Penguasaan Kecekapan Budaya dalam Terjemahan Arab–Melayu (Mastery of Cultural Competence in Arabic-MalayTranslation)
Abstract
Dalam sesuatu aktiviti terjemahan, penterjemah berperanan sebagai perantara antara dua masyarakat yang berbeza bahasa dan budaya. Namun begitu, komunikasi yang baik antara dua masyarakat yang berbeza bahasa akan terganggu jika budaya dalam sesuatu unit bahasa itu tidak difahami oleh penterjemah semasa melakukan aktiviti penterjemahan. Hal ini demikian kerana budaya umpama cerminan bagi sesuatu bahasa. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pastiperbezaan bentuk dan tahap ketepatan hasil terjemahan berdasarkan kecekapan budaya oleh pelajar jurusan bahasa Arab di dua buah institut perguruan, selain untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi tahap kecekapan budaya mereka. Kajian ini berbentuk kualitatif deskriptif yang menggunakan dua jenis instrumen, iaitu instrumen soalan ujian berkaitan kecekapan terjemahan yang dijalankan terhadap 90 orang sampel pelajar dan instrumen temu bual yang dijalankan terhadap seorang peserta pensyarah dan 12 orang peserta pelajar. Instrumen temu bual dijalankan bagi mengetahui faktor yang mungkin mempengaruhi tahap penguasaan kecekapan budaya dalam kalangan pelajar. Dapatan menunjukkan bahawa tahap penguasaan kecekapan budaya pelajar jurusan bahasa Arab di dua buah institusi perguruan tersebut adalah pada aras sederhana rendah, iaitu dengan nilai min markah sebanyak 53.44%. Hasil tinjauan temu bual pula mendedahkan bahawa pelajar kurang diberi penekanan aplikasi dan praktikal tentang elemen budaya dalam terjemahan. Kajian ini diharap dapat memberi input baharu yang perlu diberi perhatian oleh para pelajar bagi menghasilkan terjemahan yang lebih baik antara dua bahasa yang bersilang budaya, di samping dapat memberi idea kepada pihak yang berautoriti untuk mengambil langkah yang lebih proaktif dalam meningkatkan tahap penguasaan kecekapan budaya dalam kalangan pelajar, seperti memasukkan elemen budaya dalam silibus kursus terjemahan.
Kata kunci: Kecekapan budaya; terjemahan Arab-Melayu; latihan terjemahan; penterjemah pelatih; ketepatan terjemahan
ABSTRACT
In a translation activity, the translator acts as an intermediary between two communities of different languages and cultures. However, even if a translation is completed, good communication between two communities of different languages will be disrupted if the culture in a language unit is not understood by the translator while conducting the translation activities. This is because culture is a reflection of a language. Therefore, this study was conducted to identify the differences in form and accuracy level of translation results based on cultural competence by students majoring in Arabic at two teaching institutions and identifying factors that affect their cultural competence. This study employed qualitative descriptive methods, using two types of instruments, namely the test question instrument related to translation competence conducted on ninety student samples and interview instruments conducted on three lecturers and twelve student participants. Interviews were used to find the factors that influence the mastery of cultural competence level among students. The findings show that the mastery of cultural competence level among students majoring in Arabic language in the two teaching institutions is at a medium to low level with a mean score of 53.44%. The results of the interview revealed that less emphasis on application and practical aspects on the cultural elements in translation were given to the students. It is expected that this study could provide new input to the students to produce better translation between two cross-cultural languages, as well as to give ideas to the authorities to take more proactive steps in improving the mastery of cultural competence level among students, such as to include cultural elements in the syllabus of translation courses.
Keywods: Cultural competence; Arabic-Malay translation; translation training; trainee translator; translation accuracy
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Ab. Halim Tamuri & Nur Hanani Hussin. (2017). Pendidikan abad ke 21 dalam kepelbagaian budaya: Cabaran dan harapan. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Pedagogi Antarabangsa ke-8 (PEDA8). Kuala Lumpur: Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, September.
Abdullah Abdul Kadir Munsyi. (1997). Hikayat Abdullah. Kuala Lumpur: Pustaka Antara Sdn. Bhd.
Abdullah Abdul Kadir Munsyi. (2009). The Hikayat Abdullah (an annotated translation by A.H. Hill). Kuala Lumpur: The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society
(MBRAS).
Bassnett, S. (1991). Translation Studies. London: Routledge.
Bednárová-Gibová, K. (2014). The dark side of literary translation: An analysis of translation trainees’ performance. Dalam A. Kačmárová, (pynt.). English Matters V
(hlm. 4-10). Prešov: Prešovská univerzita.
Colina, S. (2003). Translation teaching: from research to the classroom. USA: The McGraw-Hill Companies.
Ghazala, H. (2008). Translation as problems and solutions. Lubnan: Dar El-ilm Lilimalayin.
Goh Sang Seong. (2012). Kebolehterjemahan budaya tabiat bahasa Cina-bahasa Melayu. GEMA Online® Journal of Language Studies. 12(1), 183-199.
Goh Ying Soon & Azman Che Mat. (2009). Terjemahan dan budaya. Dalam Hasuria Che Omar & Rokiah Awang (pynt.). Kelestarian bidang penterjemahan prosiding
persidangan penterjemahan antarabangsa ke-12,18-20 Ogos, Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia.
Haslina Haroon. 2015. Penterjemahan Gaya Bahasa Daripada Bahasa Inggeris Kepada Bahasa Melayu Dalam Baris Kepala Iklan. Malaysian Journal of Communication.
(1). 1-26.
Haslina Haroon. (2015). Penterjemahan gaya bahasa daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu dalam baris kepala iklan. Malaysian Journal of Communication.
(1), 1-26.
Harun Baharudin. (2017). Strategi dan teknik terjemahan novel Arab dalam kalangan pelajar universiti. GEMA Online® Journal of Language Studies. 17(4), 225-243.
Hazrul Affendi Mohmad Razali, Zamri Arifin & Hakim Zainal. (2016). Analisis item ujian tahap penguasaan ilmu nahu pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Jurnal
AL-ANWAR, Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur (PBMITT), 2(2), 1-22.
House, J. (2013). Penterjemahan (Haslina Haroon, Penterjemah). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad.
Ika Suzainn Let & Rohaidah Kamarudin. (2018). Penterjemahan unsur budaya dalam bahasa kiasan daripada lagu bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Jurnal Kesidang.
(1), 1-8.
Merriam, S. B. (1988). Case study research in education: A qualitative approach. San Francisco: Jossey-Bass Publishers.
Mohd Zaki Ismail, Kaseh Abu Bakar, Nik Farhan Nik Mustapha & Nurazan M Rouyan. (2016). Strategi pembelajaran kosa kata berimbuhan bahasa Arab. Malaysian
Journal of Learning and Instruction.13(1), 113-133.
Neubert, A. (2000). Competence in language, in languages, and in translation. Dalam C. Schaffner & B. Adab (pynt). Developing translation competence (hlm. 4-18).
Amsterdam/ Philadelphia: John Benjamins Publishing Co.
Newmark, P. (1981). Approaches to translation. Oxford: Pergamon Press.
Newmark, P. (1988). A textbook of translation. Hemel Hempstead: Prentice Hall.
Normalis Amzah, Hieda, N. & Nezu, M. (2012). Penyerapan unsur budaya dalam pembelajaran bahasa Jepun. GEMA Online® Journal of Language Studies. 12(2), 407-
Pabiyah Toklubok@Hajimaming & Kamariah Kamaruddin. (2009). Budaya Arab dalam novel terjemahan lorong Midaq. Dalam Hasuria Che Omar & Rokiah Awang (Ed.),
Prosiding Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-12: Kelestarian bidang penterjemahan. (hlm. 325-337). Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia.
Pym, A. (2014). Exploring translation theories. Oxon: Routledge.
Schaffner, C. (1998). From ‘good’ to ‘functionally appropriate’: Assessing translation quality. Dalam C. Schaffner (pynt), Translation and quality (hlm. 1-5). Clevedon:
Multilingual Matters.
Vermeer, Hans J. (2004). Skopos and commission in translation action. Dalam L. Venuti (pynt.). The translation studies reader (hlm. 227-238). Oxon: Routledge.
Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2009). Bahasa dan budaya dalam novel terjemahan: Satu pendekatan pragmatik. Dalam Hasuria Che Omar & Rokiah Awang (pynt.).
Kelestarian bidang penterjemahan prosiding persidangan penterjemahan antarabangsa ke-12, 18-20 Ogos, Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia.
DOI: http://dx.doi.org/10.17576/gema-2021-2102-06
Refbacks
- There are currently no refbacks.
eISSN : 2550-2131
ISSN : 1675-8021