Pemikiran Musdah Mulia dalam Pembaharuan Pentafsiran Al-Quran
Abstract
Musdah merupakan seorang tokoh feminis muslimah Indonesia yang cukup dikenali dan banyak menimbulkan kontroversi dalam kalangan masyarakat. Ini disebabkan pemikiran dan pendapat-pendapatnya yang sering bertentangan dengan pendapat majoriti sarjana Islam. Salah satu ideanya adalah pembaharuan pentafsiran atau mentafsirkan semula ayat-ayat al-Quran. Beliau berpandangan telah berlaku bias dalam pentafsiran yang dibuat sarjana klasik, sehingga menyebabkan kedudukan wanita dipandang lebih rendah daripada lelaki. Selain daripada itu beliau juga menyebutkan bahawa sarjana tafsir klasik mentafsirkan al-Quran sesuai dengan budaya yang berkembang ketika itu, iaitu budaya patriarki di mana lelaki lebih dominan daripada perempuan. Sedangkan tujuan utama Islam datang adalah untuk menegakkan keadilan dan membebaskan manusia dari semua bentuk ketidakadilan, termasuk ketidakadilan gender. Musdah menegaskan, jika terdapat pentafsiran al-Quran yang tidak sesuai dengan cita-cita utama Islam tadi maka perlu untuk dikaji semula. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui dan mengenal pasti pemikiran Musdah tentang pembaharuan pentafsiran al-Quran. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan merujuk bahan-bahan kepustakaan dan berbentuk analisis dokumen. Kajian ini mendapati bahawa Musdah menawarkan, bahkan membuat model pentafsiran baru. Terdapat tiga prinsip asas yang ditawarkan Musdah dalam membuat pembaharuan pentafsiran. Pertama, prinsip maqasid sharicah yang mengandungi nilai-nilai keadialan (al-cadl), kemaslahatan (al-maslahah), kebijaksaan (al-hikmah), kesetaraan (al-musawah), kasih sayang (al-rahmah), pluraslime (al-tacaddudiyah), dan hak asasi manusia (huquq al-insaniyah). Kedua, prinsip relativisme dengan pengertian semua pentafsiran bersifat relatif. Ketiga, menggunakan metode tafsir tematik sesuai dengan pendekatan Binti Syati’. Implikasi kajian ini adalah mendedahkan idea pembaharuan tafsir Musdah yang mana bentuknya sama dengan yang disuarakan tokoh-tokoh feminis lainnya. Umat Islam perlu lebih berhati-hati dalam memilih rujukan pentafsiran dan mengutamakan pendapat majoriti ulama dalam memahami pentafsiran ayat-ayat al-Quran.
Musdah Mulia Thought in The Reconstruction of Quranic Interpretation
Musdah is one of the Indonesian feminist figures who is quite popular and have expressed a lot of controversial statement. This controversy is due to her thoughts and opinions that are often opposed to the opinion of the majority of Islamic scholars. One of her ideas is the renewal of Quranic interpretation (reinterpreting the verses of the Qur’an). According to her, there is a bias in the classical interpretation, resulting in the lower position of women compared to men. In addition, she also mentioned that the scholars of classical interpretation interpreted the Qur’an based on the culture that developed at that time, where men are supposed to be more dominant than women. On the other hand, the main goal of Islam is to uphold justice and liberate people from any forms of inequality, including gender inequality. Musdah stressed that if there is a Quranic interpretation that does not fit with the main objective of Islam then it is necessary to be reviewed. The objective of this study is to identify Musdah’s thoughts on the renewal of the Quranic interpretation. This study uses a qualitative method by referring the literature materials and in the form of document analysis. The study found that Musdah wants, even makes, a new interpretation model. There are three basic principles offered by Musdah in the renewal of interpretation. Firstly, the principle of maqasid sharicah which contains the values of justice (al-cadl), the benefits (al-maslahah), the wisdom (al-hikmah), the equality (al-musawah), love (al-rahmah), pluralism (al-tacaddudiyah), and human rights (huquq al-insaniyah). Second, the principle of relativism meaning that all Quranic interpretations is relative. Third, using thematic interpretation method following the Binti Syati’ approach. This study implies that the idea of renewal of Quranic interpretation by Musdah is similar to what have been stated by other feminist figures. Muslims are expected to be more careful in selecting interpretation references and prioritizing the opinion of the majority of scholars in understanding the interpretation of Quranic verses.
Keywords
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556
Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia