KEPUASAN PENGHUNI TERHADAP PENGURUSAN FASILITI PERUMAHAN BERSTRATA

Nazaitulsyima Mohamad Zaki, Azima Abdul Manaf

Abstract


Perumahan bertingkat atau berstrata semakin menjadi pilihan terutamanya di kawasan bandar kerana pembeli pada masa kini lebih tertarik dengan pelbagai kemudahan lengkap yang disediakan. Namun begitu, pengurusan fasiliti yang tidak berkesan sering menjadi masalah kepada penghuni dan dibangkitkan di dalam media. Kajian ini memfokuskan kepada kepuasan penghuni terhadap pengurusan fasiliti di perumahan berstrata. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti dimensi kepuasan penghuni terhadap pengurusan fasiliti di perumahan berstrata dan menganalisis tahap kepuasan penghuni terhadap pengurusan fasiliti di perumahan berstrata. Kaedah kajian ini adalah secara kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik yang mengandungi pilihan jawapan dan soalan terbuka. Seramai 300 orang responden yang merupakan para penghuni terlibat di dalam kajian ini. Terdapat empat aspek pengurusan fasiliti yang dinilai iaitu modal insan, teknologi, proses dan premis dengan melihat kepada enam dimensi kepuasan penghuni iaitu bukti fizikal, kebolehpercayaan, responsif, jaminan, empati dan kualiti teknikal. Analisis data adalah dengan menggunakan analisis deskriptif. Hasil kajian mendapati tahap kepuasan penghuni terhadap pengurusan fasiliti di perumahan berstrata adalah pada tahap sederhana. Keenam-enam dimensi kepuasan penghuni juga berada pada tahap sederhana. Keadaan ini menjelaskan bahawa pihak pengurusan fasiliti perlu memberikan perhatian terhadap beberapa kelemahan yang berkait dengan keselesaan penghuni di kawasan kajian seperti kemudahan lif dan penyelenggaran kemudahan lain. Sehubungan itu kajian ini secara implikasinya memberikan perhatian keperluan memberikan fokus terhadap isu pengurusan fasiliti agar tahap kepuasan pengguna terhadap perumahan berstrata dapat memenuhi kepuasan penghuni

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia