiography. JMBRAS 78(1): 59–96.
Kurniawan, B. 2015. Hegemoni ideologi perang sabil sebagai
wacana antikolonial dalam teks Syair Raja Siak. Jumantara
(2): 51–76.
Muhammad Haji Salleh. 2000. Puitika Sastera Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Khalil Khirruddin & Mas Rynna Wati Ahmad.
Teori Rasa Fenomenologi dalam novel Nenek.
Prosiding Kolokium Siswazah BITARA Melayu 2022, hlm.
–62.
Muhammad Nor Sahfiq Amran & Mas Rynna Wati Ahmad.
Rasa emosi Hang Jebat dalam Hikayat Hang Tuah.
Jurnal Melayu 20(2): 267–281.
Muhammad Yusoff Hashim. 1992. Pensejarahan Melayu:
Kajian tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhd Norizam Jamian & Shaiful Bahri Md Radzi. 2015.
Kesusasteraan Melayu tradisional sebagai wadah
komunikasi massa: Suatu analisis. Jurnal Komunikasi:
Malaysian Journal of Communication 31(2): 183–194.
Norazimah Zakaria & Mazarul Hasan Mohamad Hanapi.
Citra emosi wanita dalam cerpen dan rasa kepada
khalayak. Proceeding: Putrajaya Internasional Conference
on Advanced Research, hlm. 24–38.
Nur Atiq Syahirah Che Baharudin & Nordiana Hamzah. 2022.
Struktur binaan kerangka model emosi watak protagonis
wanita berdasarkan novel popular dan realiti. Rumpun
Jurnal Persuratan Melayu 10(1): 1–14.
Pelras, C. 1996. The Bugis. Oxford: Blackwell Publishers.
Skinner, C. 1963. Sja’ir Perang Mengkasar (The Rhymed
Chronicle of the Macassar War) by Entji’ Amin.
’S-Gravenhage: Martinus Nijhoff.
Sohaimi Abdul Aziz. 1995. Rasa-Fenomenologi sebagai satu
teori pengalaman estetik: Satu kajian karya-karya A. Samad
Said. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Sains Malaysia,
Pulau Pinang.
Sohaimi Abdul Aziz. 1998. Rasa-Fenomenologi: Penerapan
terhadap Karya A. Samad Said. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Sohaimi Abdul Aziz. 2014. Teori dan Kritikan Sastera. Edisi
ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sohaimi Abdul Aziz. 2017. Novel dan Puisi dalam Kritikan
Sastera. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Suhairah Ismail. 2003. Teori Rasa-Fenomenologi: Penerapan
terhadap novel-novel terpilih Zaharah Nawawi. Disertasi
Sarjana Sastera. Akademi Pengajian Melayu, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur.
Zubir Idris. 2012. Yang tercatat dan yang tersirat: Keindahan
dalam Syair Perang Mengkasar. Dlm. Rahim Aman
(pnyt.). Minda Pelaut dan Kenangan Tanah Leluhur:
Kemelayuan Malaysia-Indonesia, hlm. 37–55. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zubir Idris. 2013. Etnosentrisme dalam Syair-syair Perang
Melayu–Belanda. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Zubir Idris. 2016. Jihad as the core of Malay ethnocentrism.
Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 24(S): 153–166.
Zubir Idris. 2017. Etnosentrisme: Kepengarangan dalam syair
perang Melayu Nusantara. Jurnal Antarabangsa Persuratan
Melayu 5: 266–291.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia