Objek budaya sakral pengubatan ambiak dalam amalan ritual masyarakat Murut Paluan (Ambiak medicine tools in ritual practice Murut Paluan community)
Abstract
Pengubatan ambiak merupakan satu bentuk kaedah rawatan tradisional masyarakat Murut Paluan yang melibatkan ritual, jampi, ramuan herba dan alat tertentu bagi tujuan penyembuhan fizikal serta spiritual. Pengubatan ambiak tergolong dalam pengubatan alternatif yang mencerminkan kearifah tempatan. Ia merujuk kepada pengetahuan, amalan dan nilai budaya yang terbentuk hasil daripada pengalaman masyarakat setempat yang menyesuaikan diri dengan alam sekitar. Sebagai sebuah masyarakat yang mempunyai latar belakang kebudayaan yang kompleks, pengubatan tradisional ini menjadi amalan kepercayaan komuniti Murut Paluan di Sabah sehingga kini. Kajian ini bertujuan mengenal pasti jenis dan fungsi objek budaya sakral dalam ritual pengubatan ambiak masyarakat Murut Paluan. Kajian ini berorientasikan kajian lapangan dengan menggunakan pendekatan etnografi untuk meneliti proses pengubatan komuniti ini. Pendekatan etnografi digunakan untuk memahami makna, simbol dan fungsi pengubatan ambiak secara mendalam.Kaedah analisis data menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual, pemerhatian lapangan dan analisis dokumen. Dapatan kajian ini menunjukkan kepercayaan warisan yang mengandungi kepercayaan animisme mempengaruhi ritual ambiak. Terdapat sebanyak 21 objek budaya sakral yang digunakan dalam ritual ini dan kebanyakkannya bersumberkan alam semula jadi. Ritual yang dilangsungkan perlu mengikut tatatertib dan peringkat yang ditetapkan oleh Babalian. Penyediaan objek budaya sakral dalam ritual perlulah lengkap dan dalam keadaan baik agar komunikasi dengan alam ghaib dapat dijalankan dengan berkesan. Masyarakat Murut Paluan percaya melalui penggunaan peralatan secara teratur, berhati-hati dan berperingkat mampu memberikan kesan pengubatan yang maksimum kepada pesakit. Oleh itu, kajian ini dapat menyediakan wadah pengetahuan baru mengenai signifikan penyediaan onjek budaya sakral dalam pengubatan ambiak yang bersumberkan alam binatang dan tumbuhan. Nilai tradisi ini perlu dilestarikan kerana faktor keutuhan institusi babalian yang masih wujud dan berfungsi sehingga ke hari ini.
Kata kunci: Babalian, Murut Paluan, objek budaya sakral, pengubatan ambiak, ritual
Ambiak treatment is a form of traditional treatment methods of the Murut Paluan community that involves rituals, spells, herbs and certain tools for the purpose of physical and spiritual healing. Ambiak medicine belongs to alternative medicine that reflects local wisdom. It refers to cultural knowledge, practices and values that are formed as a result of rather than the experiences of local communities adapting to the surrounding nature. As a community with a complex cultural background, this traditional medicine has become the belief practice of the Murut Paluan community in Sabah until now. This study aims to know exactly the types and functions of sacred cultural objects in the medicinal rituals of the Murut Paluan community. This study was field study oriented by using an ethnographic approach to examine the healing process of this community. An ethnographic approach was used to understand the meanings, symbols and functions of adoptive medicine in depth.Data analysis methods used a qualitative approach through interviews, field observations and document analysis. The findings of this study suggest inherited beliefs containing animist beliefs influence adoption rituals. There are as many as 21 sacred cultural objects used in this ritual and most of them are naturally sourced. The rituals performed need to follow the rules and ranks set by Babalian. The provision of sacred cultural objects in ritual needs to be complete and in good order so that communication with the supernatural can be carried out effectively. Murut Paluan Society believes through the regular, careful and ranked use of equipment is able to give the maximum treatment impression to the patient. Therefore, this study can provide a new vessel of knowledge regarding the significance of the provision of sacred culture ojek in animal and plant nature-sourced amak medicine. The value of this tradition needs to be preserved because of the integrity factor of the babalian institution that still exists and functions to this day.
Keywords: Babalian, Murut Paluan, sacred cultural objects, medicine ambiak, ritual
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Ab. Rahman, H. A. (1980.) Perubatan tradisional tercabar. Dewan Budaya, 2(5), 4-5.
Annandale, N., & Robinson, H. C. (1903). Fasciculi Malayenses: Anthropological and Zoologcal Result of an Expendition to Perak and Siames Malay States: Anthropology Part I. The University Press of Liverpool.
Appell, G. C. (1976). The Society of Borneo: Explorations in the Theory of Cognatic Social Stracture. American Anthropoligical Association.
Cuisinier, J. (1936). Danses. Magiques de Kelantan. Instiut De’Ethnologie.
Deenerwan, M. (2014). Bobolian Seni Teater Etnik Dusun. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.
Endicott, K. M. (1987). An Analysis of Malay Magic. Singapore, Oxford University Press.
Ganiam, L. (2015). Pengubatan ambiak dan kaedah pengubatan, Sabah. Temu bual, 26 Januari.
Ganiam, T. (2018). Babalian dan pengubatan ambiak di Sabah. Temu bual, 26 Mac.
Hanafi, H. (2003). Bobohizan dan peranannya di kalangan masyarakat Kadazan daerah Penampang di Sabah. JATI-Journal of Southeast Asian Studies, 8, 15-40.
Hanafi, H. (2006). Seni persembahan sebagai perkakasan ritual perubatan: Paluan gandang dan tarian Sumazau dalam ritual monogit oleh Kadazan Penampang di Sabah. JATI-Journal of Southeast Asian Studies, 11, 1-10.
Ibrahim, I. (2007). Warisan Motif dan Corak Etnik. Universiti Malaysia Sabah.
Karimon, J. (2023). Tradisi Lisan Peneguh Nilai Peribumi. In A. Aziz Deraman, K. Rosli, Matari, Hashim, S. A. & M. I. F. Hussin (Eds.). Prosiding Kolokium Antarabangsa Peradaban Wilayah Timur Laut 2023: Wibawa Sosiobudaya, Ekonomi dan Pelancongan Wilayah Timur. Universiti Fatoni, Pattani.
Karimon, J., & Mohd Radzi, S. B. (2020). Mitos asal-usul: Aki Kinapuno pentadbir agung Murut Paluan. AL-QIYAM International Social Science and Humanities Journal, 3(2), 64-76.
Karimon, J., & Mohd Radzi, S. B. (2021). Merungkai rahsia mistik kehidupan etnik Murut Paluan dalam mitos tumbuhan. International Journal of the Malay World and Civilisation, 9(1), 81-96.
Karimon, J., & Mohd Radzi, S. B. (2021a). Merungkai rahsia mistik kehidupan etnik Murut Paluan dalam mitos tumbuhan. International Journal of the Malay World and Civilisation, 9(1), 81 – 96.
Karimon, J., & Mohd Radzi, S. B. (2021b). Mitos asal-usul kosmologi Murut Paluan dan Kadazandusun: Satu perbandingan. Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS), 7(1), 16-36.
Kitingan, J. (2012). Dusun (Borneon People). Institut Terjemahan & Buku Malaysia.
Lee, Y. F., & Rajendran, K. (2007). Ritual harian penganut Hindu. Dewan Budaya, 29(9), 41-43.
Lev, R. (1999). Kepercayaan dan amalan dalam tarian sewang. Dewan Budaya, 4(8), 52.
Levi-Strauss, C. (1997). Look, Listen, Read. Basic Books, The University of Virginia.
Mariappal, K., & Porodong, P. (2012). Murut dan Pelbagai Etnik Kecil di Sabah. Universiti Malaysia Sabah.
Masrin, M. (2011). Persembahan Baturun: Satu Kajian Kes Suku Bisaya di Daerah Beaufort Sabah [Degree thesis, Universiti Kebangsaaan Malaysia].
Mike, K. (2016). Kaedah pengubatan ambiak di Sabah. Temu bual, 25 Januari.
Owen, R. (1929). The Pagans of North Borneo. Oxford University Press.
Pollard, F. H. (1935). The Muruts of Sarawak. Sarawak Museum Journal, 4(2), 139-155.
Prentice, I. (1972). Notes on place names and personal names in the song-language of the Timugon Murut. Sabah Society Journal, 5(4), 371-376.
Rutter, O. (1922). British North Borneo: In Account of its History, Resources and Native Tribes. Constable on Company.
Salleh, M. S., & Abdullah, N. A. V. (2022). Amalan angkikiat masyarakat Murut Paluan di Sabah. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 18(2), 75-89.
Skeat, W. W. (1900). Malay Magic (1st ed). Macmillan and Co.
Wilkinson, R. J. (1901). A Malay-English dictionary. Singapore, Kelly and Walsh.
Winstedt, R. O. (1924). Keramat: Secred places and person in Malaya. Journey of the Malayan British Royal Asiatic Society, 2, 265-279.
Woolley, G. C. (1936). Some Murut hunting customs. Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society, 14(126), 307-313.
Woolley. G. C. (1937). Murut coustom: Human scrifice and slavery amongst the Nabai Tribe, Keningau. The British North Borneo Herald. 2 November.
Refbacks
- There are currently no refbacks.