Tertib Manhaj Penyelesaian Mukhtalif al-Ḥadīth Menurut al-Marbawi dalam Baḥr al-Mādhī

Mohd Solleh Ab Razak, Roshimah Shamsudin

Abstract


Penulisan Baḥr al-Mādhī oleh al-Marbawi yang merupakan karya hadith terbesar di alam Melayu telah berupaya mengangkat namanya sebagai tokoh yang memberikan sumbangan besar dalam bidang hadith melalui usaha mensyarahkan hadith-hadith yang terdapat dalam Jāmi‘ al-Tirmidhī. Dalam karya tersebut, al-Marbawi turut mengemukakan perbincangan mengenai penyelesaian terhadap percanggahan secara zahir yang berlaku antara hadith yang diistilahkan sebagai mukhtalif al-ḥadīth. Penulisan karya tersebut walau bagaimanapun mendapat komentar dari sudut penguasaan ilmu beliau dalam bidang hadith. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji manhaj al-Marbawi dalam berinteraksi dengan mukhtalif al-ḥadīth dalam Baḥr al-Mādhī khususnya dari sudut tertib penyelesaiannya. Oleh itu, kajian kualitatif melalui reka bentuk analisis kandungan dijalankan bagi proses pengumpulan dan penganalisisan data. Dapatan kajian menunjukkan urutan tertib manhaj penyelesaian mukhtalif al-ḥadīth yang lazimnya diambil oleh al-Marbawi ialah mendahulukan al-naskh al-ṣarīh, diikuti dengan al-jam‘, al-naskh ghayr al-ṣarīh, al-tarjīḥ dan al-tawaqquf. Urutan ini didapati selaras dengan pendekatan majoriti ulama hadith yang lain. Selain itu, al-Marbawi didapati tidak hanya menukilkan pandangan ulama dalam persoalan yang berkaitan dengan mukhtalif al-ḥadīth, bahkan mengkritik penyelesaian yang tidak mematuhi tertib manhaj, takwilan yang salah dan dakwaan al-naskh. Dengan ini, penemuan kajian dapat memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai kewibawaan ilmu al-Marbawi dalam persoalan yang berkaitan dengan mukhtalif al-ḥadīth.

Keywords


Tertib; manhaj penyelesaian; mukhtalif al-ḥadīth; al-Marbawi; Baḥr al-Mādhī

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia