Penyelidikan Sosiolinguistik: Prinsip, Teknik dan Pengalaman (Sociolinguistics Research: Principles, Technics and Experiences)

CHONG SHIN

Abstract


ABSTRAK: Dalam bidang linguistik, terdapat dua bentuk penyelidikan, iaitu penyelidikan yang berbentuk armchair dan penyelidikan lapangan. Lazimnya, penyelidikan berbentuk armchair lebih popular mungkin kerana faktor keselesaan. Kaedah armchair, yang hanya mengulas/mengkritik sumber sekunder sedia ada dan disusuli dengan ulasan intuisi pengkaji wajar dihindari kerana membatasi sumbangan input baru kepada ilmu. Penyelidikan di lapangan sesungguhnya amat sukar dan mencabar, namun merupakan tunjang penyumbang ilmu baru. Kertas ini membincangkan prinsip, teknik dalam penyelidikan sosiolinguistik dan disertakan dengan perkongsian pengalaman penulis. Perbincangan ini bermula dengan menyoroti dua prinsip dalam penyelidikan, iaitu Prinsip Empirikal dan Prinsip Induktif. Pada masa yang sama, penyelidikan kualitatif di awal era ilmu linguistik moden juga disoroti. Di akhir perbincangan, dua contoh kajian sosiolinguistik penulis akan dibincangkan, iaitu (1) kajian pemilihan bahasa suku Tionghoa di Sekadau, Indonesia, dan (2) kajian Penan Muslim di Niah, Sarawak. Diharapkan melalui perkongsian pengalaman ini, para pelajar yang bakal menulis kertas ilmiah atau tesis boleh memperoleh manfaat daripadanya.

Kata Kunci: Kajian lapangan; empirikal; induktif

 

ABSTRACT: There are two forms of research in linguistics study, namely the armchair and fieldwork research. Normally, the armchair method seems preferred by researchers probably due to its “comfort-ness”. The armchair method, which focusing on comments or criticizing secondary sources and ended up with conclusions based on personal intuition opinions, should be avoided since its contributions to new knowledge is very limited. Field research, on the other hand is a challenging and tough task however can yield massive contributions to new knowledge if compare to the armchair research. This paper discusses the principles and techniques of sociolinguistics research, which followed by the description of the author’s field experiences in Sarawak and Western Kalimantan. The discussion begins with highlighting the empirical and inductive principles of an academic research. Apart from this, this paper also highlighted the brief history of qualitative research that practiced by scholars in the initial era of modern linguistics. At the end of the discussion, the author provided two examples of sociolinguistic study on the: (1) study on the language choice among the Chinese in Sekadau (Western Kalimantan), Indonesia, and (2) study of the Muslim Penans in Niah, Sarawak. Finally, it is hope that this paper can share useful field experiences for students and researchers as well as contribute some knowledge to scientific research.

Keyword: Field research; empirical; inductive


Full Text:

PDF

References


Abdullah Hassan. 1984. Linguistik am untuk guru Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Bloomfield, L. 1995. Language. Terj. I. Sutikno. Jakarta: Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama.

Chong Shin. 2002. Sosiolinguistik masyarakat minoriti di Sekadau. Dewan Bahasa 2(6): 51-57.

Chong Shin 2008. Bahasa Bidayuhik di Borneo Barat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chong Shin 2012. Masyarakat multilingual dan pemilihan bahasa: Tionghoa minoritas di kota Sekadau, Pulau Borneo. Jakarta: Penerbit ATMAJAYA.

Chong Shin & Mohd. Syukri Yeoh bin Abdullah. 2016. Agama sebagai Penentu Pemilihan Bahasa Ibunda dan Identiti Penan Muslim di Sarawak (Malaysia Timur). Makalah yang dibentangkan di Kongres Internasional Masyarakat Linguistik Indonesia (KIMLI), Anjuran Udayana Universitas dan Masyarakat Linguistik Indonesia (MLI). 117-111.

Collins, J.T. 2002. Kaedah Penyelidikan Bahasa. Kertas kerja yang dibentangkan di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah.

Feagin, Crawford. 2002. Entering the Community: Fieldwork. Dalam. Chambers, J.K., Trudgill, P. & SchillingEstes, N. The Handbook of Language Variation and Change. Oxford: Blackwell Publisher Ltd.

Othman Lebar. 2014. Penyelidikan kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metode. Tanjong Malim: Penerbit UPSI.

Wong Khek Seng. 1987. Persilihan bahasa di Kampung Kerinci. Bangi: Penerbit UKM.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia