KELESTARIAN HIDUP EKONOMI KOMUNITI ORANG KANAQ DAN ORANG KUALA, JOHOR: SUATU PENELITIAN DARI ASPEK PENGUASAAN KE ATAS MODAL KEWANGAN (Sustainable economic life for the Kanaq and Kuala Communities of Johor: A Study on the aspect of control over financial c

Mustaffa Omar, Nor Hafizah Mohd Fizer

Abstract


Penulisan ini menawarkan suatu  analisis perbandingan kelestarian hidup ekonomi komuniti Orang Kanaq dan Orang Kuala di Kota Tinggi, Johor. Kelestarian hidup ekonomi ini dianalisis berasaskan penguasaan mereka ke atas empat petunjuk modal kewangan berikut iaitu tingkat pendapatan, pemilikan aset, penerimaan bantuan kerajaan dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan. Seramai 23 Orang Kanaq dan 51 Orang Kuala berstatus ketua isirumah telah ditemubual berasaskan satu set soalselidik yang disediakan.  Hasil kajian menunjukkan penguasaan Orang Kanaq ke atas dua petunjuk utama modal kewangan iaitu tingkat pendapatan dan pemilikan aset tetap dan cair adalah masih rendah.  Malahan, bantuan kerajaan yang disediakan untuk mereka selama ini masih belum dapat meningkatkan taraf kehidupan kepada kedudukan yang lebih baik.  Bantuan yang disediakan kepada Orang Kanaq setakat ini lebih menjurus kepada memenuhi keperluan dan penggunaan semasa terutama dalam bentuk makanan, pakaian dan pelbagai barangan keperluan harian lain yang bersifat pakai habis.  Bantuan seumpama ini dilihat tidak dapat membantu mereka menjana peluang pendapatan dan kedudukan ekonomi yang lebih baik dan terjamin di masa hadapan. Sebaliknya, manfaat bantuan kerajaan yang diterima Orang Kuala pula lebih menjurus kepada meningkatkan kualiti modal insan melalui bidang pendidikan dan modal kewangan dalam bentuk pinjaman, geran dan subsidi. Bentuk bantuan sedemikian telah membantu Orang Kuala meningkatkan peluang ekonomi dan menjana pendapatan yang lebih baik.  Sehubungan itu, kajian semula perlu dijalankan oleh pihak kerajaan dalam menyediakan sesuatu bantuan untuk Orang Asli, khususnya kepada Orang Kanaq. Bentuk bantuan disediakan semestinya lebih menjurus kepada usaha meningkatkan penguasaan mereka ke atas modal kewangan dan modal insan yang lebih baik. Usaha sebegini dilihat sekaligus dapat memberi mereka lebih ruang dan peluang untuk menjalani hidup secara berdikari dan lebih menjaminkan di masa hadapan.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia