Pendokumentasian dan Pemaparan Awal: Analisis Kajian Lapangan di Kelantan Utara (A Documentation and Presentation of Preliminary Results: Analysis of Field Research in North Kelantan)

NUR SYAHMINA SUPINA, HARISHON RADZI, JUNAINI KASDAN, SITI NORAINI HAMZAH

Abstract


ABSTRAK: Kajian mengenai sesuatu dialek perlu dilakukan berdasarkan prinsip linguistik itu sendiri iaitu kajian yang dilakukan mestilah bersifat sistematik dan objektif. Apabila prinsip linguistik dalam pelaksanaan dialek dititikberatkan, maka terhasillah sebuah kajian yang berilmiah dan saintifik. Sejajar dengan kemajuan teknologi semasa, kajian dialek ini dilihat semakin berkembang dengan adanya pembaharuan dalam pelaksanaan kajian. Pengkaji bahasa mula memanfaatkan teknologi moden sedia ada bagi menghasilkan sebuah dapatan kajian yang lebih menarik. Misalnya, kajian dialek yang memanfaatkan perisian Geographical Information System (GIS) dalam menghasilkan sebuah peta dialek yang lebih autentik. Jika sebelum ini, pengkaji dialek hanya melukis peta secara lakaran tangan yang mana penghasilan peta tersebut disifatkan impresionistik dan tidak holistik. Oleh itu, inovasi dalam kajian dialek seperti pengaplikasian Geographical Information System (GIS) ini bukan sahaja melibatkan pendekatan interdisiplin geografi dan linguistik tetapi juga menjadi penyelesaian bagi kelompangan-kelompangan kajian dialek tradisional. Dalam makalah ini, pengkaji memfokuskan kajian penyebaran dialek di Kelantan Utara dengan menyentuh bahagian utama dalam pengumpulan data bagi memberikan gambaran bagaimana sesebuah kajian yang sistematik dan objektif itu dilakukan. Pengumpulan data telah dilakukan secara kajian lapangan di tujuh buah daerah Kelantan Utara dengan melibatkan responden yang terdiri daripada golongan remaja, dewasa dan warga tua. Data yang telah dikumpulkan telah ditranskrip dan akan dianalisis menggunakan perisisan Geographical Information System (GIS) bagi menghasilkan sebuah peta isoglos dan koroplet bagi melihat penyebaran dialek Melayu di Kelantan Utara. Pemaparan awal data bagi varian leksikal yang telah diperoleh sepanjang kajian lapangan dilakukan, turut dipaparkan dalam makalah sebelum analisis lanjutan dengan menggunakan Geographical Information System (GIS) dilakukan. Tambahan pula, pendokumentasian mengenai kaedah kajian lapangan pendekatan geolinguistik ini akan menghasilkan sebuah kajian yang berinovasi dengan memanfaatkan kemajuan teknologi semasa.

Kata kunci: Dialek; geolinguistik; pemaparan awal; kajian lapangan; GIS

 

ABSTRACT: The study of a dialect must be done based on the linguistic principle itself, namely, it must be systematic and objective. A scholarly and scientific study is produced as the implementation of dialect in the linguistic principles are emphasized. In line with the current technological advances, the study of dialect is seen to be evolved in alliance with the new implementation in the study. Language researchers began to take advantage of existing modern technology to produce more interesting research findings. For example, the use of Geographical Information System (GIS) software in dialect studies are able to generate an authentic dialect map. Previously, dialect researchers drew maps by hand sketching which the production of the map was described as impressionistic. Therefore, innovations in dialect studies such as the application of Geographical Information System (GIS) not only involve the multidisciplinary studies, but also become a solution for the shortcomings of traditional dialect studies. In this paper, the researcher focuses on the study of the dissemination of dialects in North Kelantan by touching on the main part of data collection to give an overview of how a systematic and objective study is done. Data collection has been carried out through field research in seven districts of North Kelantan involving respondents from three different age categories. The data collected has been transcribed and will be analyzed using Geographical Information System (GIS) software to produce an isogloss and choropleth map to see the dissemination of Malay dialects in North Kelantan. The initial display of data for lexical variants that have been obtained throughout the field research is also displayed in the paper before further analysis using Geographical Information System (GIS) is performed. Furthermore, the documentation of the field research method of geolinguistics approach will produce an innovative study by taking advantage of current technological advances.

Keywords: Dialect; geolinguistics; preliminary result; field research; GIS


Full Text:

PDF

References


Adi Yasran Abdul Aziz. 2011. Suku kata dasar dialek Kelantan berdasarkan Teori Optimaliti. GEMA Online® Journal of Language Studies 11(2): 121-135.

Adi Yasran Abdul Aziz. 2012. Analisis koda berdasarkan kekangan dalam dialek Kelantan. GEMA Online® Journal of Language Studies 12(4): 1127-1145.

Ahmad Khairul Ashraaf Saari, Harishon Radzi, Nor Hashimah Jalaluddin, Junaini Kasdan & Fazal Mohamed Mohamed Sultan. 2019. Sebaran leksikal /ular/ di negeri Johor berdasarkan pengaplikasian Sistem Maklumat Geografi (GIS). Seminar Linguistik dan Bahasa (SLiBa 2019), hlm. 1-14.

Ajid Che Kob. 1985. Dialek Geografi Pasir Mas. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ang Kean Hua. 2015. Sistem Informasi Geografi (GIS): pengenalan kepada perspektif komputer. Malaysian Journal of Society and Space 11(1): 24 31.

Asmah Haji Omar. 1985. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. 2015a. Kaedah Penyelidikan Bahasa di Lapangan. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. 2015b. Susur Galur Bahasa Melayu. Edisi Kedua, Cetakan Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. 2019. Bahasa Melayu di Daratan Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azrizan Abu Bakar & Karim Harun. 2019. Kata-kata eksklusif dialek Kelantan dalam komunikasi kumpulan WhatsApp. Akademika 89(2019): 15-28.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan & Amir Imran Jamil. 2019. Variasi leksikal dialek Melayu di negeri Kedah: kajian geolinguistik. GEOGRAFIA Online Malaysian Journal of Society and Space 15(4): 16-29.

Harishon Radzi, Zaharani Ahmad & Nor Hashimah Jalaluddin. 2015. Pelestarian kaedah lapangan: penerapan terhadap kajian geo dialek. Jurnal Linguistik 19(1): 58-77.

Harishon Radzi. 2017. Analisis geolinguistik leksikal dialek Melayu di Perak menggunakan Sistem Maklumat Geografi. Tesis Dr. Fal, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Idris Aman dan Mohammed Azlan Mis. 2016. Varian Bahasa.

Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Junaini Kasdan, Syarif Abas, Nor Hashimah Jalaluddin, Harishon Radzi & Fazal Mohamed Mohamed Sultan. 2019. ‘Suka’ dan ‘nangis’ di Pulau Pinang: analisis geolinguistik. Seminar Antarabangsa Susatera, Bahasa dan Budaya Nusantara, hlm. 881-896.

Kamus Dewan. 2010. Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohammed Azlan Mis. 2016. Dialek Geografi. Mohammed Azlan Mis (pnyt.). Variasi Bahasa, hlm. 28-38. Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nirwana Sudirman dan Zulkifley Hamid. 2016. Pantun Melayusebagai cerminan kebitaraan perenggu minda Melayu. Jurnal Melayu 15(2): 147-159.

Nor Hashimah Jalaluddin, Maizatul Hafizah Abdul Halim, Harishon Radzi & Junaini Kasdan. 2017. Penyebaran dialek Melayu di Langkawi: analisis geolinguistik. Journal of Language Studies 17(4): 159-178.

Nor Hashimah Jalaluddin. 2018. Dialek Melayu di Perak: analisis geolinguistik. International Journal of the Malay World and Civilisation. 6(2): 69-82.

Nor Hashimah Jalaluddin & Wan Athirah Adilah Wan Halim. 2021. Kata ganti nama dialek Melayu Terengganu: analisis geolinguistik. Jurnal Bahasa 12(1): 69-88.

Siti Noraini Hamzah, Nor Hashimah Jalaluddin, & Zaharani Ahmad. 2014. Variasi dialek Melayu di Perak Utara: analisis geolinguistik. Jurnal Linguistik 18(2): 30-46.

Siti Noraini Hamzah, Nor Hashimah Jalaluddin, & Zaharani Ahmad. 2017. Migrasi masyarakat luar dan pengaruh dialek di Perak: analisis geolinguistik. Jurnal Bahasa 17(1): 1-34.

Siti Noraini Hamzah & Nor Hashimah Jalaluddin. 2018. Kepelbagaian varian leksikal dialek di Perak: pendekatan Geographical Information System. Akademika 88(1):137-152.

Teo Kok Seong. 2019. Bahasa dan Masyarakat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zurina binti Abdulah & Ajid bin Che Kob. 2019. Kekangan bunyi urutan vokal konsonan dalam dialek Kelantan: Analisis Teori Optimaliti. Journal of Social Sciences and Humanities 16(2): 1-11.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia