Interdiskursiviti dalam Wacana Iklan Produk Kecantikan Berbahasa Jepun

Maserah Shabudin, Idris Aman

Abstract


Di dalam strategi periklanan produk kecantikan di Jepun, terdapat kecenderungan yang menunjukkan bahawa pengiklan telah melakukan inovasi iaitu wacana iklan tidak terikat dengan satu genre bagi menggambarkan produk kosmetik sebagai produk untuk kecantikan tetapi telah digembleng dengan pelbagai genre lain yang bersifat saintifik dan farmaseutikal. Makalah ini membincangkan mekanisme interdiskursiviti yang meneliti kedua-dua paradigma tersebut dalam mengenal pasti genre dan wacana-wacana yang dimanfaatkan oleh sejumlah 24 teks dan secara sintagmatik dalam menganalisis bagaimana pertalian antara genre dan wacana-wacana tersebut.  Interpretasi menunjukkan bahawa wacana iklan yang dikaji dihasilkan dengan menggabungkan bersamanya dua genre wacana lain, iaitu deskripsi ramuan dan deskripsi fungsi. Deskripsi ramuan digembleng dalam wacana produk dermatologi dan penyelesaian saintifik. Manakala wacana genre deskripsi fungsi dan wacana matematik digembleng dalam wacana produk maskara dan bulu mata palsu. Strategi melalui deskripsi ramuan, membolehkan pengiklan memberitahu khalayak mengenai ‘apa ramuan’ yang istimewa serta ‘mengapa’ ramuan tersebut digunakan dan ‘bagaimana’ ramuan tersebut mampu mencantikkan kulit wajah mereka.  Strategi penggunaan deskripsi ramuan, banyak menggunakan jargon saintifik serta bersifat farmaseutikal dan dilihat sebagai satu cara pengiklan ingin menonjolkan ‘kualiti’ dan memberi aura kredibiliti kepada produk kecantikan mereka. Strategi melalui deskripsi fungsi bermatlamat bagi memahamkan audiens mengenai fungsi produk dan cara merealisasikan hasil solekan yang diingini. Deskripsi fungsi produk juga muncul dalam  bentuk  wacana  matematik  iaitu imej visual dalam matematik  membentuk kefahaman yang intuitif menerusi simbol medan bahasa.

Keywords


interdiskursiviti; deskripsi ramuan; deskripsi fungsi; iklan produk kecantikan; bahasa Jepun

Full Text:

PDF

References


Ashikari, M. (2005). Cultivating Japanese whiteness: the 'whitening' cosmetics boom and the Japanese Identity. Journal of Material Culture. Vol. 10(1), 73-91.

Barnes, B. & Yamamoto, M. (2008). Exploring international cosmetics advertising in Japan. Journal of Marketing Management. Vol. 24(3/4), 299-316.

Bhatia, T. K. (1992). Discourse functions and pragmatic of mixing: Advertising a cross culture. World Englishes. Vol. 11(2/3), 195-215.

Bhatia, T. K. (2004). Worlds of Written Discourse. London: Continuum.

Chie, T. (2008). Japanese whiteness in cosmetic surgery online advertisements. Muat turun 13 September, 2009 dari http://www.allacademic.com

Coupland, J. (2007). Gendered discourses on the 'problem' of ageing: Consumerized solutions. Discourse & Communication. Vol. 1(1), 37-61.

Dodds, R. E. & Tseёlon E. & Weitkamp E. L. C. (2008). Making sense scientific claims in advertising: A study of scientifically aware consumers. Public Understanding Of Science. Vol. 17, 211-230.

Eric P. H. Li, Hyun Jeong Min, Russell W. Belk, Junko Kimura, & Shalini Bahl. (2008). Skin Lightening and Beauty in Four Asian Cultures. Advances in Consumer Research. Vol. 35, 1-6.

Fairclough, N. (1992). Discourse and Social Change. Cambridge: Polity Press.

Fairclough, N. 2003. Analysing discourse: Textual analysis for social research. London New York: Routledge.

Hadley, G. (2003). Relating the Curriculum to Regional Concerns: A Japanese Case Study. GEMA Online® Journal of Language Studies. Vol. 3(2), 1-21.

Halliday, M.A.K. (1994). An Introduction to Functional Grammar. (2nd ed.). London: Arnold

Hayashi, R. & Hayashi, T. (1995). Power of English Loanwords in Japanese discourse. In M. L. Tickoo (Ed.). Language and Culture in Multilingual Societies (pp. 194-208). Singapore: SEAMEO Regional Language Center.

Idris Aman. (2009). Discourse and striving for power: an analysis of Barisan Nasional's 2004 Malaysian general election manifesto. Discourse & Society. Vol. 20(6), 659-684.

Idris Aman. (2010). Analisis Wacana. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Inoue, S. (2005). The economy and Japanese women's desire for beauty. Muat turun 24 Febuari, 2009 dari http:www3.nufs.ac.jp/~michael/Archives/ 05_ACE_1/satomi.html.

Li, E. P. H, Min, H. J, Russell, W. B, Kimura, J. & Bahl, S. (2008). Skin lightening and Beauty in Four Asian Cultures. Advances in Consumer Research. Vol. 35, 444-449.

Loveday, L. J. (2008). Creating a mock-western identity through English in Japanese ads: a study of Occidentalist invocations. Journal of Creative Communications. Vol. 3(2), 123-153.

Maserah Shabudin & Idris Aman. (2012). Wacana dan Ideologi Iklan Produk Kecantikan Berbahasa Jepun. GEMA Online® Journal of Language Studies. Vol. 12(3), 789-816

Mautner, G. (2008). Analyzing newspapers, magazines and other print media. In Krzyzanowski, M. & Wodak R. (Eds.). Qualitative discourse analysis in the sosial sciences (pp. 30-53). New York: Palgrave Macmillan.

Maynard, M. L. (1997). Slice-of-Life”: a persuasive mini drama in Japanese television advertising. Journal of Popular Culture. Vol. 31(2),131-142.

Moeran, B. (1996). A Japanese advertising agency: An anthropology of media and markets. London: Curzon Press.

Kurose, Y. (2002). The strategies used in Japanese advertisement: Laporan Kajian. Department of East Asian Languages and Cultures. U.S Department of Education.

Ochiai, E. (1997). Decent housewives and sensual white women: representations of women in postwar Japanese magazines. Japan Review. Vol. 9, 151-169.

O'Halloran (2005). Multimodal discourse analysis: Systemic-functional perspectives. London: Continuum International Publishing Group

Okazaki, S. & Muller, B. (2008). Evolution in the usage of localised appeals in Japanese and American print advertising. International Journal of Advertising. Vol. 27(5), 771-798.

Pateman T. (1983). How is Understanding an Advertisement Possible? In Davis H. & Walton P. (Eds). Language, Image, Media (pp. 187-204). Oxford: Basil Blackwell.

Rebuck, M. (2002). The function of English loanwords in Japanese. NUCB JLCC. Vol. 4(1), 53-64.

Renkema, J. (1993). Discourse Studies: An Introductory Textbook. Amsterdam: John Benjamin Publishing Company.

Russell, K. Midge W. & Ronald E.H. (1992). The color complex: The politics of skin color among African Americans. New York: Harcourt Brace Jovanovich.

Sakamoto, K. (1999). Reading Japanese women's: the construction of new identities in the 1970s and 1980s. Media, Culture & Society. Vol. 21, 173-193.

Synnott, A. (1993). The body social: Symbolism, self, and society. London: Routledge.

Wagatsuma, H. (1967). The Social Perception of Skin Color in Japan, Daedalus. Vol. 96(2), 40-43.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021