The Web Resources Classification Scheme

Hazilah Mohd. Amin, Juhana Salim, Abdul Razak Hamdan, Aziz Deraman, Johari Jaafar, Sharhida Sawani Saad, Yazrina Yahya, Shahizan Mohd Othman

Abstract


Artikel ini bertujuan untuk menyelidik struktur skema klasifikasi perpustakaan konvensional iaitu struktur enumeratif, hierarki dan facet yang menepati ciriciri skema klasifikasi web. Analisis kajian lepas dan kajian kes skema klasifikasi Yahoo! dan Staples dilakukan bagi tujuan ini. Kajian meneroka pendekatan struktur hirerarki yang digunakan oleh direktori web Yahoo! dan pendekatan struktur facet yang digunakan oleh Staples, sebuah organisasi peruncit dalam talian. Antara dapatan kajian adalah direktori web Yahoo! mengadaptasi sebahagian daripada prinsip klasifikasi perpustakaan konvensional. Struktur hierarki mudah yang digunakan oleh Yahoo! menjadi pilihan kebanyakan pengklasifikasi web kerana kebolehannya memerihalkan koleksi serta memudahkan pengguna memilih kategori dan ‘drill-down’ hierarki. Struktur facet pula digunakan oleh segelintir laman web e komers seperti Staples kerana struktur ini adalah fleksibel, memerihalkan koleksi, membolehkan pencarian melalui kategori serta membolehkan pencarian secara multidimensi. Pengaplikasiannya di web walau bagaimanapun masih pada tahap permulaan.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN : 2289-2192

For any inquiry regarding our journal please contact our editorial board by email apjitm@ukm.edu.my