Kepentingan Nahu Arab dalam Menghafaz al-Quran

Zahriah Husin, Nik Farhan Mustapha, Che Radiah Mezah, Pabiyah Toklubok@Hajimaming, Normaliza Abd Rahim

Abstract


Kajian ini meninjau persepsi pelajar tahfiz terhadap kepentingan pengetahuan nahu Arab dalam menghafaz al-Quran. Untuk tujuan itu, satu set soal selidik jenis skala Likert telah diedarkan kepada pelajar tahfiz yangsedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Dalam pemilihan responden, hanya mereka yang mempunyai pengetahuan bahasa Arab pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja dipilih. Kajian ini menggunakan teknik persampelan bertujuan (purposive sampling) menggunakan borang Google yang diedarkan melalui aplikasi WhatsApp. Seramai 109 orang pelajar daripada 21 buah IPT, sama ada di dalam mahupun luar negara telah menyertai kajian ini. 70.6% daripada para pelajar ini telah menghafaz 30 juzuk al-Quran dan majoriti daripada mereka (89%) mendapat prestasi cemerlang dalam peperiksaan bahasa Arab SPM. Analisis faktor dengan Kaedah Komponen Prinsipal menunjukkan kesahan konstruk item yang dibina, manakala nilai Cronbach Alfa melebihi 0.7 menunjukkan kebolehpercayaan item kajian. Dua faktor yang terbina sebagai konstruk kajian ini telah diekstrak daripada 15 item yang dikemukakan dan dinamai sebagai kepentingan nahu sebagai strategi hafazan dan kepentingan nahu sebagai faktor motivasi. Penentuan kedua-dua fungsi ini berdasarkan ciri-ciri item subkumpulan berkenaan. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa pelajar tahfiz mempunyai persepsi yang tinggi terhadap konstruk kepentingan nahu sebagai faktor motivasi. Manakala bagi kepentingan nahu sebagai strategi hafazan, responden menunjukkan persepsi sederhana tinggi. Dapatan ini memberikan indikator wujudnya kepentingan nahu Arab dalam pembelajaran hafazan al-Quran sebagai motivasi kepada pelajar tahfiz dan juga sebagai salah satu strategi menghafaz al-Quran. 

 

DOI: http://doi.org/10.17576/gema-2016-1602-06


Keywords


nahu; motivasi; strategi hafazan; bahasa Arab; hafazan al-Quran

Full Text:

PDF

References


al-Quran

Ab Rahman al-Qari, A., Shukeri, M., & Zulkifli, H. M. Y. (2012). Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Qira’at di Kelantan: Satu Tinjauan Terhadap Peranan

Dato’ Haji Muhammad Nor bin Ibrahim. Dlm. Proceedings: The 2nd Annual International Qur’anic Conference 2012 (pp. 71-84).

Abdul Hafiz, A., Hussin, S., Azmi Shah, S., Sulaiman Shakib, M. N., Kamarul Azmi, J., & Abdul Basit, S. (2005). Sistem Pembelajaran dan

Kaedah Hafazan Al-Qur’an yang Efektif: Satu Kajian di Kuala Lumpur dan

Terengganu. Universiti Teknologi Malaysia.

Ahmed, Z. (2008). Essentials of Arabic Grammar for Learning Quranic Language (1st ed.). Rawalpindi, Pakistan: Darussalam Publishers & Distributors.

al Jaburi, M. hasan N. (2010). Daur al-Nahw wa al-I’rab wa Ahammiyyatuha fi Tafsir al-Nas al-Quraniy. Majallah Auruk Li Al-Abhath

Al-Insaniyyah. 3(1), 27-42.

Ashraf Muhammad Zaidan. (2011). Makanat al-Lughah al-Arabiyyah fi

Dhau’ Talazumiha bi al-Quran al-Karim. Majallah Midad Al-Adab. 1, 13-67.

Azhar, M. (2005). Beberapa Aspek Keunikan dan Keistimewaan Bahasa Arab sebagai Bahasa al-Quran. Jurnal Teknologi E. 42, 61-75.

Azmil, H. (2015). Correlation between Strategy of Tahfiz Learning Styles and Students Performance in al-Qur’an Memorization (Hifz). Mediterranean Journal of Social Sciences. 6(2), 85-92.

Brod, G., Werkle-Bergner, M., & Shing, Y. L. (2013). The Influence of Prior Knowledge on Memory: A Developmental Cognitive Neuroscience Perspective. Frontiers in Behavioral Neuroscience. 7, 139-140.

Creswell, J.W. (2008). Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods Approaches. 3rd Edition. Thousand Oaks, CA: Sage

Kamarul Shukri, M. T. & Mohamed Amin, E. (2009). Korelasi Strategi dengan Motivasi dalam Pembelajaran Bahasa Arab. Jurnal Pendidik dan Pendidikan. 24, 109-123.

Ghazali, Y., Nik Mohd Rahimi, N. Y., & Parilah, M. S. (2010a). Kebimbangan Ujian dan Motivasi dalam Kalangan Pelajar Kursus Bahasa Arab dalam Konteks Kemahiran Lisan. AJTLHE. 2(2), 46-58.

Ghazali, Y., Nik Mohd Rahimi, N. Y., & Parilah, M. S. (2010b). Sikap Pelajar Terhadap Pembelajaran Kemahiran Lisan Bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM). GEMA Online® Journal of Language Studies.

(3), 15-33.

Hu, X. (2012). The Application of Schema Theory in College English

Listening Teaching. Theory and Practice in Language Studies. 2(2), 282-288.

Khanam, S., Zahid, S. H. & Mondol, S. (2014). The Role of Schema for Effective EFL Reading Comprehension, ASA University Review. 8(1), 83-93.

Mohamad Khairudin, B., Rohaida, M. S., M. Y. Zulkifli, M. Y., Noor Naemah, A. R., & Sharifah Durriyyah, H. A. (2014). Pendekatan Peneguhan bagi Aktiviti Hafalan al-Quran dalam Kalangan Pelajar di Peringkat Menengah Rendah. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari. 8, 113-135.

Muhammad, I., & Che Noraini, H. (2014). Relationship between Memorization Technique, Mastery of the Arabic Language and Understanding of the Qur’an. IIUM Journal of Educational Studies. 2(2), 84-97.

Pallant, J. (2005). Spss Survival Manual: A Step by Step Guide to Data Analysis using SPSS for Windows (Version 12) (2nd ed.). Sydney: Allen & Unwin.

Ryan, R., & Deci, E. (2000). Intrinsic and Extrinsic Motivations: Classic Definitions and New Directions. Contemporary Educational Psychology. 25(1), 54-67.

Sedek, A., Sabri, M., Shahruddin, S., Mohd Zaini, Z., Nik Md Saiful Azizi, N. A., & Mohd Sa’di, M. S. (2011). Keunikan Metodologi Hafazan al-Quran

Deobandy dari India. Jurnal Al-Bayan APIUM. 9, 1-6.

Tabachnick, B. G., & Fidell, L. S. (2013). Using Multivariate Statistics Sixth Edition. Boston: Pearson.

Taylor, G., Jungert, T., Mageau, G. A., Schattke, K., Dedic, H., Rosenfield,

S., & Koestner, R. (2014). A Self-Determination Theory Approach to Predicting School Achievement Over Time: The Unique Role of Intrinsic Motivation. Contemporary Educational Psychology. 39(4), 342-358.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021