Haiwan Sebagai Perlambangan Dalam Peribahasa Orang Semai

Saidatul Nornis Hj. Mahali, Mohd. Rasdi Saamah

Abstract


Sebagai suku kaum yang menghuni hutan sebagai lokasi utama kediaman maka, suku kaum semai merupakan pengamat alam yang sangat baik. Mereka menggunakan alam persekitaran sebagai bahan terbaik untuk menyatakan rasa, kehendak dan dijadikan sebagai perbandingan dengan sifat atau perlakuan manusia. Khazanah hutan yang kaya ini menyebabkan kiasan bahasa milik suku kaum Semai merujuk kepada sifat haiwan sebagai bahan persamaan dan perbandingan dengan sifat manusia. Tujuan makalah ini ialah untuk meneliti unsur haiwan yang terdapat dalam peribahasa suku kaum Semai. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual terhadap lima orang responden dan ulasannya dibuat berlandaskan penyesuaian terhadap kerangka etnografi komunikasi yang dikemukakan oleh Hymes (1972) dengan  memberi fokus kepada empat perkara pokok, iaitu huraian situasi, pemakaian, struktur dan fungsi aktiviti sesuatu pertuturan tersebut. Didapati bahawa peribahasa yang digunakan oleh masyarakat Semai banyak berunsurkan haiwan dan tumbuh-tumbuhan dalam kehidupan mereka seharian. Kesemua unsur haiwan dalam peribahasa yang dikaji merupakan haiwan yang mempunyai kaitan dalam ruang lingkup kehidupan suku kaum tersebut. Kajian ini penting untuk memberikan pemahaman kepada masyarakat yang mempunyai hubungan secara langsung dengan suku kaum ini, sebagai salah satu kaedah untuk merapatkan jurang sosiobudaya dalam kalangan masyarakat di negara ini. Peribahasa suku kaum ini juga mampu memperlihatkan betapa orang-orang Semai adalah pemerhati yang baik kerana mampu menggabungjalinkan antara alam dengan kehidupan sebenar manusia. Pemasukan unsur haiwan ke dalam peribahasa memperlihatkan bahawa terdapat sesetengah sifat haiwan yang mempunyai persamaan dengan sifat manusia dan sebaliknya. Pemasukan sedemikian secara tidak langsung menunjukkan bahawa nilai dan norma kehidupan suku kaum Semai bermula dan diasaskan kepada alam sekitaran sebagai guru terbaik dalam kehidupan mereka.


Keywords


peribahasa; suku kaum Semai; bahasa Semai; unsur haiwan; budaya

Full Text:

PDF

References


Bahren Umar Siregar. (2010). Emosi dan kebudayaan dalam peribahasa. Muat turun 1 April, 2011 dari http://sastra.um.ac.id/wp-content/uploads/2010/01/104-Bahren-UmarSiregar-LTBI-UAJ-Emosi-dan Kebudayaan-dalam-Peribahasa.pdf

Clore, G.L., A. Ortony, & M.A. Foss. (1987). The Psychplogical Structure of the Affective Lexicon. Journal of Personality and Social Psychology. Vol 53, 751-66.

Davitz, J. R. (1969). The Language of Emotion. New York: Academic Press.

Dentan, Robert Knox. (2003). Preliminary Field Notes on the Semai Language. Edited by Thomas Doyle. Retrived July 31, 2011 from http://www.keene.edu/library/OrangAsli/DentanBaer.pdf

Ding Choo Ming. (2009). Beberapa sifat, asal-usul dan kepengarangan peribahasa Melayu. Sari - Internasional Journal of the Malay World an Civilization. Vol 27(2), 3-26.

Fanany, Ismet & Fanany, Rebecca. (2003). Wisdom of the Malay Proverbs. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Fussell, Susan R. (2002). The Verbal Communication of Emotions: Interdisiplinary Perspectives. London: Routledge.

Goh Sang Seong. (2010). Persamaan Lambang dalam Terjemahan Peribahasa Bahasa Melayu-Bahasa Mandarin Dlm. Looi Siew Teip et al. (Eds.). Found in Translation a common voice in a multicultural world (pp.1-8). Kuala Lumpur: Universiti of Malaya.

Hymes, D. (1972). Models of the interaction of language and social life. In J. Gumperz & D. Hymes (Eds.). Directions in Sociolinguistics: The Ethnography of Communication (pp. 35-71). New York: Holt, Rinehart, Winston.

Ishak Ramly. (1990). Perkembangan Peribahasa dalam Bahasa Melayu. Jurnal Dewan Bahasa. Vol 34(1), 54-61.

Imran Ho-Abdullah. (2011). Analisis Kognitif Semantik Peribahasa Melayu Bersumberkan Anjing. GEMA Online™ Journal of Language Studies. Vol 11(1), 125-141.

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. (2008). Data Maklumat Asas. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia.

Johnson-Laird, P.N., & Oatley, K. (1989). The language of emotions: An analysis of a semantic field. Cognition and Emotion. Vol 3, 81-123.

Kamus Dewan. (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Semai, Peringkat 1 Tahun 3 dan 4. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Krikmann, A. (2007). The great chain of being as the background of personificatory and

depersonificatory metaphors in proverbs and elsewhere. Kertas kerja dalam 1st Interdisciplinary colloquium on proverbs: Tavira (Algarve), Portugal, 5 – 12 November 2007.

Nik Safiah Karim. (1992). Beberapa persoalan sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Oktavianus Liudawati. (2008). Rekonstruksi nilai budaya dari peribahasa Minangkabau dalam upaya memperkokoh filosofi Adat Basandi Syarak-Syarak Basandi Kitabullah (ABS-SBK). Lingua Didaktika. Vol 2(3), 51-73.

Ortony, A. (1988). Are emotion metaphors conceptual or lexical? Cognition & Emotion. Vol 2, 95-103.

Ortony, A., G.L. Clore, & M.A. Foss. (1987). The Referential Structure of the Affective Lexicon. Cognitive Science. Vol 11, 341-64.

Ortony, A., Clore, G. L., & Collins, A. (1988). The Cognitive Structure of Emotions. Cambridge, England: Cambridge University Press.

Osman Lebar. (2009). Penyelidikan kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metod. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rahmawati Iskandar. (2006). Analisis peribahasa Jepang dan Indonesia yang menggunakan kata “kera” (Saru). (Kertas Projek Sarjana Pendidikan tidak diterbitkan) Universiti Pendidikan Indonesia.

Rozaimah Rashidin & Noriza Daud. (2009). Unsur perlambangan dalam bahasa Melayu: Satu analisis teori relevans. Jurnal Aswara. Muat turun 30 Julai, 2011 dari www.aswara.edu.my/c/document_ library/get_file?uuid=c538310d

Schensul, S. L., Schensul, J. J. & LeCompte, M. D. (1999). Essential ethnographic methods: Ethnographer’s toolkit. New York: Altamira Press.

Zaitul Azman Zainon Hamzah & Ahmad Fuad Mat Hassan. (2011). Bahasa dan Pemikiran dalam Peribahasa Melayu. GEMA Online™ Journal of Language Studies. Vol 11(1), 31-51.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021