Cerita: Kedudukan Dan Peranannya Dalam Karya Kreatif Penulis Wanita Sebelum Merdeka
Abstract
Makalah ini merungkai novelet Jiwa Kebangsaan untuk menyerlahkan sama ada prioriti penstrukturan novelet tersebut ialah membikin-cerita atau membina-wacana, di samping mengenal pasti elemen naratif penceritaan yang diguna pakai. Untuk tujuan tersebut, makalah memanfaatkan kerangka analisis tempatan iaitu Persuratan Baru, secara khusus konsepnya yang membezakan antara ilmu dan cerita. Perbezaan ini dapat dikesan melalui pelbagai cara, antara yang terpenting ialah penggunaan wacana, iaitu hujah-hujah berenas dan ilmiah yang baginya disediakan ruang naratif yang secukupnya dalam kisah yang dilakarkan. Sebaliknya, cerita, menurut gagasan ini, berlegar dan beroperasi pada matlamat pengisahan dan mengisi ruang naratifnya dengan elemen-elemen penceritaan. Analisis menunjukkan bagaimana teks telah memanfaatkan elemen penceritaan khususnya watak, perwatakan dan komplikasi untuk memajukan cerita ke hadapan; sejajar itu ruang naratifnya ditutup kepada isian bersifat wacana dan ilmu, walaupun peluang untuk memanfaatkan pengisisan ilmu itu ada. Analisis teks jelas menunjukkan Jiwa Kebangsaan dikuasai oleh cerita, dan cerita pula disamaertikan dengan permasalahan, persoalan, tema, isu dan lain-lain, yang kesemuanya pula ditakrifkan sebagai ilmu. Dengan tidak membezakan antara ilmu dan cerita, novelet mengandaikan apabila cerita telah terbangun, maka tugas menyampaikan ilmu sudah terlaksana. Cerita itu sendiri lantas dianggap sebagai ilmu dan diperagakan sedemikian. Analisis jelas menunjukkan dakwaan ini tertolak.
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Dharmaletchimi Naidu. (2008). La Barka and Seroja masih di kolam: Women’s voice from a gynocritic perspective. Malay Literature, 21(2), 214-235.
Kalsum Saadon. (1950). Jiwa kebangsaan. Dalam Rosnah Baharudin (peny.), 1990. Panggilan ibunda. (hlm. 149-177). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kalthum Ibrahim. (2006). Maria Zaitun dalam Salam Maria lambang wanita mukmin masa kini. GEMA Online™ Journal of Language Studies. 6(1), 11-20.
Laporan Panel Anugerah Sastera Negara. 2009. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Affandi Hassan, Ungku Maimunah Mohd. Tahir & Mohd. Zariat Abdul Rani. (2008). Gagasan Persuratan Baru: Pengenalan dan Penerapan. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM.
Mohd. Affandi Hassan. (1997). Pujangga Melayu. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.
Mohd. Affandi Hassan. (1994a). Medan-medan dalam sistem persuratan Melayu: Sanggahan terhadap syarahan perdana Prof. Dr. Muhammad Hj. Salleh (Sarjana dan Sasterawan Negara). Kota Bahru: Penerbit Tiga Puteri,
Mohd. Affandi Hassan. (1994b). Pemikiran dan pendekatan dalam kritikan sastera Melayu moden. Dalam Kesusasteraan Melayu mitos dan realiti : Esei/Kritikan hadiah Sastera Malaysia 1988/1989. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka,
Mohd. Affandi Hassan. (1992). Pendidikan Estetika daripada pendekatan tauhid. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rosnah Baharudin. (1990). Kata Pengantar. Dalam Rosnah Baharudin (peny.), 1990. Panggilan ibunda (hlm. vii-xviii). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia.
Siti Aisah Murad. (2007). Women characters in the hands of men writers. Malay Literature, 20(2), 1-10.
Syah Waliyullah al-Dihlawi. (2005). Hujjah Allah al-Balighgh. Argumen puncak Allah: Kearifan dan dimensi batin syariat. Jakarta: Pt. Serambi Ilmu Semesta.
Ungku Maimunah Mohd. Tahir. (2009). Dinamika pemikiran Sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ungku Maimunah Mohd. Tahir. (2007). Kritikan Sastera Melayu: Antara Cerita Dengan Ilmu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ungku Maimunah Mohd. Tahir. (1988). Politik Sastera: Dominasi kritikan teks dalam Sastera Melayu Moden. Dewan Sastera, Julai, hlm. 34-37.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
eISSN : 2550-2131
ISSN : 1675-8021