Sikap Mahasiswa UKM Terhadap Bahasa Jepun: Satu Kajian Kes
Abstract
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti sikap terhadap bahasa Jepun sebagai bahasa asing dalam kalangan mahasiswa Malaysia khususnya yang mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian ini mengukur tujuh jenis tahap sikap serta menerangkan perhubungannya berasaskan model sosiopendidikan yang dikemukakan oleh Gardner (2001). Metodologi kajian yang diguna pakai adalah berbentuk kuantitatif. Data kajian diperolehi melalui kaedah soal selidik. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya responden menunjukkan sikap positif terhadap bahasa Jepun disebabkan jarak sosial yang rapat serta stereotaip etnobudaya yang positif terhadap negara dan masyarakat Jepun. Sikap yang positif terhadap masyarakat antarabangsa serta persepsi yang positif terhadap golongan sasaran membentuk orientasi integratif yang lebih positif berbanding orientasi instrumental. Kedua-dua orientasi integratif dan instrumental mempengaruhi sikap terhadap pembelajaran bahasa Jepun. Apabila perbandingan dijalankan, terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina dan bangsa, tetapi tiada berdasarkan aliran pengajian. Pelajar perempuan mempunyai orientasi integratif yang lebih positif berbanding pelajar lelaki kerana pelajar perempuan lebih menunjukkan minat terhadap komunikasi dengan orang Jepun serta budaya tradisional Jepun. Dari sudut bangsa, pelajar Cina bersikap lebih positif terhadap ciri bahasa Jepun disebabkan banyak ciri persamaan antara bahasa Jepun dengan bahasa ibunda mereka. Manakala, pelajar Melayu menunjukkan kedua-dua orientasi integratif dan instrumental yang lebih positif. Ini kerana pelajar Melayu lebih cenderung untuk meneroka dunia yang baru serta mempercayai manfaat menguasai bahasa Jepun. Sebagai kesimpulannya, mahasiswa Malaysia khususnya di UKM bersikap positif terhadap bahasa Jepun, dan seterusnya menunjukkan motivasi untuk mempelajari bahasa Jepun.
DOI: http://dx.doi.org/10.17576/GEMA-2014-1401-09
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Abu-Rabia, S. (1998). The learning of Hebrew by Israeli Arab students in Israel. The Journal of Social Psychology. 138(3), 331-341.
Agheyisi, R. & Fishman, J. (1970). Language attitudes studies: A brief survey of methodological approaches. Anthropological Linguistics. 15(5), 137-157.
Ainol Madziah Zubairi & Isarji Sarudin (2009). Motivation to learn a foreign language in Malaysia. GEMA Online® Journal of Language Studies. 9(2), 73-87.
Gardner, R. C. (2001). Language learning motivation: The student, the teacher, and the researcher. Texas Papers in Foreign Language Education. 6(1), 1-18.
Gardner, R. C. & Lambert, W. E. (1959). Motivational variables in second-language acquisition. Canadian Journal of Psychology. 13(4), 266-272.
Gardner, R. C. & Lambert, W. E. (1972). Attitudes and Motivation in Second Language Learning. Rowley, Mass: Newbury House Publishers, Inc.
Guo, Jun Hai. & Okita, Y. (2001). Chinese-Singaporean university students' motivation to learn Japanese. Journal of Japanese Language Teaching. 110, 130-139.
Guo, Jun Hai. & Quan, J. (2006). Motivation of Chinese university students towards learning Japanese. Journal of the International Exchange Support Center. 2, 118-128.
Haarmann, H. (1989). Symbolic Values of Foreign Language Use: From the Japanese Case to a General Sociolinguistic Perspective. Berlin and New York: Mouton de Gruyter.
Hieda, N. & Maserah Shabudin (2012). Sikap dan persepsi terhadap pembelajaran bahasa Jepun di kalangan mahasiswa UKM. Jurnal Linguistik. 16, 88-103.
Hieda, N., Normalis Amzah, Musaev, T. & Nezu, M. (2009). Result of survey on audio visual of teaching material for basic Japanese. Proceedings of International Seminar of Japanese Language and Culture, 111-117.
Ishida, S. (1988). Motivation to learn and image of the Japanese language in Australian students. Bulletin of the Faculty of Education. 35, 57-66.
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (2011). Latihan Dasar Pandang ke Timur. Muat turun 7 September, 2011 dari http://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=466%3Alatihan-dasar-pandang-ke-timur〈=ms
Jang, Y. (2008). The future of Japanese language education for older people in south Korea. Muat turun 11 November, 2011 dari http://teapot.lib.ocha.ac.jp/ocha/handle/10083/35136
Kano, M. (1996). Language attitudes of Japanese learners of the Sinhalese in multi-lingual Sri Lankan society. Bulletin of Language Science and Humanities. 10, 83-95.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1999). Jawatankuasa Bahasa Asing. Laporan Kajian Pelaksanaan Dasar Bahasa Asing. Kuala Lumpur.
Lukmani, Y. M. (1972). Motivation to learn and language proficiency. Language Learning. 22, 261-273.
Mao, H & Fukuda, M. (2010). A comparison on learning motivation between major Japanese learners in China and major Chinese learners in Japan. Language and Culture. 23, 209-232.
Maserah Shabudin, Hieda, N. & Normalis Amzah (2010). Bahasa Jepun sebagai bahasa asing di Universiti Kebangsaan Malaysia. Dlm Ambigapathy Pandian et al. (pnyt.). Panca Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa: Trend dan Amalan (hlm. 117-127). Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
McGlone, J. (1980). Sex differences in human brain asymmetry: A critical survey. Behavioral and Brain Sciences. 3, 215-227.
Muhammad Alif Redzuan. (2005). Sikap pelajar Cina terhadap pembelajaran bahasa Jepun di Universiti Putera Malaysia. Tesis Ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Nakagawa, M. (2001). Motivations for the acquisition of Japanese as a second language: Trends found in adult learners. Center for Student Exchange Journal. 4, 95-120.
Narita, T. (1998). The Relations between motivations and examination scores: The case of university students in Thailand. Japanese-Language Education around the Global. 8, 1-11.
Nor Hashimah Jalaluddin & Zaharani Ahmad. (2011). Hallyu di Malaysia: Kajian sosiobudaya. Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal of Communication. 27(2), 203-219.
Normalis Amzah, Hieda, N. & Nezu, M. (2012) Penyerapan unsur budaya dalam pembelajaran bahasa Jepun. GEMA Online® Journal of Language Studies. 12(2), 407-425.
Nuibe, Y., Kano, F. & Ito, K. (1995). International survey on university student motivation: In case of Victoria University in New Zealand. Journal of Japanese Language Teaching. 86, 162-172.
Oxford, R. L. & Shearin, J. (1994). Language learning motivation: Expanding the theoretical framework. The Modern Language Journal. 78(1), 12-28.
Park, R. E. (1924). The concept of social distance. Journal of Applied Sociology. 8, 339-344.
Rajagopal, S. (1976). A study of the role of attitudes and motivation in the acquisition of English as a second language by fifth-form Malay medium pupils in Selangor. Tesis Ijazah Sarjana Pendidikan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Sakuragi, T. (2006). The relationship between attitudes towards language study and cross-cultural attitudes. International Journal of Intercultural Relations. 30, 19-31.
Takagishi, M. (2000). The relationship between the experience of study abroad and the motivation for studying Japanese: A case study of a short-term study abroad program of American students. Journal of Japanese language teaching.
, 101-110.
Teo Kok Seong. (1998). Sikap bahasa. Pelita Bahasa. Januari 1998, 40-43.
Thaiyibah Sulaiman. (1999). Pendidikan bahasa Jepun di Universiti Kebangsaan Malaysia. Bunga Raya April, 2-3.
Utusan Online (2013). Gelombang kedua Dasar Pandang ke Timur. Muat turun 30 Januari, 2014 dari http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130726/dn_02/Gelombang-kedua-Dasar-Pandang-ke-Timur
Yoshino, R., Zheng, Y. & Park, S. (2003). Asian peoples' views on Japanese. The Japanese Journal of Behavior Metrics. 30(1), 31-52.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
eISSN : 2550-2131
ISSN : 1675-8021