Lakuan Ilokusi Guru dalam Pengajaran Bahasa Melayu (Teacher’s Illocutionary Act in Teaching Malay Language)

Muhammad Zuhair Zainal

Abstract


Lakuan ilokusi merupakan perlakuan niat pengucapan yang terdapat dalam sesuatu ujaran. Dalam ujaran yang dituturkan oleh guru ketika proses pengajaran terdapat lakuan ilokusi yang tertentu yang dibina dengan matlamat dan fungsi yang tertentu. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti bentuk lakuan ilokusi guru dalam pengajaran Bahasa Melayu, mengenal pasti jenis lakuan gramatis yang terdapat padanya dan menjelaskan fungsi lakuan ilokusi tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan pragmatik berpandukan pengkategorian lakuan ilokusi dan fungsi ilokusi yang dikemukakan oleh Leech (1983) dalam Prinsip Kesopanan. Kaedah tidak menonjol (unobtrusive research) dijalankan dengan menjadikan ujaran yang dituturkan oleh tiga orang guru semasa pengajaran Bahasa Melayu sebagai data kajian. Sebanyak dua puluh satu ujaran terpilih yang dituturkan mengandungi lakuan ilokusi, iaitu berbentuk penegasan, arahan, komisif dan ekspresif. Pada lakuan ilokusi tersebut terdapat pelbagai lakuan gramatis, seperti mendakwa, menyatakan, meminta, menasihati, merayu, mendesak, memerintahkan, mengesyorkan, memberi motivasi, menyuruh, memohon, berjanji, mempelawa dan memujuk. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru menggunakan lakuan-lakuan ilokusi tersebut untuk bersaing, beramah tamah dan berkolaboratif. Kajian juga menunjukkan bahawa terdapat ujaran yang dituturkan mempunyai dua bentuk lakuan ilokusi yang berbeza dan fungsi lakuan ilokusinya juga turut berbeza. Kajian ini penting dijadikan panduan kepada para guru supaya ujaran yang dituturkan oleh mereka dalam sesi pengajaran mengandungi lakuan ilokusi yang bersesuaian dengan kemampuan kognisi para pelajar supaya fungsi lakuan ilokusi tersebut dapat difahami dengan jelas oleh mereka.

 

Kata kunci: pragmatik; lakuan ilokusi; lakuan gramatis; pengajaran Bahasa Melayu: fungsi ilokusi

 

ABSTRACT

 

Illocutionary act is the speech intention act of a speaker in an utterance. There are certain illocutionary acts specifically uttered with certain aim and function in utterances spoken by a teacher during the teaching process, Therefore, this research is carried out to identify the form of illocutionary acts used by teachers in teaching Malay Language in order to identify the type of grammatical acts and to explain the function of such illocutionary act. This study uses a pragmatic approach based on the categorisation of illocutionary acts and illocutionary function introduced by Leech (1983) in the Politeness Principle. Unobtrusive research has been performed by sampling the utterances spoken by three teachers during the Malay language lesson as the research data. There are twenty one selected utterances which contain illocutionary acts such as assertion, instruction, commissure and expressive. The data revealed that under the stated illocutionary acts, there exits multiple grammatical acts such as claiming, expressing, requesting, advising, appealing, urging, ordering, recommending, motivating, ordering, applying, making promises, inviting and persuading. The research outcome has shown that teachers have been using such illocutionary acts in order to compete, to be friendly and to collaborate with the students. The study has also revealed that the utterances which were spoken contained two different forms of illocutionary acts with different function of illocutionary act. This research is important as a guide for the teachers so that the utterances spoken by them during the lesson contain appropriate illocutionary acts which are suitable for students’ cognitive ability to ensure that the function of illocutionary acts can be understood clearly by the students.

 

Keywords: pragmatics; illocutionary act; grammatical act; Malay language teaching; illocutionary function


Full Text:

PDF

References


Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan Pembelajaran Menyeronokkan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 3(2), 49-63.

Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman, & Sufiza Ishak. (2013). Interaksi Lisan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 3(1), 42-51.

Ahmad Mahmood Musanif, Zaitul Azma Zainon Hamzah, Hjh Nor Azuwan Yaakob, & Norizan Che Su. (2011). Pengetahuan Makna Peribahasa dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Jurnal Linguistik. Vol. 13, 1-16.

Aini Johari & Indirawati Zahid. (2016). Manifestasi Kesantunan Melayu dalam Ujaran Memberi dan Meminta Nasihat. GEMA Online® Journal of Language Studies. Vol. 16(2), 73-92.

Banks, M. (2007). Using Visual Data in Qualitative Research. London: Sage Publications.

Farizah Hanim Ismail. (2010). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Remaja di Sekolah Menengah: Suatu Cabaran. Jurnal Linguistik. Vol. 10(edisi khas), 1-17.

Ghazali Lateh & Shamsudin Othman. (2014). Tinjauan Interaksi Lisan Bahasa Melayu dalam Kalangan Remaja Malaysia dari Sudut Etnografi Komunikasi. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 4(1), 30-40.

Hesse-Biber, S.N & Leay, P. (2005). The Practice of Qualitative Research. Thousand Oak, CA: Sage Publications.

Howe, C. & Abedin, M. (2013), Classroom Dialogue: A Systematic Review Across Four Decades of Research. Cambridge Journal of Education. Vol. 43(3), 325-356, DOI: 10.1080/0305764X.2013.786024

Kamarudin Hj. Husin. (1993). Perkaedahan Mengajar Bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kellehear, A. (1993). The Unobtrusive Researcher: A Guide to Methods. Sydney: Allen & Unwin.

Kiemer, K., Groschner, A., Pehmer, A-K., & Seidel, T. (2015). Effects of a Classroom Discource Intervention on Teachers’ Practice and Students’ Motivation to Learn Mathematic and Science. Learning and Instruction. Vol. 35, 94-103.

Leech, G.N. (1983). Principle of Pragmatics. London: Longman.

Leech, G. N. (1993). Prinsip Pragmatik. (Terjemahan Azhar M. Simin). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Terbitan asal 1983).

Liamputtong, P. (2014). Kaedah Penyelidikan Kualitatif. (Terjemahan Haliza Mohd Riji & Shamsuddin Ahmad). Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. (Terbitan asal 2009).

Mohd Asri Harun, Zulkifley Hamid & Kartini Abd Wahab. (2016). Melahirkan Warga yang Berketerampilan Bahasa: Kajian Hubungan antara Pengetahuan dengan Amalan Komunikatif dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space. Vol. 12(9), 32-45.

Mohd Khaidir Abdul Wahab dan Mohd Rashid Md. Idris. (2016). Interpretasi Guru Bahasa Melayu terhadap Penyerapan Elemen Falsafah Bahasa untuk Penyatupaduan Nasional: Satu Kajian Analisis Keperluan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 6(1), 1-15.

Mohd Khairuddin Abdullah dan Halimah Laji. (2014). Kepemimpinan Pengajaran dan Sikap Guru Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 4(1), 48-58.

Muhammad Che Majid. (2005). Bahasa guru-pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran: Satu analisis semantik dan pragmatik. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.

Norajihah Muda & Raja Masittah Raja Afiffin. (2014). Makna Ungkapan dalam Perbualan Kanak-Kanak Perempuan Berdasarkan Teori Imej. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI. Vol. 7, 96-105.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2007). Bahasa dalam Perniagaan: Satu Analisis Semantik dan Pragmatik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ong Sze Chong, Zamri Mahamod & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2017). Meneroka Kaedah Pengajaran Guru Cemerlang Bahasa Melayu Negeri Sarawak: Satu Kajian Kes. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 7(1), 93-108.

Palmer, F. R. (1992). Semantik. (Terjemahan Abdullah Hassan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Terbitan asal 1981).

Pink, S. (2001). Doing Visual Ethnography: Image, Media and Representation in Reasearch. London: Sage Publications.

Rapport. (2005) Hermeneutic Phenomenology: The Science of Interpretation of Texts. Dalam I. Holloway (ed.), Qualitative Research in Health Care (hlm. 125). Maidenhead, Birkshire: Open Universiti Press.

Rose, G. (2001). Visual Methodologies: An Introduction to the Interpretation of Visual Materials. London: Sage Publications.

Rozita Che Omar & Jagdish Kumar. (2017). Penggunaan Strategi Komunikasi dalam Rutin Perundingan Makna. GEMA Online® Journal of Language Studies. Vol. 17(1), 203-222.

Shamsudin Othman, Ghazali Lateh, & Nurul Faidzah Ab. Hadi. (2014). Penggunaan Gaya Bahasa Sastera dalam Pengajaran Melayu di Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 4(1), 59-64.

Shifflet, Mark & Brown. (2006) The Use of Instructional Simulations to Support Classroom Teaching: A Crisis Communication Case Study. Journal of Educational Multimedia & Hypermedia. Vol. 15(4), 377-395.

Siti Hajar. (2010). Pragmatik linguistik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Siti Saniah Abu Bakar. (2017). Komunikasi Interpersonal Guru Bahasa di Jerman. GEMA Online® Journal of Language Studies. Vol. 17(2), 139-154

Syofia Ulfah, Zamri Mahamod & Jamaludin Badusah. (2013). Kemahiran Komunikasi Interpersonal Ekspresif : Mencipta Guru Bahasa Indonesia yang Penyayang. GEMA Online® Journal of Language Studies. Vol. 13(1), 139-154.

Thomas, J. (1995). Meaning in Interaction: an Introduction to Pragmatics. New York: Longman.

Van Manen, M. (1990). Researching Lived Experience: Human Science for an Action Sensitive Pedagogy. London: Althouse Press.

Verschueren, J. (1999). Understanding Pragmatics. London: Arnold.

Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2005). Bahasa, Konteks dan Pemikiran Kanak-Kanak Melayu: Satu analisis pragtmatik. Jurnal Bahasa. Vol. 5(2), 135-153.

Zaitul Azma Zainon Hamzah, Ahmad Fuad Mat Hassan & Mohd Nur Hafizudin Md Adama (2014). Kesantunan Bahasa dalam Kalangan Remaja Sekolah. Diakses pada 15 Ogos 2017 daripada http://jurnalbahasa.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2014/08/7-KESANTUNAN-BERBAHASA-DALAM-KALANGAN-REMAJA.pdf




DOI: http://dx.doi.org/10.17576/gema-2017-1704-13

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021