Kesantunan Berbahasa Kaunselor Pelatih dalam Sesi Kaunseling (Language Courteousness Among Counsellor Trainees in Counseling Sessions)

Wan Robiah Meor Osman, Hamidah Abdul Wahab

Abstract


Kesantunan berbahasa, secara amnya merupakan penggunaan bahasa  sopan yang digunakan secara lisan dalam sesuatu komunikasi. Kesantunan berbahasa penting dalam interaksi antara individu bagi mewujudkan hubungan dan persepsi yang baik. Kesantunan berbahasa juga sering kali dikaitkan dengan budaya sesebuah masyarakat. Dalam sesi kaunseling matlamat utama ialah membimbing klien menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Oleh hal yang demikian, kesantunan berbahasa dalam sesi kaunseling penting dalam mewujudkan hubungan yang baik dan selesa antara kaunselor atau kaunselor pelatih dengan kliennya. Kajian ini menyelidiki aspek kesantunan berbahasa yang wujud dalam perbualan antara kaunselor pelatih dan kliennya dengan mengaplikasi prinsip kesopanan yang dikemukakan oleh Leech (1983). Kajian ini memanfaatkan data daripada 30 orang kaunselor pelatih program kaunseling UNIMAS dengan merakam dan mentranskripsi perbualan kaunselor pelatih dengan kliennya. Hasil kajian menunjukkan wujud penggunaan keenam-enam maksim yang dikemukakan oleh Leech (1983), iaitu maksim santun, murah hati, sokongan, kerendahan hati, persetujuan, dan simpati. Kewujudan penggunaan keenam-enam maksim dalam sesi kaunseling yang telah dijalankan oleh kaunselor pelatih UNIMAS ini memperlihatkan bahawa penggunaan bahasa santun merupakan strategi berbahasa yang penting dalam mewujudkan suasana yang selesa antara kaunselor pelatih dan kliennya, yang memberikan kesan terhadap kelancaran dan kejayaan sesuatu sesi kaunseling. Oleh sebab itu, penggunaan bahasa santun dalam sesi kaunseling merupakan salah satu strategi berbahasa yang perlu diberikan perhatian khusus oleh para kaunselor atau kaunselor pelatih dalam memastikan matlamat membimbing klien menyelesaikan permasalahan yang dihadapi dapat ditangani dengan baik dan berkesan.

  

ABSTRACT

 

Language politeness, in general, refers to the use of polite language in oral communication. It is important for interaction between individuals to establish good impression and relationship. Often, it is also associated with the culture of a society. In a counselling session, the main objective is to guide the clients to solve problems that they experience. Therefore, speaking courteously in a counseling session is important to create good and comfortable relationship between the counselor or the trainee counselor with their clients. Hence, this study investigates whether the act of speaking courteously is present in the interaction between trainee counselors and their clients by applying the politeness principle (Leech, 1983). This study utilizes data from 30 trainee counsellors from UNIMAS counseling program that was collected by recording and transcribing the conversation between the trainees and their clients. The result from this study indicated that the six maxims; tact, generosity, approbation, modesty, agreement, and sympathy, as proposed by Leech (1983) were applied by UNIMAS trainee counsellors in the counseling sessions. The presence of the six maxims based on Leech’s politeness principle showed that the use of language politeness is an important strategy in speaking to create a comfortable environment between the trainee counselors and their clients. Therefore, the use of language politeness in a counselling session is one of the strategies in speaking that needs to be given specific attention by counselors or trainee counselors to ensure the goal of guiding and solving the clients’ problems can be dealt well and effectively.

 


Keywords


Polite language; counselling; trainee counselors; speaking strategy; culture (bahasa santun; kaunseling; kaunselor pelatih; strategi berbahasa; budaya)

Full Text:

PDF

References


Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad. (2001). Santun Komunikasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Mahmood Musanif. (2006). Bahasa Cerminan Budaya. Dewan Budaya (hlm. 16-19). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Arbak Othman. (2006). Bahasa Berbudaya: Berbudayakah Kita? Dewan Budaya (hlm. 10-16). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Arina Johari & Indirawati Zahid. (2016a). Aplikasi Strategi Kesantunan dalam Rancangan Bual Bicara Motivasi Diri Radio IKIMFM. Jurnal Bahasa. Vol. 16(1), 120-152. http://jurnalbahasa.dbp.my/wordpress/wp-

content/uploads/2016/06/6-kesantunan.pdf

Arina Johari & Indirawati Zahid. (2016b). Manifestasi Kesantunan Melayu dalam Ujaran Memberi dan Meminta Nasihat. GEMA Online® Journal of Language Studies. 16(2), 73-94.

Awang Mataim Bakar. (2000). Perambahan Brunei sebagai Pencerna Pemikiran Masyarakat Melayu Brunei. Kumpulan Kertas Kerja Kolokium Bahasa dan Pemikiran Melayu/Indonesia (hlm. 117-128). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (2015). Santun Berbahasa. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azemi Shaari, Noor Azniza Ishak, Nurul Naimah Rose & Ashli Abdullah (2015). Aplikasi Kaunseling Individu Terhadap Murid Orang Kurang Upaya (OKU) (Pendengaran dan Pertuturan). Jurnal Pembangunan Sosial. Vol. 18, 171-184. http://jps.uum.edu.my/images/jps/18/JPS18110.pdf

Brown, P. & C. Levinson, S. (1987). Politeness: Some Universal in Language Usage. Cambridge University Press.

Grundy, P. (2000). Doing Pragmatics. London: Arnold & New York: Oxford University Press. Inc.

Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar. (2006). Fonetik dan Fonologi.: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Jonathan Ukab. (2009). Dendam disebabkan peristiwa lalu: kajian kes menggunakan modaliti seni. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, hlm. 14-23. http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2009/2% 20Jonathan.pdf

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Leech, G. (1983). Principles of Pragmatics. London and New York: Longman.

Leech, G. (1993). Prinsip Pragmatik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim & Halimatun Halaliah Mokhtar. (2002). Kaunseling Individu (Ed. Kelima). Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Nor Azuwan Yaakob, Norazlina Mohd Kiram, Kamariah Kamaruddin & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2011). Kesantunan Berbahasa dalam Aktiviti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Journal of Human Capital Development. Vol. 4(1), 53-77.

http://jhcd.utem.edu.my/index2.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=102&Itemid=80

Othman Mohamed. (2005). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia

Riduan Makhtar & Abd Ganing Laenkang. (2016). Amalan dan Penilaian Kesantunan Bahasa dalam Kalangan Pelajar Pascasiswazah Melayu Muslim. Journal of Social Sciences and Humanities. Special Issue (3) http://ejournal.ukm.my/ebangi/article/viewFile/15583/4845

Taip Abu & Abdul Halim Othman. (2009). Kaunseling untuk kesejahteraan – Satu kajian kes perkhidmatan kaunseling di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar. Vol. 12, 1-17.

http://journalarticle.ukm.my/4701/1/1-Taib_Abu.pdf

Wan Robiah Meor Osman & Hamidah Abdul Wahab. (2011). Penggunaan Lakuan Bahasa Permintaan dalam Sesi Kaunseling. Prosiding Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu VII (SALPBMVII). Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Wan Robiah Meor Osman & Hamidah Abdul Wahab. (2009). Konsep Pertanyaan dalam Sesi Kaunseling: Satu Analisis Pragmatik. Bahasa Verbal dan Bukan Verbal: Linguistik, Sastera dan Peradaban. Kuala Lumpur: Universiti Sains Malaysia dan Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Zainol Abidin Kasim & Jaafar Jambi. (2006). Strategi dan Ciri Kesantunan Berbahasa Jepun. Jurnal Bahasa (hlm. 483-519). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaitul Azma Zainon Hamzah, Ahmad Fuad Mat Hassan & Mohd Nur Hafizudin Md Adama. (2011). Kesantunan Bahasa dalam Kalangan Remaja Sekolah Menengah. Jurnal Bahasa. Vol. 11(2), 321-338. http://jurnalbahasa.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2014/08/7-KESANTUNAN-BERBAHASA-DALAM-KALANGAN-REMAJA.pdf

Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2012). Kesantunan dan Strategi Berbahasa dalam Konteks Pendidikan. Prinsip dan Aplikasi Kesantunan Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.




DOI: http://dx.doi.org/10.17576/gema-2018-1801-15

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021