Pengglotisan Geseran /s/ dalam Bahasa Kerinci

Adi Yasran Abdul Aziz, Raja Masittah Raja Ariffin, Mohd Sharifudin Yusop, Nur Farahkhanna Mohd Rusli

Abstract


Makalah ini bertujuan untuk menjelaskan proses perubahan bunyi frikatif alveolar /s/ kepada bunyi frikatif glotis [h] dalam bahasa Kerinci. Wujudnya penutur bahasa Kerinci di Malaysia disebabkan mobiliti dan perpindahan penuturnya yang berasal dari Sumatera Barat, Indonesia. Bahasa Kerinci yang dituturkan dikedua-dua buah negara mempunyai sistem sebutan yang berbeza antara satu sama lain. Namun, sistem fonologi bahasa Kerinci yang digunakan di Malaysia masih belum dibincangkan secara teoritikal. Sampel kajian dipilih dalam kalangan masyarakat Melayu Kerinci di Kampung Sungai Lui, Hulu Langat Selangor yang berusia dalam lingkungan 50 tahun dan ke atas. Maklumat dan data diperoleh melalui teknik pemerhatian, temu bual dan rakaman yang bertujuan merekod pertuturan responden untuk ditranskripsi serta dianalisis untuk menjelaskan perubahan bunyi yang berlaku. Kajian ini menerapkan kerangka fonologi generatif untuk menjelaskan proses pengglotisan /s/ kepada [h]. Proses fonologi yang berlaku bukan sahaja melibatkan perubahan pada segmen /s/ tetapi turut mengubah bunyi-bunyi vokal yang mendahului segmen tersebut, iaitu vokal /a, i, u/. Hasil kajian menunjukkan vokal /a, i, u/ yang mendahului segmen /s/ dalam bahasa Kerinci akan mengalami proses fonologi dan menghasilkan bentuk permukaan yang berbeza antara satu sama lain. Proses fonologi yang terlibat adalah rumus peninggian vokal yang mengubah bunyi /as/ kepada [Eh] dan rumus perendahan vokal yang mengubah bunyi /is/ kepada [Qh] dan /us/ kepada [awh]. Namun, setiap perubahan yang berlaku memerlukan huraian atur rumus untuk menjelaskan proses mana yang berlaku terlebih dahulu. Dapatan menunjukkan bahawa rumus pengglotisan geseran yang mengubah segmen /s/ kepada [h] hanya berlaku selepas pelaksanaan rumus-rumus yang menyebabkan perubahan pada vokal-vokal tersebut. Hal ini bagi memenuhi syarat lingkungan yang telah ditetapkan terhadap rumus-rumus yang telah dinyatakan.

 

DOI: http://dx.doi.org/10.17576/GEMA-2014-1403-14

 


Keywords


fonologi; generatif; bahasa Kerinci; bahasa Melayu; linguistik

Full Text:

PDF

References


Abdul Rashid Melebek & Amat Johari Moain (2005). Sejarah Bahasa Melayu. Utusan Publication & Distributors SDN. BHD.

Adi Yasran Abdul Aziz & Zaharani Ahmad (2008). Urutan Nasal-Obstruen Dialek Kelantan: Satu Analisis Teori Optimaliti. Jurnal Bahasa. 14 (Mei-Ogos), 1-19.

Adi Yasran Abdul Aziz & Zaharani Ahmad (2008). Onset Mora dalam Dialek Kelantan: Analisis Tatatingkat Kekangan. Jurnal e-Bangi. 3(1), 1-16.

Adi Yasran Abdul Aziz (2010). Inventori Vokal Dialek Melayu Kelantan: Satu Penilaian Semula. Jurnal Linguistik. 11 (Disember 2010), 1-19.

Adi Yasran Abdul Aziz (2011). Suku Kata Dasar dalam Dialek Kelantan Berdasarkan Teori Optimaliti. GEMA Online® Journal of Language Studies. 11(2), 121-136.

Adi Yasran Abdul Aziz (2012). Analisis Koda Berdasarkan Kekangan dalam Dialek Kelantan. GEMA Online® Journal of Language Studies. 12(4), 1127-1145.

Ajid Che Kob & Mohd Tarmizi Hasrah (2009). Dialek Melayu Pahang: Tinjauan di Hulu Pahang. Jurnal Linguistik. 9, 72-74.

Asmah Haji Omar. (1995). Rekonstruksi Fonologi Bahasa Melayu Induk. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (2008). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (2013). Bahasa Minangkabau Mukim Sesapan Batu Minangkabau. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chomsky, Noam & Halle (1968). The Sound Pattern of English. New York.

Farid M. Onn (1980). Aspect of Malay Phonology and Morphology: A Generative Approach. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Farid M. Onn (1988). Konsep-konsep Dasar dalam Teori Fonologi Generatif dlm. Nik Safiah Karim (Penyusun). Linguistik Transformasi Fonologi Generatif: Suatu Penerapan pada Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibrahim Mustapa dan Ibrahim Daud (1990). Analisis Dialek Daerah Kuala Pilah daripada Aspek Fonologi. Jurnal Dewan Bahasa. Disember 1990, 975-982.

Mohd Tarmizi Hasrah, Shahidi A. H. & Rahim Aman. (2013). Inovasi dan Retensi dalam dialek Hulu Tembeling. GEMA Online® Journal of Language Studies. 13(3), 211-222.

Mohd Isa Farhy Yassin (1971). “Sistim Bunyi Loghat Kerinci dan Perbandingannya dengan Bahasa Melayu Standard”. Majalah Dewan Bahasa. XIII(3), 162-169.

Noor Azureen Hamid @ Ahmed & Tajul Aripin Kassin (2013). Analisis Fonologi Autosegmental dalam Proses Penyebaran Fitur Geluncuran Dialek Melayu Saribas. Jurnal Bahasa. 13(2), 217-242.

O’Brien J. (2012). An experimental approach to debuccalization and supplementary gestures. A dissertation of Doctor of Philosopy Unpublished, Universiti of California, Santa Cruz. (Atas talian) Muat turun pada 24 Disember 2013 dari http://jeremypobrien.nfshost.com/papers/obrien_dissertation_2up.pdf

Roca, I. & Johnson, W. (1999). A Course in Phonology. USA: Blackwell Publisher Inc.

Rohani Mohd Yusof (1986). Dialek Geografi Kuala Kangsar: Satu Kajian Perbandingan Fonologi. Tesis Ijazah Sarjana Sastera. Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Rohani Mohd Yusof & Noriah Mohamed (2006). Bahasa: Memeluk Akar Menyuluh ke Langit. dlm. Paitoon M. Chaiyanara et, al (pyt). Singapura: Universiti Teknologi Nanyang.

Rozaimah Rashidin & Nor Diyana Saupi (2011). “Kata Ganti Nama dalam Dialek Kerinci”. Jurnal Linguistik. 14, 1-16.

Saidatul Faiqah Samasu & Adi Yasran Abdul Aziz (2013). Inventori Fonem Konsonan Dialek Melayu Kuching Sarawak. Jurnal Persatuan Linguistik Malaysia. 17(1). 10-18.

Shane, S. A. (1992). Fonologi Generatif dlm. Zaharani Ahmad & Nor Hashimah Jalaluddin (pent). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sharifah Raihan Syed Jaafar (2012). A Comparative Study of Nasal Prefixes in Malay and English. 3L: Language Linguistics Literature®, Southeast Asian Journal of English Language Studies. 18(3), 15-28.

Zaharani Ahmad (1991). The Phonology and Morphology of the Perak Dialect. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaharani Ahmad (1993). Fonologi Generatif: Teori dan Penerapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaharani Ahmad (2013). Aspek Fonologi Bahasa Melayu: Derivasi Rumus kepada Tatatingkat Kekangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaharani Ahmad, Nor Hashimah Jalaluddin, Maizura Osman. (2013). Harmoni Vokal dan Degiminasi dalam Kata Pinjaman Arab: Analisis Tatatingkat Kekangan. GEMA Online® Journal of Language Studies. 13(3), 193-209.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021