TAHAP KEPUASAN, MASALAH DAN CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN KUALITI PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN TAMAN: KAJIAN KES DI TAMAN SAUJANA HIJAU PUTRAJAYA

Mohd Edzuan Abdullah Sani, Zaini Sakawi, Rosniza Aznie Che Rose

Abstract


Pembangunan sesebuah bandar perlu bergerak seiring dengan penyediaan landskap di sesebuah taman awam. Taman awam merupakan salah satu kemudahan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya kepada komuniti bandar. Dalam konteks Malaysia, penyelidikan terhadap isu berkaitan dengan taman awam adalah masih kurang dan terbatas. Untuk itu, kajian ini meneliti sejauh mana tahap kepuasan pengunjung ketika melawat taman awam tersebut, seterusnya meneliti masalah yang mereka hadapi serta cadangan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan di Taman Saujana Hijau, Putrajaya. Kajian ini melibatkan temu bual menggunakan borang soal selidik, temu bual mendalam, temu bual tidak langsung, pemerhatian dan pengalaman ikut serta. Kajian ini membabitkan 123 orang responden. Hasil kajian mendapati responden berpuas hati dengan pengurusan landskap lembut skor min (3.82), kedudukan dan lokasi taman skor min (3.78) dan tahap kebersihan dan keceriaan persekitaran taman Saujana Hijau, Putrajaya dengan skor min (3.67). Bagi kemudahan dan perkhidmatan yang lain, kesemuanya dalam min skor sederhana dengan julat min 2.40 hingga 3.34. Antaranya laluan siar kaki (3.34), kedudukan lokasi wakaf / gazebo / benches/ meja (3.21), trek jogging (3.17), kemudahan tong sampah (3.12), tahap keselamatan (3.04), kemudahan alat permainan (2.99), tempat letak kenderaan (2.86), kemudahan papan tanda (2.84), alatan senaman (2.62) dan kemudahan tandas (2.60). Antara masalah utama yang dihadapi oleh pengunjung ialah kemudahan asas yang kurang terutamanya surau, tempat letak kenderaan serta kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU), warga emas dan kanak-kanak. Sehubungan itu, beberapa langkah penambahbaikan perkhidmatan dan kemudahan dicadangkan seperti menyediakan kemudahan asas yang lebih lengkap dan menyeluruh untuk setiap lapisan masyarakat dan umur, mempertingkatkan sistem pengurusan dan pengendalian teknikal serta meningkatkan tahap keselamatan. Untuk itu, pihak pemegang taruh khususnya pihak Jabatan Landskap dan Taman dan pengurusan taman perlu lebih prihatin dan proaktif untuk memastikan kualiti perkhidmatan dan kemudahan taman Taman Saujana Hijau sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia