FRANCIS FUKUYAMA DAN “BERAKHIRNYA SEJARAH” SEORANG NEOKONSERVATIF
Abstract
Sebagai sarjana ekonomi politik, Francis Fukuyama sentiasa diingati kerana tesis beliau
“berakhirnya sejarah” pada 1989. Fukuyama juga berterus-terang mengenai
kedudukannya sebagai seorang neokonservatif dan terlibat secara dekat dalam
perencanaan agenda Pax Amerikana melalui Project for the New American Century.
Namun, pasca peristiwa 11 September 2001, atau lebih dikenali sebagai 9/11 telah
menjadikan Fukuyama percaya bahawa pendekatan neokonservatif dalam menangani
perang menentang keganasan adalah salah. Makalah ini cuba untuk melihat
sejauhmanakah Fukuyama berasa tidak senang dengan ideologi neokonservatif serta
langkah yang dicadangkannya dalam menyegarkan semula dasar luar AS melalui buku
terbarunya, After the Neocons (2006). Apa yang jelas, Fukuyama masih tetap
mempertahankan neokonservatif sebagai satu pendekatan yang baik dengan syarat
mereka memberikan lebih perhatian terhadap soal pembangunan politik jika ingin
melihat gagasan pendemokrasian dipraktikkan dengan berkesan.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
-
_________________________________________________
eISSN 1823-884x
Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia