Ambilan Giliran Bertutur dalam Bual Bicara Radio IKIMFM (Turn-Taking in Radio Talks of IKIMFM)

NUR AMIRAH CHE SOH

Abstract


ABSTRAK: Ambilan giliran bertutur merupakan pergantian yang berlaku dalam kalangan peserta perbualan. Setiap perbualan berlaku secara semula jadi dan tanpa sebarang skrip ataupun perancangan giliran. Oleh itu, kajian ini akan membincangkan ambilan giliran bertutur dalam bual bicara radio dengan memilih data perbualan menerusi radio. Radio IKIMfm merupakan salah satu radio yang berdaftar dengan SKMM dan menggunakan 95% bahasa Melayu sebagai medium penyampaian. Radio berkonsepkan islamik menyajikan beberapa segmen rancangan seperti Warna Pagi, Aspirasi, Destinasi dan Ekspresi. Sebahagian besar slot dalam radio IKIMfm ini berbentuk bual bicara interaktif yang melibatkan tanya jawab dalam perbualan. Tanya jawab ini yang menyebabkan berlakunya ambilan giliran bertutur dalam kalangan peserta bual bicara. Oleh hal yang demikian, kajian ini akan dihuraikan berdasarkan objektif kajian, iaitu mengenal pasti ambilan giliran bertutur dalam bual bicara radio IKIMfm. Perbincangan akan dilakukan berfokuskan pada slot Keajaiban Berlapar menerusi Usrah Nurani segmen Destinasi dengan memanfaatkan Teori Pengambilan Giliran yang dipelopori oleh Sacks, Schegloff dan Jefferson (1974) dan dikemukakan semula oleh Liddicoat (2011). Liddicoat (2011) telah menggariskan tiga aturan ambilan giliran, iaitu penutur semasa memilih penutur berikutnya, pemilihan diri sendiri sebagai penutur berikutnya dan penutur semasa meneruskan perbualan. Hasil dapatan kajian mendapati ketiga-tiga peraturan pengambilan giliran yang dikemukakan dalam Teori Pengambilan Giliran oleh Liddicoat (2011) berlaku dalam kalangan peserta bual bicara radio slot Keajaiban Berlapar, Usrah Nurani. Secara keseluruhannya, kajian ini membincangkan ambilan giliran bertutur yang berlaku dalam bual bicara radio yang menunjukkan bahawa kepentingan ilmu pengambilan giliran semasa berbual.

Kata kunci: Giliran bertutur; radio; perbualan; peserta perbualan; bual bicara

 

ABSTRACT: Turn taking is a common incidence among conversation participants. Every conversation takes place naturally and without any script or turn-taking planning. Therefore, this study will discuss turn taking in radio talk by selecting conversation from radio. Radio IKIMfm registered with the SKMM and with 95% of the Malay language as the medium of delivery. Islamic concept radio presents segments such as Warna Pagi, Aspirasi, Destinasi and Ekspresi. Most slots in IKIMfm radio are interactive talk that involves questions and answers in a conversation. Question and answers cause the turn-taking among the conversation participants. Therefore, this study will be based on the objective, to identify the turn-taking in IKIMfm. The discussion will be focused on the Keajaiban Berlapar, Usrah Nurani segment using Turn-Taking Theory, pioneered by Sacks, Schegloff and Jefferson (1974) and republished by Liddicoat (2011). Liddicoat (2011) outlined three turn taking rules, current speakers choosing the next speakers, the self-selection as the next speakers and current speakers continuing the conversation. The findings of the study found that three rules of turn-taking by Liddicoat (2011) occurred among Usrah Nurani’s participants. Overall, this study discusses turn-taking occurs in radio talk shows about the importance of turn-taking knowledge during the talk.

Keywords: Turn taking; radio; conversation; conversation participants; talk show


Full Text:

PDF

References


Ädel, A. & Reppen, R. 2008. Corpora and Discourse: The Challange of Different Setting. Amsterdam/Philadelphia: John Benjamin Publishing Company.

Ahmad Mahmood Musanif & Arbak Othman. 2008. Sosiolinguistik. Kajang: Penerbit Pustaka Nusa Sdn. Bhd.

Anggrayni, D., Badrul Redzuan Abu Hassan & Chang. 2018. Analisis strategi komunikasi ahli parlimen dalam program siaran interaktif di Radio Republik Indonesia dan Radio Elshinta. Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal of Communication 34(3): 177-191.

Asmah Haji Omar. 2010a. Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. 2010b. Wacana Temu Duga dan Wawancara (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

B. Kahnweiler, J. 2018. The Introvert Leader: Building on Your Quite Strength. Berrett: Koehler Publishers.

Drew, P. & Heritage, J. 2008. Talk at Work. Cambridge: Cambridge University Press.

Liddicoat, A. J. 2011. An Introduction to Conversation Analysis. London: Continuum International Publishing Group.

Muhammad Ibn Abi Bakr Ibn Qayyim al-Jawziyah. 2005. Penawar Hati yang Sakit (Edisi Ketiga). Jakarta: Gema Insani.

Murata, K. 1994. Intrusive or co-operative? A cross-cultural study of interruption. Journal of Pragmatics 21: 385-400.

Nur Adiba Hasan & Sharifah Raihan Syed Jaafar. 2017. Struktur kata terbitan dalam dialek Terengganu. Jurnal Akademika 87(1): 165-175.

Roslina Mamat, Hazlina Abdul Halim & Normaliza Abd Rahim. 2012. Celahan dalam perbualan pemandu pelancong Malaysia dan pelancong Jepun. Gema Oline® Journal of Language Studies 12(3): 849-863.

Saraswati, N & Hamsia, H. 2017. A Study of turn taking used in radio talk show under the topic “Gender Equality and Women’s Empowerment”. TELL Journal: 60-70.

Santos, M. 2015. An Introvert in an Extrovert World: Essays on The Quiet Ones. United Kingdom: Cambridge Scholars Publishing


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia