Pelaksanaan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah Daerah Sarikei (Implementation of School Transformation Program 2025 (TS25) among Primary School Teachers in Sarikei District)
Abstract
ABSTRAK: Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia yang dilancarkan dengan memfokuskan sokongan terhadap sekolah dan kepakaran sekolah secara berterusan demi meningkatkan kemenjadian murid dan kualiti sekolah. Kajian ini dijalankan untuk meneroka pelaksanaan Modul 3: Menerajui Pembelajaran dalam Program TS25 di sekolah rendah Daerah Sarikei dan mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan Modul 3 di sekolah rendah Daerah Sarikei. Reka bentuk kajian ini merupakan penyelidikan kualitatif yang berasaskan kajian kes. Kaedah kajian yang digunakan ialah teknik temu bual, kaedah analisis dokumen dan pemerhatian. Perisian Analisis Data Kualitatif Berbantukan Komputer (CAQDAS), iaitu perisian NVivo versi 14 telah digunakan untuk menganalisis data kajian. Dalam kajian ini telah mengesan dua objektif kajian, iaitu meneroka pelaksanaan Modul 3: Menerajui Pembelajaran Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) di sekolah rendah Daerah Sarikei, dan mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan Modul 3: Menerajui Pembelajaran Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) di sekolah rendah Daerah Sarikei. Dalam kajian ini telah mendapati beberapa faktor seperti Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21), BBM (BBM), gaya pembelajaran murid, peranan guru, pentaksiran murid dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) telah memainkan peranan yang penting dalam usaha melaksanakan PdP berteraskan TS25. Selain itu, cabaran seperti kekangan bahasa, kekangan masa, kekurangan kemahiran guru, kekurangan BBM, dan kelemahan pengurusan sekolah turut telah mempengaruhi pelaksanaan TS25 dalam PdP. Kajian ini juga telah memberi implikasi yang besar terutamanya terhadap pengajaran guru dan pembelajaran murid. Oleh itu, semua guru perlu bersedia dari segi mental dan emosi demi menyediakan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan serta mewujudkan PdP yang aktif serta bermakna.
Kata kunci: Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25); Modul 3: Menerajui Pembelajaran; pelaksanaan; sekolah rendah; cabaran
ABSTRACT: The School Transformation Program 2025 (TS25) is an effort by the Malaysian Ministry of Education launched by focusing support on schools and school expertise continuously in order to improve student achievement and school quality. This study was conducted to explore the implementation of Module 3: Leading Learning in the TS25 Program in Sarikei District primary schools and to identify the challenges faced by teachers in the implementation of Module 3 in Sarikei District primary schools. The design of this study is qualitative research based on a case study. The research methods used are interview techniques, document analysis and observation. Computer Aided Qualitative Data Analysis Software (CAQDAS), namely NVivo version 14 software, was used to analyze the study data. In this study, two research objectives have been identified, namely exploring the implementation of Module 3: Leading Learning in the School Transformation Program 2025 (TS25) in primary schools in Sarikei District, and identifying the challenges faced by teachers in the implementation of Module 3: Leading Learning in the School Transformation Program 2025 (TS25) in Sarikei District primary school. In this study, it has been found that several factors such as 21st Century Learning (PAK21), Teaching Aids (BBM), student learning style, teacher’s role, student assessment and Daily Lesson Plans (RPH) have played an important role in implementing PdP based TS25. In addition, challenges such as language constraints, time constraints, lack of teacher skills, lack of BBM, and weaknesses in school management have also affected the implementation of TS25 in PdP. This study has also given great implications especially for teacher teaching and student learning. Therefore, all teachers need to be mentally and emotionally prepared in order to provide a fun learning environment and create active and meaningful teaching and learning.
Keywords: School Transformation Program 2025 (TS25); Module 3: Leadership Learning; implementation; primary schools; challenges
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Abdul Muttalip. 2020. Pelaksanaan pendekatan pengajaran
terbeza dalam kalangan guru Bahasa Melayu yang mengajar
di sekolah rendah pedalaman kategori 3. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu 10(2): 29–42.
Abg Abu Nawas, Abg Ashmirul, Jhassy Manja, Caltinie, Abdul
Rasid & Zainal Abiden. 2024. Pandangan dan cabaran guru
kolej vokasional terhadap pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PdPR) dalam tempoh pandemik
Covid-19. Jurnal Dunia Pendidikan 6(2): 111–125.
Ainnieda Lataq Impak & Nor Azwahanum Nor Shaid. 2023.
Pembelajaran terbeza dalam pengajaran kemahiran
membaca sekolah rendah. Jurnal Dunia Pendidikan 5(1):
–216.
Bandura, A. 1986. Social Foundations of Thought and Action: A
Social Cognitive Theory. Prentice Hall, Inc.
Cohen, L., Manion, L. & Morrison, K. 2018. Research Methods
in Education (8th ed.). Routledge.
Creswell, J.W. 2014. Research Design: Qualitative,
Quantitative, and Mixed Methods Approaches. SAGE
Publications, Inc.
Darling-Aduana, J. & Heinrich, C.J. 2018. The role of teacher
capacity and instructional practice in the integration of
educational technology for emergent bilingual students.
Computers dan Education 126: 417–432.
Elga Yanuardianto. 2019. Teori kognitif sosial albert bandura
(studi kritis dalam menjawab problem pembelajaran di
MI). Auladuna Jurnal Prodi Pendidikan Guru Madrasah
Ibtidaiyah 1(2): 94–111.
Feriha Soysal, Busra Alma Calli & Erman Coskun. 2019. Intra
and intergenerational digital divide through TMK literacy,
information acquisition skills, and internet utilization
purposes: An analysis of Gen Z. TEM Journa 8(1): 264–274.
Ghaziah & Nabilah. 2010. Learning from Children: Issues,
Strategies and Problems in Conducting Qualitative Research
Among Young Subjects in Malaysia. Paper Presented at The
Qualitative Research Association of Malaysia Convention
(QRAMC), University of Malaya.
Glaser. 1968. Concept of Learning and Concept of Teaching:
Learning Research and School Subjects. Illinois: Peacock.
Hasnah Isnon & Jamaludin Badusah. 2017. Kompetensi guru
Bahasa Melayu dalam menerapkan kemahiran berfikir
aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu 7(1): 56–65.
Ismail Said, Khaljah Ahmad, Rohani Seman, Ros Silwati
Ahmad & Mohd Fauzi Fadzil. 2020. Aplikasi 4K 1N
dalam pembelajaran dan pemudahcaraan abad 21: satu
kajian terhadap pengajaran guru tingkatan enam di daerah
Kubang Pasu. Journal of Advanced Research in Social and
Behavioural Sciences 19(1): 64–79.
Jamilah Sulaiman & Siti Noor Ismail. 2020. Teacher
Competence and 21st Century Skills in Transformation
Schools 2025 (TS25). Universal Journal of Educational
Research 8(8): 3536–3544.
Jamilah Sulaiman. 2022. Pengaruh pembangunan
profesionalisme berterusan sebagai mediator terhadap
hubungan antara kompetensi profesional guru dan kemahiran
abad ke-21 guru sekolah menengah TS25. Doctoral Thesis,
Universiti Utara Malaysia.
Kassim, Abdul Razak, Alias, Bity Salwana & Mohamed
Idrus, Rosafizah. 2022. Kepimpinan maya guru besar dan
kesediaan guru terhadap perubahan di sekolah program
TS25. Akademika 92: 45–58.
Kementerian Pendidikan Guru. 2018. Modul 3: Menerajui
Pembelajaran Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25).
Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2019. Standard Guru
Malaysia 2.0. Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Masyuniza Yunos. 2015. Hubungan sikap dan persepsi murid
terhadap pembelajaran Bahasa Melayu dengan kemahiran
abad ke-21. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 5(2): 22–30.
Mcmillan, J. H. & Schumacher, S. 2000. Research in Education:
A Conceptual Introduction (5th Ed.). Allyn and Bacon.
Mercy Cythia Poobalan & Muhammad Sofwan Mahmud.
Tahap Pengetahuan dan Persepsi Guru terhadap
Pengaplikasian TMK dalam Pengajaran Matematik
Sekolah Rendah. Malaysian Journal of Social Sciences And
Humanities 7(11): e001885.
Merriam, S. B. 1998. Qualitative Research and Case Study
Applications in Education: Revised And Expanded from
Case Study Research in Education (2nd ed.). Jossey-Bass
Inc Pub.
Mohd Zaidi Haji Mohd Zeki, Ahmad Zabidi Abdul Razak
& Rafiza Abd. Razak. 2020. Cabaran pengajaran guru
pendidikan Islam di sekolah pedalaman: bersediakah dalam
melaksanakan KBAT? Jurnal Kurikulum dan Pengajaran
Asia Pasifik 8(1): 2289–3008.
Muhammad Sidek Said & Arfah Ahamad. 2017. Program
i-Think dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) memacu
kejayaan program transformasi sekolah 2025 (TS25). Jurnal
Penyelidikan 3: 83–100.
Noor Aini Ahmad. 2014. Mengintergrasi teknologi komunikasi
dan maklumat sebagai media pengajaran bahasa dalam
kalangan kanak-kanak awal umur. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu 4(2): 36-43.
Patton, M. Q. 2002. Qualitative Research dan Evaluation
Methods. SAGE Publications eBooks.
Rohaida Mazlan & Zamri Mahamod. 2016. Faktor-faktor yang
mempengaruhi kesediaan guru bahasa melayu melaksanakan
kajian pengajaran. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 1(2):
-182.
Senin. 2018. Melangkah ke Hadapan: Gerak Kerja dan Fokus
Tumpuan KPPM 2018 (1st Ed.). Firdaus Press Sdn. Bhd.
Shulman, L. S. 1987. Knowledge and Teaching: Foundations
of The New Reform. Harvard Educational Review 57(1):
–22.
Soon San, M. 2010. Pedagogi untuk Pengajaran dan
Pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Teck Chau, S., & Norfariza Mohd Radzi. 2023. Kepimpinan
guru besar dan pelaksanaan program transformasi sekolah
(TS25) di Sekolah Rendah Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur. Jurnal Kepimpinan Pendidikan 10(1): 41-54.
Vani Perumal & Jamalul Lai Abdul Wahab. 2024. Amalan
kepimpinan transformasional guru besar SJKT dan
hubungannya terhadap kualiti guru berdasarkan standard
SKPMg2. Malaysian Journal of Social Sciences and
Humanities 9(7): 2504-8562.
Vasuki Muniandy & Zahari Hashim. 2021. Pengaruh
kepimpinan distributif terhadap efikasi guru: satu
pemerhatian awal. Malaysian Journal of Social Sciences
and Humanities 6(7): 408–415.
Zamri Mohamad. 2022. Perancangan Bahasa dalam Konteks
Pengajaran Bahasa (Edisi Kedua). Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia