Amalan ‘Pendinding’ Rumah bagi Masyarakat Melayu Brunei: Tinjauan dari Perspektif Akidah Islam
Abstract
ABSTRAK: Amalan ‘pendinding’ rumah merupakan satu kearifan tempatan masyarakat Nusantara yang jarang diterokai. Namun secara tradisi lisan, kerap didengar pengalaman-pengalaman masyarakat Melayu mengenainya seperti pencuri yang tidak mampu keluar dari kawasan rumah akibat ada ‘pendinding’, sihir atau buatan orang yang tidak dapat tembus kepada penghuni rumah, amalan memagar rumah dan sebagainya. Hal-hal mistik sebegini bagi sesetengah pihak dianggap sebagai sesuatu yang mengarut atau khurafat dalam era kemodenan ini. Bagi sesetengah pihak yang lain pula, mereka terlalu taasub dengan amalan dan penggunaannya bagi tujuan keselamatan daripada pencuri dan kejahatan makhluk halus. Ajaran Islam pula mempunyai pandangan tersendiri terhadap amalan ‘pendinding’ ini. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji fenomena amalan ‘pendinding’ dengan memberi fokus amalannya dalam kalangan masyarakat Melayu Brunei. Di samping itu juga, pandangan akidah Islam terhadapnya akan dikupas bagi melihat sama ada amalan tersebut wajar dikekalkan atau ditinggalkan. Metodologi kajian yang digunakan melibatkan gabungan kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Kajian lapangan turut melibatkan temu bual dengan informan yang mempraktikkan amalan ‘pendinding’ dalam kehidupan harian mereka. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa ada elemen-elemen yang bercanggah dengan akidah Islam dalam amalan ‘pendinding’ tersebut kerana melibat perdampingan dengan makhluk halus, juga kebimbangan dari sudut keyakinan dan pemikiran akan membawa ke arah mensyirikkan Allah s.w.t.
Kata kunci: pendinding, Melayu Brunei, mistik, makhluk halus, khurafat
ABSTRACT: ‘Home-shielding’, a common practice of the local archipelago is rarely explored. Often being heard in the Malay community experiences about thieves who cannot escape from the robbed houses, since there is a ‘shield’; a manmade magic that is stopping them and etcetera. Nowadays, this practice is regarded as silly or superstitious by some of the Malays but there are some who are obsessed with it. It is still being used for taking safety measures against evil man and spirits. This article aims to study the home-shielding practice especially in the Brunei Malay society. In addition, the study will explore within the Islamic faith to see whether the practice should be retained or abandoned. The methodology used is a combination of literature reviews and field studies. Interviews with informants who observe this practice of ‘fencing or firewall’ in their daily lives are included. The findings revealed that there are existence of elements which are against the Islamic beliefs as the ‘home-shielding’ practice involves contiguity with spirits. Thus, could lead a Muslim astray from the Islamic teachings.
Key words: shielding, Brunei Malay, mysticism, spirits, superstitions
Full Text:
PDFReferences
al-Qur’anul Kareem Rasm Uthmani & Terjemahannya. 2012. Kuala Lumpur: Pustaka Darul Iman.
Awang Haji Suhaili bin Haji Mohiddin. 1994. Penyelewengan dari Dasar Akidah Ahli Sunnah Pada Masa Sekarang dan Saranan-saranan Mengatasinya. Bandar Seri Begawan: Pusat Da’wah Islamiah.
Dayang Hajah Zakiah binti Haji Taib. 2013. Penyelewengan akidah di Negara Brunei Darussalam: Pengawalan dan pemulihan. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan ‘Kefahaman Ahli Sunnah Waljama’ah’. Hotel Centrepoint, Gadong. 9-10 September.
Kamus Bahasa Melayu Brunei Edisi Kedua. 2007. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.
Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Low Kok On. 2010. Tradisi Lisan Keramat: Tunku Syarif Kedah di Pulau Labuan. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Mahmud Saedon bin Awang Othman, Awang Haji & Awang Norarfan bin Haji Zainal. 2002. Ajaran Sesat di Negara Brunei Darussalam: Satu Tinjauan. Bandar Seri Begawan: Pusat Da’wah Islamiah.
Malik Faisal. 2010. Jampi Jelmaan al-Qur’an dan Hadis: Membongkar Rahsia Alam Jin dan Sihir. Kuala Lumpur: PTS Publications Sdn. Bhd.
Mohd. Taib Osman. 1983. Bunga Rampai Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
PS/PY/SL/0261-93 (R 01-09). Kaset rakaman temu bual Bengkel Budaya Puak Kedayan di Brunei. Bandar Seri Begawan: Pusat Sejarah Brunei.
Yuli Ayatul Nugus binti Haji Kamis@Momin. 2012. Tokoh legenda keramat: Syarif Kedah di Brunei dan Tunku Syarif Kedah di Labuan. Latihan Penyelidikan Ijazah Sarjana Kesusasteraan Melayu, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam.
Zahazan Mohamed & Muhammad Zakaria. (Pnys.). 2011. Hadis 40 Imam Nawawi. Kuala Lumpur: Telaga Biru.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia