Representasi Budaya dalam Kit Video Pembelajaran Bahasa Melayu untuk Penutur Asing: Analisis Teori Sosiokognitif (Cultural Representation in Malay Language Learning Video Kit for Non-Native Speakers: A SocioCognitive Theory Analysis)
Abstract
ABSTRAK: Pembelajaran bahasa seharusnya diiringi dengan pembelajaran mengenai budaya masyarakat sesuatu bahasa itu kerana manusia cepat belajar melalui proses peniruan. Pembelajaran bahasa Melayu akan menjadi lebih menyeronokkan dan berinteraktif jika budaya masyarakatnya menjadi asas pembelajaran. Pembelajaran bahasa Melayu kepada penutur asing sudah sekian lama menggunakan modul pembelajaran bahasa yang lebih berfokus kepada bantuan guru sepenuhnya. Namun, bantuan guru sahaja tidak cukup untuk memperkenalkan budaya masyarakat Malaysia yang pelbagai kepada penutur asing. Justeru, apakah bahan bantu yang boleh digunakan oleh penutur asing untuk mempelajari bahasa Melayu sekiranya tidak menghadiri kelas formal, namun masih boleh mempelajari budaya? Kini, pembelajaran berbantu komputer menjadi dimensi pembelajaran yang baru dalam dunia pendidikan kerana kemudahan komputer membantu mewujudkan pembelajaran secara interaktif dan menyeronokkan. Walaupun begitu, pembelajaran menggunakan modul bertulis perlu dikekalkan kerana masih penting. Unsur budaya yang direpresentasikan melalui kit multimedia berbentuk video membolehkan pembelajaran bahasa Melayu bukan sekadar dipelajari, malah diamati sehingga seterusnya diperilakukan secara fizikal. Kit video sebagai alat bantu alternatif tersebut dapat membantu penutur asing mempelajari bahasa dan budaya masyarakat Malaysia secara kendiri. Oleh itu, kajian ini akan membincangkan tentang kit video bahasa Melayu untuk penutur asing yang dibangunkan menggunakan model reka bentuk pembelajaran ADDIE. Seterusnya, kebolehgunaan kit video tersebut dianalisis melalui kaca mata Teori Sosiokognitif yang menekankan pembelajaran melalui pemerhatian dan pemodelan.
Kata kunci: Kit video bahasa Melayu; modul pembelajaran bahasa Melayu; budaya Melayu; ADDIE; Teori Sosiokognitif
ABSTRACT: The learning of language should be followed by learning about the societal cultures of that particular language as human learn faster through the imitation process. Learning of Malay language will be more interactive if a culture can be made as the learning basis. Nevertheless, teachers’ assistance alone is not sufficient to introduce the various Malaysian cultures to these non-native speakers. Thus, what supporting material can be used by the foreign speakers in learning the Malay language if they do not attend formal classes, but still be able to learn about the cultures? Nowadays, computer assisted learning has become the new learning approach in the academic world as computers is seen as a good supporting instrument in creating interesting and interactive learning environment. At the same time, learning through standard module needs to be maintained too. The cultural elements represented by multimedia video’s kit enabling the learners to practice the culture of the society . The video kit as an alternative tool is perceived to aid the foreign speakers to empower the language and culture independently. Therefore, this research will discuss Malay language video kit for foreign speakers developed using the ADDIE learning design model. Subsequently, the usability of the video kit was analyzed through Sociocognitive Theory that emphasized learning through observation and modeling.
Keywords: Malay language video kit; Malay language learning modules; Malay culture; ADDIE; Sociocognitive Theory
Full Text:
PDFReferences
Amat Juhari Moain. 1989. Sistem Panggilan dalam Bahasa Melayu: Suatu Analisis Sosiolinguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Amat Juhari Moain. 2001. Nilai rasa dalam bahasa Melayu. Dlm. Yaacob Harun. Kosmologi Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Atkinson, D. 2002. Towars a sociocognitive approach to second language acquisition. The Modern Language Journal 86(iv): 526-545.
Awang Sariyan. 2007. Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ayuni Mohamad Bakari & Rohaidah Kamaruddin. 2016. Faktor ekstralinguistik: Motivasi dalam pembelajaran bahasa kedua dalam kalangan pelajar asing di 5 Universiti di Malaysia. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 4(2): 83-92.
Bandura, A. 1977. Self-efficacy: Toward a unifying theory of behavioral change. Psychological Review 84 (2): 191-215.
Bandura, A. 1986. Social foundations of thought and action: A social cognitive theory. Englewood Cliffs, NJ: PrenticeHall, Inc.
Bandura, A. 1989. Social cognitive theory. In R. Vasta (Ed.). Annals of Child Development. Vol. 6. Six Theories of Child Development. 1-60.
Bandura, A. 2003. Observational learning. In J.H. Byrne (Ed.). Encyclopedia of Learning and Memory. 2nd (Ed). 482-484.
Branch, R.M. 2009. Instructional Design: The ADDIE Approach. New York: Springer Publisher.
Crothers, L.M., Hughes, T.L., & Morine, K.A. 2008. Theory and Cases in School-based Consultation: A Resource for School Psychologist, School Counselors, Special Educators, and other Mental Health Professionals. New York: Routhledge Taylor & Francis Group.
Kamus Linguistik. 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ellya Rossana. 2017. Dinamisasi kebudayaan dalam realitas sosial. Jurnal Al-Adyan 12(1): 16-30.
Gumperz, J.J. 1970. Sociolinguistics and communication in small groups. Language Behavior Research Laboratory. Working Paper No. 33. 1-33.
Huntington, P.S. 1996. The Clash of Civilizations and the Remaking of World Order. New York: Simon and Shcuster Publisher.
Junaini Kasdan. 2011. Sikap, persepsi dan tahap penguasaan bahasa Melayu remaja Malaysia: Analisis Sosiokognitif. Tesis Ph.D, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Keraf, G. 1997. Komposisi: Sebuah Pengantar Kemahiran Bahasa. Ende-Flores: Nusa Indah.
Khairi Abu Syairi. 2013. Pembelajaran Bahasa dengan pendekatan budaya. Jurnal Dinamika Ilmu 13(2)-Dis.
Koentjaraningrat. 1989. Pengantar Ilmu Antropologi. Jakarta: Aksara Baru.
Liddicoat, A.J, Papademetre, L, Scarino, L, & Kohler, M. 2003. Report on Intercutural Language Learning. Canberra: Australian Department of Education, Science and Training.
Marlyna Maros & Mohd Baharim Mayidin. 2011. Jenis dan fungsi sapaan serta persepsi kesantunan dalam interaksi di kaunter pertanyaan. Jurnal Bahasa 11(2): 219-226.
Nimmanupap, S. 1994. Sistem Panggilan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Thai: Suatu Analisis Sosiolinguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noor Zuhidayah Mohd Zulkifli & Siti Saniah Abu Bakar. 2016. Strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di Jerman. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik 4(2): 10-19.
Nor Hashimah Jalaluddin, Junaini Kasdan, & Zaharani Ahmad.2010. Sosiokognitif pelajar remaja t e r h a d a p b a h a s a Melayu. Gema Online Journal of Language Studies 10(3): 67-87.
Nor Hashimah Jalaluddin. 2010. Sosiokognitif dan penguasaan pragmatik bahasa Melayu remaja Malaysia: kupasan ilmiah. Prosiding Seminar Sehari “Penguasaan Bahasa Melayu Remaja Malaysia”. 1-19.
Nur Fadilah Abdul Basit, Isa Hamzah & Harun Baharudin. 2017. Strategi kognitif dalam pembelajaran kosa kata bahasa Arab. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 6(1): 41-51.
Perlembagaan Persekutuan. 2010. Kuala Lumpur: Pesuruhjaya Penyemak Undang-undang, Malayan Law Journal Sdn. Bhd. dan Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
Roshidah Hassan. 2017. Gaya dan strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Perancis. Gema Online Journal of Language Studies 17(1): 125-146.
Rossett, A. 1987. Training Needs Assessment. Englewood Cliffs, NJ: Educational Technology Publications.
Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. 2010. Budaya dan Pembelajaran. Perak: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Yong Chyn Chye, Siti Saniah Abu Bakar, Chan Tze-Haw & Vijayaletchumi A/P Subramaniam. 2010. Strategi pelajar antarabangsa belajar bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi. Proceedings of the 4th International Conference on Teacher Education: Join Conference UPI & UPSI. Bandung, Indonesia. 8-10 November 2010.
Zaliza Mohamad Nasir & Zaitol Azma Zainon Hamzah. 2014. Sikap dan motivasi pelajar terhadap pembelajaran bahasa Melayu. Procedia – Social and Behavioural Science 134: 408-415.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia