PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: SUATU USAHA MEMPOSISI DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT GLOBAL

Ahmad Rizal Mohd Yusof, Mohd Firdaus Hamdan, Shamsul Amri Baharuddin

Abstract


Sejak dari awal penubuhannya sehingga kini, Universiti Kebangsaan Malaysia telah menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pembinaan ilmu, kajian dan penyelidikan di UKM telah menyumbangkan pelbagai manfaat yang dapat digenap sumber oleh pelbagai lapisan masyarakat. Pelbagai inisiatif telah dilakukan untuk memastikan Bahasa Melayu sentiasa menjadi asas kepada proses pembinaan dan perkembangan ilmu. Namun demikian, bagi memperhebatkan usaha UKM dalam memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, pembangunan Pangkalan Data Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu (BMBI) dicadangkan untuk dilaksanakan secara serius. Pembangunan pangkalan data ini dibangunkan dengan menggunakan pendekatan secara kualitatif. Gabungan kefahaman terhadap bidang sains social dan teknologi maklumat menjadi asas utama bagi melaksanakan impian menjadi kenyataan. Berkait dengan itu, terdapat dua faktor yang menjadi teras kepada pangkalan data ini iaitu, faktor kandungan dan teknikal. Factor kandungan memfokuskan kepada kefahaman terhadap Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di UKM. Ia perlu diteliti dan diperhatikan secara mendalam sebelum membangunkan pangkalan data. Pembangunan pangkalan data pula akan melibatkan aspek teknikal yang rencam yang dapat menterjemahkan hasrat murni ini kepada suatu impian yang bakal menjadi kenyataan. Berdasarkan kepada tiga analisis yang dilakukan, potensi untuk mengangkat dan memertabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan dapat direalisasikan dengan mudah. Berbekalkan kepada pengetahuan dan kemahiran yang ada, disamping semangat perjuangan yang tinggi, pangkalan data ini akan menjadi satu lagi mercu kejayaan untuk UKM sebagai pendaulat amanah Negara. Projek murni ini juga bakal mengangkat nama UKM di persada akademik local dan global, dalam memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia