The Archaeology of The Johor-Riau-Lingga Malay Kingdom from the 16th to 19th Century C.E.: A Re-Evaluation (Arkeologi Kerajaan Melayu Johor-Riau-Lingga Abad 16-19 Masihi: Penilaian Semula)

ASYAARI MUHAMAD

Abstract


ABSTRACT: This topic focuses on the later history and archaeological heritage of the Malay Johor-Riau-Lingga Sultanate dated from the 16th to 19th century ce (Current Era). This paper includes the study of Kota Sayong Pinang, Batu Sawar, Kota Seluyut, Kampung Makam, Kota Panchor and Kota Johor Lama. The supporting evidence for the discussion in this paper includes a textual study of several Malay texts (such as Sejarah Melayu, Sejarah Negeri Johor, and Sejarah Petempatan di Sepanjang Sungai Johor) and the archaeological record. This research shows that the remains of old forts such as found at Kota Johor Lama, Kota Sayong Pinang, Kota Batu Sawar and Kota Seluyut represent a lot of the material historical and archaeological evidence. The burial sites of the royalty and ruling class, the discovery of gold dinar coins, various weaponry and an overwhelming abundance of ceramics (mostly broken) are among the important discoveries throughout the research. As much as 211 tombstones of the Aceh style were discovered in the state of Johor. The oldest Acheh tombstone in Johor was dated 1453 ce (or 857 Hijrah according to the Islamic calendar) and ceramics dated between 11th and 14th century strongly suggests that there was an earlier kingdom prior to the Malay JohorRiau-Lingga Sultanate. Among the earlier ceramics found include Chinese Song, Sawankhalok, Khmer, Vietnamese and Sukhothai dated from the 13th to 15th century. Even so, most of the archaeological evidence along the Johor River were destroyed due to deterioration, development of the surrounding and various conflicts among the ruling kingdoms.

Keywords: Archaeology; Heritage; Malay Johor-Riau-Lingga kingdom

 

ABSTRAK: Artikel ini memfokuskan kajian terhadap latar sejarah dan warisan peninggalan arkeologi Kerajaan Melayu JohorRiau-Lingga dari abad 16 Masihi hingga 19 Masihi. Dalam jangka masa ini, banyak penyelidikan arkeologi telah dilakukan terutamanya oleh penyelidik tempatan dan juga luar. Tokoh-tokoh penyelidik tempatan misalnya Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Adi Haji Taha, Abdul Jalil Osman, Kamarudin Ab. Razak dan penulis sendiri telah melakukan penyelidikan arkeologi sejak tahun 1990-an hingga ke tahun 2000-an. Manakala penyelidik dari luar pula misalnya Solheim, I.A Mc Gregor, R.O Winstedt, C.A Gibson-Hill, G.A Gardner dan Green Erneste pula merupakan antara pelopor kepada penyelidikan arkeologi di Lembah Sungai Johor ini. Antara kawasan yang akan diberi tumpuan ialah di Kota Sayong Pinang, Batu Sawar, Kota Seluyut, Kampung Makam, Kota Panchor dan Kota Johor Lama. Kawasan tersebut meliputi dari bahagian hulu Sungai Johor hingga ke Hilir Sungai Johor. Kaedah kajian yang akan digunakan dalam melihat isu ini ialah dengan menggunakan kajian latar sejarah yang terdapat dalam teks Sejarah Melayu, Sejarah Negeri Johor, Sejarah Petempatan di sepanjang Sungai Johor dan juga kajian arkeologi. Hasil kajian mendapati kebanyakan kesan sejarah dan warisan Kerajaan Melayu Johor-Riau-Lingga yang boleh dilihat hingga ke hari ini ialah kesan kota lama seperti Kota Johor Lama, Kota Sayong Pinang, Kota Batu Sawar, Kota Seluyut, makammakam para Sultan dan pembesar, jumpaan wang syiling dinar emas, alat-alat senjata dan yang paling banyak sekali ialah kesan pecahan tembikar. Sebanyak 211 buah batu nisan Aceh telah dikenalpasti di negeri Johor. Jumpaan batu nisan Aceh yang tertua di Johor iaitu bertarikh 1453 Masihi bersamaan 857 Hijrah dan jumpaan tembikar yang usianya sekitar abad 11 – 14 Masihi menunjukkan wujudnya zaman pemerintahan pra Kesultanan Melayu Johor-Riau-Lingga. Antara jumpaan tembikar yang usianya lebih awal dari abad 16 Masihi ialah seperti tembikar zaman Song abad 11 – 13 Masihi dari China, tembikar Thailand iaitu Sawankhalok dan Sukhothai dari abad 13 – 15 Masihi, tembikar Khmer abad 13 Masihi dan tembikar Vietnam abad 15 Masihi. Namun demikian, kebanyakan daripada kesan peninggalan sejarah dan warisan di sepanjang Sungai Johor ini telah musnah akibat daripada faktor usia, pembangunan semasa dan juga konflik yang berpanjangan semasa pemerintahan kerajaan tersebut.

Kata kunci: Arkeologi; warisan; kerajaan Melayu Johor-Riau-Lingga


Full Text:

PDF

References


Asyaari Muhamad & Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. 1999. Laporan Akhir Projek Survei Arkeologi di Sepanjang Sg. Johor, (14 Mac 1999 – 15 Disember 1999). Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor.

Asyaari Muhamad. 2001. Arkeologi Kota Sayong: Data Awalan. Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor.

Asyaari Muhamad. 2005. Arkeologi dan Seni: Kajian Tembikar Kerajaan Melayu-Johor-Riau-Lingga abad 16-19 Masihi. Ph.D. Thesis, Department of Malay Socio-Culture, Academy of Malay Studies, University of Malaya, Kuala Lumpur.

Asyaari Muhamad. 2012. Seramik Empayar Johor Abad 11-19 Masihi. Jabatan Muzium Malaysia. Kuala Lumpur.

Bellwood, P.S. 1997. Prehistory of the Indo-Malaysian Archipelago, Revised Edition. Honolulu: University of Hawaii Press.

Buyung Adil. 1980. Hikayat Raja-Raja Pasai (Raja Ali Haji): 1-3

Cheryl-Ann Low Mei Gek. 2004. Singapore from the 14th to 19th

Century. In Early Singapore 1300s -1819, edited by Miksic, N. John & Cheryl-Ann Low Mei Gek. Singapore: Singapore History Museum.

Dunn, F.L. 1975. Rain-Forest Collectors and Traders: A Study of Resource Utilization in Modern and Ancient Malaya. Monograph of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society No. 5.

Gardner, G.B. 1932. Malay Forts at Sayong Pinang, Sungai Telor and Johor Lama on the Johor River. JMBRAS 10(3).

Gardner, G.B. 1937. Ancient beads from the Johore Rivers as evidence of an early link by sea between Malay and Roman Empire. Journal of the Royal Asiatic Society 10(3).

Gibson Hill, C.A. 1955. Johore Lama and other ancient sites on the Johore River. Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society 28(2).

Gibson-Hill, C.A. 1965. Johore Lama and Other Ancient Sites on Johore River. JMBRAS 28(2).

Lazare Favre, Pierre Etienne. 1849. A Journey in Johore. JIAEA (Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia) (III). Matthews, J. 1961. Results of Excavation in Malaya. AP V.

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. 2000. Seratus lima puluh tahun arkeologi negeri Johor: Penyelidikan dan pencapaian. SARI (Jurnal Alam dan Tamadun Melayu) 18.

Othman Mohd. Yatim. 1988. Batu Aceh, Early Islamic Gravestones in Peninsular Malaysia. Kuala Lumpur: Muzium Negara.

Perret, D. & Kamarudin Ab. Razak. 1999. Batu Aceh Warisan Sejarah Johor. Johor Bahru: Ecole francaise d’ExtremeOrient & Yayasan Warisan Johor.

Quaritch-Wales, H.G. 1940. Archaeological Researches on Ancient Indian Colonization in Malaya, JMBRAS 18(1).

Quaritch Wales, H. G. 1957. Prehistory and Religion in SouthEast Asia. London: Bernard Quaritch, Ltd.

Sieveking, G. de G. 1955a. The fortified city of Johore Lama and the use of archaeological evidence. JMBRAS 28(2).

Sieveking, G. de G. Wheatley Paul & Gibson-Hill, C.A. 1954. Recent archaeological discoveries in Malaya (1952 – 1953). JMBRAS 27(1).

Sieveking, G.de G. 1955. Recent archaeological discoveries in Malaya. JMBRAS 28(1).

Solheim, W. G. & Green, E. 1965. Johore Lama excavation 1960. Federation Museum Journal X.

Wheatley, P. 1980. The Golden Khersonese: Studies in the Historical Geography of the Malay Peninsula Before A. D. 1500. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Winstedt R.O (pnyt.). 1992. Malay Forts at Sayong Pinang, Sungai Telor and Johor Lama on the Johor river, A History of Johor (1365-1941). Kuala Lumpur: JMBRAS 6 (1).

Winstedt, R.O. 1932. Ancient Johore. Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society 10(3)


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia