MERUNGKAI SINDROM MEDIOKRITI DALAM CERPEN POPULAR KARYA NADIA KHAN

Nurul Nuraina Anuar, Nur Nafishah Azmi

Abstract


Esei ini bertujuan untuk memahami konsep mediokriti dalam cerpen Nadia Khan, Kopi Kola dan Puaka Pak Jaha (2012). Hujahan esei ini adalah berteraskan perspektif ilmu yang digariskan oleh seorang cendiakiawan Muslim iaitu Syed Naquib Al-attas (1995) dan berhubungkait dengan teori evolusi ketamadunan yang diperkenalkan oleh Malik Bennabi (2001). Masyarakat hari ini diandaikan sebagai masyarakat pasca-tamadun yang dipupuk oleh pelbagai sumber hiburan yang turut mendominasi karya sastera popular khususnya. Fokus hujahan ini akan menganalisis ciriciri mediokriti dalam kedua-dua cerpen diatsa disadari dengan konsep ilmu yang bersifat intelektual. Kesemua ini akan dihubungkaitkan bagi menerokai hubungan antara ilmu yang diperoleh daripada pengalaman. Kaedah yang digunakan dalam esei ini adalah bacaan terperinci terhadap teks dan menganalisa sudut pandang pembacaan karya dipilih secara intrinstik dan ekstrinsik melihat kepada pengaruh dan pemberian makna. Hasil kajian menunjukkan bahawa ilmu memainkan peranan penting bagi mengekang pengaruh mediokriti baik dari segi pemikiran mahupun dalam penulisan sastera. Justeru hasil kajian ini diharapkan agar dapat memberi manfaat dan kepentingan bagi pengkaji akan datang dalam memperkasakan kualiti dan nilai tamadun manusia.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia