Lingua Franca Di Sarawak: Aplikasi Teori Pilihan Bahasa

Mohammed Azlan Mis

Abstract


Pola pilihan bahasa yang digunakan antara suku kaum di Sarawak merupakan bahasa perhubungan utama atau lebih dikenali sebagai lingua franca. Yang dimaksudkan dengan lingua franca dalam kajian ini adalah bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi di antara penutur yang bahasa pertama mereka berbeza satu sama lain bersandarkan teori pilihan bahasa. Bahasa untuk berkomunikasi ini biasanya adalah bahasa yang paling banyak dan kerap digunakan dalam kehidupan seharian. Di negeri Sarawak terdapat pelbagai suku kaum yang menggunakan bahasanya sendiri. Pada masa yang sama, mereka juga menggunakan bahasa perhubungan yang menjadi milik bersama, difahami, sesuai dan tidak menimbulkan masalah komunikasi Di negeri Sarawak, bahasa yang paling ramai penuturnya ialah bahasa Iban. Secara khususnya, artikel ini merupakan kajian tinjauan di lapangan yang menggunakan borang soal selidik dan temu bual tidak formal. Hasil kajian menunjukkan pola bahasa Iban dan dialek Melayu Sarawak dipilih sebagai bahasa perhubungan yang utama di Sarikei, Sarawak. Bahasa Iban digunakan dalam situasi tidak formal sementara dialek Melayu Sarawak dalam situasi formal.


Keywords


lingua franca, pilihan bahasa, suku kaum, dialek Melayu Sarawak, bahasa Iban.

Full Text:

PDF

References


Abdullah Hassan. (1989). 30 tahun perancangan bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Akmajian, A., Demers, R. A. Farmer, A. K. & Harnish, R. M. (1995). Linguistik: Pengantar bahasa dan komunikasi. (terj.). Aishah Mahdi & Azizah Hussein. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (1982). Language and society in Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (1985). Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada perancangan bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (1991). Aspek bahasa dan kajiannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (2003). Language and language situation in Southeast Asia: With a focus on Malaysia. Universiti Malaya: Akademi Pengajian Melayu.

Asmah Haji Omar. (2004a). The encyclopedia of Malaysia Volume 9. Kuala Lumpur: Archipelago Press.

Asmah Haji Omar. (2004b). Northern Sarawak languages. In The encyclopedia of Malaysia Volume 9 (pp. 36-37). Kuala Lumpur: Archipelago Press.

Asmah Haji Omar. (2004c). Languages of Sarawak. In The encyclopedia of Malaysia Volume 9 (pp. 30-31). Kuala Lumpur: Archipelago Press.

Asmah Haji Omar. (2004d). Bidayuh, Melanau and Kajang sub-families. In. The encyclopedia of Malaysia Volume 9 (pp. 34-35). Kuala Lumpur: Archipelago Press.

Asmah Haji Omar. (2007). Teori linguistik dan aplikasinya dalam memartabatkan kajian dialek Melayu. Kertas Kerja Seminar Dialektologi Melayu (SEDIA). Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 27 Disember 2007.

Asmah Haji Omar. (2008). Ensiklopedia bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah penyelidikan (Buku 1). Malaysia: Mc Graw Hill.

Collins, J. T. (2004). Malayic languages of Sarawak. In The encyclopedia of Malaysia Volume 9 (pp. 32-33). Kuala Lumpur: Archipelago Press.

Dewa Putu Wijana & Muhammad Rohmadi. (2006). Sosiolinguistik: kajian teori dan analisis. Yogykarta: Pustaka Pelajar.

Fishman, J.A. (1991). Sosiologi bahasa. (terj.). Alias Mohammad Yatim. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Grosjean, F. (1982). Life with two languages. An introduction to bilingualism. Harvard: United States of America.

Hassan Ahmad. (2009). Lidah terputus, bahasa dan bangsa pupus. Dewan Bahasa, 9(4), 6-10.

Holmes, J. (2001). An Introduction to Sociolinguistics (2nd ed.). Malaysia: Longman.

Najib Tun Razak. (2009). 1 Malaysia. (Atas talian) Muat turun 3 Julai 2009 dari http://www.1malaysia.com.my

Lee Su Kim, Lee King Siong, Wong Fook Fei & Azizah Ya’akob. (2010). The English language and its impact on identities of multilingual Malaysian undergraduates. Gema Online Journal of Language Studies, 10(1), 87-101.

Muhammad Haji Awang Haji Jambol. (2001). Bahasa Melayu Brunei: Sebagai lingua franca dan sumbangannya. Dlm. Bahasa Jiwa Bangsa Jilid 3 (hlm. 1-13). Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.

Morris. E. (1998). Language choice in a Malaysian car-assembly plant. International Journal of the Sociology of Language, 130(1), 89-105.

Nor Hisham Osman. (1995). Kajian pemilihan bahasa di kawasan Ulu Dedap Seberang Perak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pringle, R. M. (1970). The Sea Dayaks of Borneo before White Rajah Rule. Journal of Southeast Asian Studies, 1, 112-115.

Saville-Troike, M. (1991). Etnografi komunikasi satu pengenalan. (terj.). Ajid Che Kob. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.

Teo Kok Seong. (1995). Tahu bahasa/tak tahu bahasa : persoalan bahasa, budaya dan komunikasi. Dlm. Hanapi Dollah & Lokman Mohd. Zen (pnyt.). Kebudayaan Melayu di ambang abad baru: Satu himpunan makalah (hlm. 273-288). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Teo Kok Seong. (1996). Tabu bahasa: Kedudukannya dalam masyarakat. Pelita Bahasa. 40(3): 42-44.

Trudgill, P. (2000). Sociolinguistics. An introduction to language and society. England: Penguin Books.

Wardhaugh, R. (1998). An introduction To Sociolinguistics. (3rd ed.). Massachusetts: Blackwell Publishers Ltd.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 

 

 

eISSN : 2550-2131

ISSN : 1675-8021