Psikoterapi Nabawi Sebagai Rawatan Komplimentari Kejiwaan Dalam Menangani Isu Kesihatan Mental
Abstract
Statisitik pertambahan kes kesihatan mental saban tahun menunjukkan keperluan terhadap pemerkasaan usaha pencegahan sedia ada. Integrasi rawatan kerohanian dalam memelihara kesejahteraan mental telah diterima oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Justeru, psikoterapi Islam merupakan di antara kaedah rawatan yang boleh diaplikasikan terhadap klien atau pesakit melalui tindak balas jiwa, spiritual, mental, emosi dan perilaku dalam mencapai kesejahteraan hidup. Ia boleh dijelaskan sebagai satu intervensi psikologi yang bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan kecelaruan emosi, spiritual, kognitif dan tingkah laku manusia berdasarkan acuan syarak. Psikoterapi Islam telah mendapat perhatian yang sewajarnya, namun ia masih baru dan kurang mendapat pendedahan penyelidikan yang lebih luas terutama dari sudut memperkaya elemen teoritikal dan kajian empirikal. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengetengahkan psikoterapi Nabawi sebagai satu kaedah rawatan psikoterapi yang bersumberkan perubatan Nabi SAW (tib Nabawi). Metodologi kajian yang digunakan adalah melalui pendekatan kualitatif secara analisis dokumen menggunakan kajian perpustakaan untuk membina kerangka konsep psikoterapi Nabawi dan menjelaskan kedudukannya dalam psikoterapi Islam sebagai elemen rawatan kejiwaan dalam menangani isu kesihatan mental. Pemilihan dan pengumpulan hadith adalah melalui kajian tematik hadith (al-Hadith al-Mawḍu‘i) berasaskan tema kaedah-kaedah nubuwwah dalam mengawal rasa marah, tidak putus asa, syukur dan sabar. Dapatan kajian mendapati pendekatan psikoterapi Nabawi telah dibahaskan oleh ilmuwan Islam dalam konteks fiqh hadith merangkumi elemen pemantapan akidah, praktikaliti ibadah, penyempurnaan akhlak, pendidikan secara targhib tarhib, mengambil ibrah dari kisah umat terdahulu dan sebagainya. Sorotan kajian lepas juga menunjukkan penyelidikan empirikal yang dijalankan sebelum ini berjaya membuktikan potensi psikoterapi Nabawi sebagai rawatan komplimentari dalam menangani isu kesihatan mental.
Keywords
Psikoterapi Islam; psikoterapi Nabawi; rawatan komplimentari; kesihatan mental
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556
Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia