Permasalahan Pertuturan Dalam Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua
Abstract
Kajian ini dijalankan ke atas sekelompok pelajar yang mengikuti kursus kemahiran bertutur bahasa Arab, iaitu BA (LQS 0415) yang ditawarkan oleh CELPAD (Centre for Languages & Pre-University Academic Development), International Islamic University Malaysia (IIUM), Gombak, kepada pelajar yang membuat pengkhususan dalam Pengajian Islam dan Bahasa Arab (IRKHS). Kursus tersebut dilaksanakan bagi membantu meningkatkan prestasi akademik golongan pelajar melalui penguasaan kemahiran untuk bertutur bahasa Arab. Akan tetapi, didapati bahawa sejumlah 70% pelajar tidak mampu mengikuti perbincangan dalam kelas dengan efektif disebabkan penguasaan Bahasa Arab mereka yang lemah. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi pelajar ketika bertutur bahasa Arab dengan meneliti secara langsung akan kesukaran-kesukaran yang pelajar hadapi ketika mereka melaksanakan tugasan yang melibatkan aktiviti pertuturan. Metode kajian yang digunakan ialah pemerhatian dan temu bual. Tiga tugasan berbahasa Arab bersifat tunggal dan berbilang telah ditugaskan kepada pelajar yang merangkumi: 1) melakonkan situasi, 2) penceritaan semula dan (3) perkongsian pengalaman. Ketiga-tiga tugasan berbahasa Arab tersebut mempunyai tahap kesukaran yang berbeza sama ada ia disokong oleh konteks atau tidak. Di samping itu, para responden diberikan tempoh persediaan sebelum tugasan mereka dibentangkan. Kajian ini mendapati bahawa kesukaran dalam berbahasa Arab telah membantutkan keupayaan pelajar dalam aktiviti yang memerlukan kemahiran bertutur. Pelajar berdepan dengan lebih banyak masalah ketika melaksanakan tugasan secara individu kerana mereka perlu melaksanakannya dengan sendiri. Selain itu, kekurangan kosa kata semasa bertutur juga mengganggu kelancaran pelajar ketika sesi penyampaian. Setelah mengenal pasti permasalahan pelajar dalam pertuturan, guru digalakkan memfokuskan aktiviti pembelajaran kepada pengukuhan kosa kata serta memperbanyakkan aktiviti berkumpulan dengan menekankan aspek berkomunikasi dalam Bahasa Arab semasa tugasan-tugasan tersebut dilaksanakan. Pelajar didapati dapat mengatasi masalah yang mereka hadapi dengan bantuan rakan sekumpulan. Selain itu, aktiviti berkumpulan juga mampu mencetuskan suasana kebahasaan yang dapat merangsang penggunaan bahasa yang dipelajari.
DOI: http://dx.doi.org/10.17576/GEMA-2014-1401-08
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Ab. Halim Mohamad. (2009). Tahap Komunikasi dalam Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab di IPTA Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education. 1(1), 1-14.
Abdul Kadir Hussein & Sueraya Che Haron. (2012). Autonomy in Language Learning. Journal of Education and Practice. 3(8), 103-111.
Alibakhshi, G., & D. Padiz, (2011). The Effect of Teaching Strategic Competence on speaking Performance of EFL Learners. Journal of Language Teaching and Research. 2(4), 941-947.
Ashinida Aladdin. (2012). Analisis Penggunaan Strategi Komunikasi dalam Komunikasi Lisan Bahasa Arab. GEMA Online® Journal of Language Studies. 12(2), 645-666.
Azani Ismail @ Yaakub, Azman Che Mat & Mat Taib Pa. (2012). Membina Kemahiran Pertuturan Menerusi Aktiviti Lakonan Dalam Pengajaran Bahasa. GEMA Online® Journal of
Language Studies. 12(1), 325-337.
Baker, J. & H. Westrup. (2003). Essential Speaking Skills. London: Continuum.
Bassnett, S. (2002). Translation Studies. London, New York: Routledge.
Bharathy, M. Shyamala. (2013). Effectiveness of Roleplay in Enhancing Speaking Skills of Tertiary Level Learners. IOSR Journal Of Humanities And Social Science. 13(1), 17-19.
Brown, H. Douglas. (1990). Educational Research Competence for Analysis and Application. Ohaio: Merill Publishing Company.
Bouchareb, N. (2010). The Role of Foreign Language Learners’ Self- Esteem in Enhancing Their Oral Performance The Case of Second Year LMD Students of English, University of Constantine. Mentouri University - Constantine.
Bygate, M. (1996). ‘Effects of task repetition: appraising the development of second language learners’ in J. Willis and D.Willis (Eds.). Challenge and Change in Language Teaching. Oxford: Heinemann.
DiCamilla, F. J. & M. Antón. (2012). Functions of L1 in the collaborative interaction of beginning and advanced second language learners. International Journal of Applied Linguistics. 22(2), 160-188
Ellis, R. (2003). Task-based Language Learning and Teaching. Oxford: Oxford University Press.
Gan, Z. (2012). Understanding L2 Speaking Problems: Implications for ESL Curriculum Development in a Teacher Training Institution in Hong Kong. Australian Journal of Teacher Education. 37(1), 42-59.
Ghazali Yusri, Nik Mohd Rahimi, Parilah M. Shah, Wan Haslina Wah & Ahmed Thalal Hassan. (2011). Kepercayaan Jangkaan Keupayaan Diri dalam Kalangan Pelajar Kursus Bahasa Arab. GEMA Online® Journal of Language Studies. 11(1), 81-96.
Ghazali Yusri, Nik Mohd Rahimi & Parilah M. Shah. (2010). Sikap Pelajar Terhadap Pembelajaran Kemahiran Lisan Bahasa Arab Di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Students ’ Attitude Towards Oral Arabic Learning At Universiti Teknologi MARA (UiTM ). GEMA Online® Journal of Language Studies. 10(3), 15-33.
Hulstjin, J. & W. Hulstjin. (1994). Grammatical errors as a function of processing constraints and explicit knowledge. Language Learning. 34, 23-43.
Kamarul Shukri Mat Teh, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Mohamed Amin Embi & Zamri Mahamod. (2009). Hubungan Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa dengan Tahap Penguasaan Bahasa Arab. Journal of Islamic and Arabic Education. 1(1), 41-56.
Lopez, M. M. (2011). Speaking Strategies Used by BA ELT Students in Public Universities in Mexico 1 Mariza Méndez López, Universidad de Quintana. MEXTESOL Journal. 35(1), 1-22.
Menhert, U. (1989). The effects of different lengths of time for planning on second language performance. Studies in Second Language Acquisition. 20, 83-108.
Nik Hanan Mustapha, Nik Farhan Mustapha, Nadwah Daud & Mahmud Abd Wahab. (2013). Arabic Language Efficacy Questionnaire (ALEQ): Assessing Self-Efficacy and Acheivement. GEMA Online® Journal of Language Studies. 13(1), 155-167.
Nor Shaifura Musilehat. (2010). The Effects of Arabic Teaching Methodology at SMAASZA on the Acquisition of Speaking Skill. Unpublished MA thesis. International Islamic University Malaysia.
Nunan, D. (1985). Language course design: Trends and issues. Adelaide: NCRC.
Rachmawaty, Noor & Istanti, Hermagustiana. (2010). Does retelling technique improve speaking fluency?. TEFLIN Journal. 21(1), 1-8.
Robinson, P. (1995). Task complexity and second language narrative discourse. Language Learning. 45, 99-140.
Rosni Samah. (2012). Pembinaan Ayat Bahasa Arab Dalam Lepasan Sekolah Menengah Agama. GEMA Online®Journal of Language Studies. 12(2), 555-569.
Skehen, P. and P. Foster. (1997). Task type and task processing conditions as influences on foreign language performace. Language Teaching Research. 1, 185-211
Songsiri, M. (2007). An Action Research Study of Promoting Students’ Confidence in Speaking English. Phd Thesis. Victoria University.
Tanveer, M. (2007). Investigation of the factors that cause language anxiety for ESL / EFL learners in learning speaking skills and the influence it casts on communication in the target language. Master Thesis. University of Glasgow.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
eISSN : 2550-2131
ISSN : 1675-8021