Sorotan Literatur Bersistematik Kajian Berkenaan Penggunaan Bahasa Tidak Santun dalam Komunikasi Digital

Nuraini Jufri, maslida yusof

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk meneliti sorotan literatur berkaitan penggunaan bahasa tidak santun dalam komunikasi digital. Interaksi digital yang bersifat tanpa batas menunjukkan penggunaan bahasa yang tidak mementingkan aspek kesantunan ketika berbahasa telah menjadi kebiasaan bagi warga maya dan diterima sebagai norma baharu dalam komunikasi digital. Perkembangan ini telah menarik minat ramai sarjana untuk meneliti pelbagai aspek penggunaan bahasa tidak santun dalam konteks digital. Oleh itu, fokus kajian ini meliputi tiga aspek utama iaitu mengenal pasti bentuk-bentuk bahasa tidak santun, menganalisis platform media sosial yang menjadi tumpuan kajian bahasa tidak santun serta menerokai konteks penggunaannya dalam komunikasi di media sosial berdasarkan literatur sedia ada.
Metodologi kajian ini berpandukan garis panduan Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA). Prosedur sorotan literatur bersistematik melibatkan kaedah pencarian teratur, kriteria penyaringan, pengumpulan maklumat dan penelitian hasil daripada artikel yang terpilih. Pencarian artikel dijalankan melalui tiga pangkalan data utama iaitu Web of Science, Scopus dan Google Scholar dari tahun 2019 hingga tahun 2024. Sebanyak 18 artikel telah terpilih dan dianalisis berdasarkan kriteria kelayakan yang ditetapkan. Hasil kajian menunjukkan bahawa bahasa tidak santun meliputi pelbagai bentuk iaitu bahasa makian, kesat, hinaan, mengejek dan kebencian. Dari segi plaform kajian, Facebook mendominasi pilihan utama pengkaji terdahulu dalam pengumpulan data diikuti Twitter dan Instagram. Sementara itu, konteks penggunaan bahasa tidak santun merentasi pelbagai situasi komunikasi digital yang meliputi perbincangan politik, hiburan serta interaksi sosial. Secara keseluruhannya, penemuan ini memperluas pengetahuan mengenai bahasa tidak santun dalam komunikasi digital serta menyediakan panduan asas untuk mengisi jurang kajian bagi penyelidikan lanjutan

Kata kunci: bahasa tidak santun; komunikasi digital; media sosial; pragmatik; sorotan literatur bersistematik.


Full Text:

PDF

References


Ahmad Zahid Saidil Morsalim & Wardatul Hayat Adnan. (2022). The Usage of Taboo Words and Euphemism Among Malaysian Students on Social Media: A Comparative Study. Journal of Media and Information Warfare, 15(1), 111- 122. https://www.researchgate.net/publication/358421815_The_Usage_of_Taboo_Words_and_Euphemism_among_Malaysian_Students_on_Social_Media_A_Comparative_Study

Amirah Ahmad, Noriza Daud, Norizah Ardi & Nurrissammimayantie Ismail. (2020). Ragam Bahasa dalam Isu yang Sohor Kini. Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara.

Atwar Bajari, Iwan Koswara & Dedi Rumawan Erlandia. (2021). Hatenography: An Analysis of Hate Speech on Facebook in 2019 Indonesian Presidental Campaign. Jurnal Komunikasi, 37(4), 122-141.

https://www.researchgate.net/publication/357455023_Hatenography_An_Analysis_of_Hate_Speech_on_Facebook_in_2019_Indonesian_Presidential_Campaign

Azianura Hani Shaari & Mohammad Rahim Kamaluddin. (2019). Buli siber: Ketidaksantunan Bahasa dan Etika Media Sosial dalam Kalangan Remaja Malaysia. e-Bangi, 16(6), 1-16. https://journalarticle.ukm.my/19990/

Briyan Johan Soetanto et al. (2023). Penggunaan Bahasa Tabu oleh Generasi Z Kota Surabaya di Media Sosial TikTok. Jurnal Serunai Ilmu Pendidikan, 9(2), 294-306. https://mail.ejournal.stkipbudidaya.ac.id/index.php/ja/article/view/1104

Data Reportal Digital Global Insight. (2025). Digital: Malaysia. Retrieved June 08, 2025 from https://datareportal.com/reports/digital-2025-malaysia

David, C. (2001). The Language Revolution. Retrieved March 18, 2025 from https://www.davidcrystal.com/Files/BooksAndArticles/-4131.pdf

Devi Melisa Saragi. (2021). The Use of Language on Jokowi Instagram Comments and Its Implications on the Present Netizens Character. Jurnal Bahasa Sastra dan Budaya, 1(2), 124-133. http://repository.uki.ac.id/9295/

Dewi Yanti & Rai Bagus Triadi. (2020). Penggunaan Makian Bahasa Indonesia pada Kolom Komentar Akun Instagram Lambe Turah. Jurnal Sasindo UNPAM, 8(1), 60-68.

https://www.researchgate.net/publication/368057843_PENGGUNAAN_MAKIAN_BAHASA_INDONESIA_PADA_KOLOM_KOMENTAR_AKUN_INSTAGRAM_LAMBE_TURAH_KAJIAN_SOSIOLINGUISTIK

Fahrizal Kurniawanti & Adam Damanhuri. (2022). Female English Swearing on Whatsapp Communications: a Sociolinguistic Perspective. Jurnal Bahasa dan Sastra, 10(2), 190-199.

https://www.researchgate.net/publication/362069622_Female_Swearing_on_WhatsApp_Communications_A_Sociolinguistics_Perspective

Farhanah Binti Awang Sani. (2024). Analisis Bahasa Kesat dalam Ruang Komen Borneo Bulletin berkaitan Gelombang Kedua Covid-19 di Negara Brunei Darussalam. PENDETA, 15(1), 39-55.

https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/7203

Hayrol Azril Mohamed Shaffril, Samsul Farid Samsuddin & Asnarulkhadi Abu Samah. (2020). The ABC of Systematic Literature Review: The Basic Methodological Guidance for Beginners, Quality & Quantity: International Journal of Methodology, 55(4), 1319-1346.

https://doi.org/10.1007/s11135- 020-01059-6

Higgins, J.P.T., Altman, D.G., Gotzsche, P.C., Jüni, P., Moher, D., Oxman, A.D., Savovic, J., Schulz, K. F., Weeks, L. & Sterne, J. A. C. (2011). The Cochrane Collaboration’s Tool for Assessing Risk of Bias in Randomised Trials. BMJ (Online). 343 (7829), 1–9.

https://doi.org/10.1136/bmj.d5928

Kalthum Ibrahim, & Nur Faezah Kamaruzaman. (2017). Kesantunan Bahasa dalam Rancangan Bual Bicara Meletop: Satu Kajian Sosiolinguistik. Jurnal Linguistik, 21(2), 060-068.

https://plm.org.my/ejurnal/index.php/jurnallinguistik/article/view/25

Mohd Norazizi Samsudain & Mardiah Shah Omar. (2022). Penggunaan Unsur Bahasa Negatif terhadap Hantaran Isu 1MDB oleh Pengguna Facebook. Jurnal Pengajian Melayu, 33(1), 87-107.

https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/36434

Moher, D., Liberati, A., Tetzlaff, J., Altman, D.G. & The PRISMA Group. (2009). Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses: The PRISMA Statement. Open Medicine. 3(2), 123-130. http://dx.doi.org/10.1016/j.jclinepi.2009.06.005

Nor Aziah Mohd Amin & Mohamad Noor Salehuddin Sharipudin. (2021). English Profanity on Social media: Linguistic Preferences and Reasons for Use. The European Proceedings of Social and Behavioural Sciences. E-ISSN: 2357- 1330.

https://www.researchgate.net/publication/352298023_English_Profanity_On_Social_Media_Linguistic_Preferences_And_Reasons_For_Use

Nor Hayati Umor & Awan Ismail. (2022). Berita Covid-19: Suatu Analisis Kritikan Pedas Netizen di Facebook. Jurnal Linguistik, 38(1), 270-283.

https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1473

Nur Iffah Zulhairi & Junaidi Kasdan. (2022). Ungkapan Makian dalam Wacana Politik dan Kepemimpinan di Twitter: Analisis Ketidaksantunan Berbahasa. Jurnal Wacana Sarjana, 6(1), 1-16.

https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/459/369

Nur Syafieqa ‘Ifwat Mohmod Rofik & Maizura Osman. (2024). Ungkapan Kesat dalam Penggunaan Implikatur di Media Sosial pada Musim Pilihan Raya. Jurnal Linguistik Melayu, 32(1), 139-160.

http://www.pertanika.upm.edu.my/pjssh/browse/regular-issue?article=JSSH(S)-1572-2024

Nurrissammimayantie Ismail, Amirah Ahmad, Norizah Ardi & Noriza Daud. (2019). Ketidaksantunan Bahasa dalam Komen Isu Peletakan Jawatan YDPA. Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara.

Pranckute, R. 2021. Web of ˙Science (WoS) and Scopus: The Titans of Bibliographic Information in Today’s Academic World. Publications 9(1): 12.

Rahmad Setyo Jadmiko & Rian Damariswara. (2022). Analisis Bahasa Kasar yang Ditirukan Anak Remaja dari Media Sosial TikTok di Desa Mojoarum Kecamatan Gondang Kapubaten Tulungagung. Jurnal Pendidikan Bahasa dan Sastra, 15(2), 227-238.

https://journal.um-surabaya.ac.id/Stilistika/article/view/13162

Ria Dewi Hudayani Sugara & Ria Saparianingsih. (2019). English Cursing Analysis of Millennial Generation in Social Media Investigate. Proceedings of the 1st International Conference on Folklore, Language, Education and Exhibition (ICOFLEX 2019).

Rusydiah Abd Salam & Maslida Yusof. (2023). Sorotan Literatur Bersistematik Kajian Binaan Kompleks Bahasa Melayu dari Sudut Sintaksis. GEMA Online® Journal of Language Studies. 23(2), 98-118.

https://journalarticle.ukm.my/21776/1/Gema%20Online_7.pdf

Sarah Nur Najwa Mohd Nasir & Maslida Yusof. (2022). Sorotan Literatur Bersistematik Kajian Bahasa Komunikasi di Internet dari Sudut Pragmatik. GEMA Online® Journal of Language Studies. 22(2), 185-204.

https://journalarticle.ukm.my/19927/1/49415-184429-2-PB.pdf

Shilphy A. Octavia. Kepribadian, Bahasa dan Norma Kesantunan Guru. Jurnal Sosial dan Teknologi. 2(11), 984-989.

Siti Ezaleila Mustafa. (2014). Penghijrahan dari Dunia Realiti ke Dunia Maya: Tinjauan Umum terhadap Dunia Maya Sosial Terpilih. Jurnal Komunikasi: Malaysian Jurnal of Communication, 30 (special issue), 243-258.

Wan Robiah Hj. Meor Osman & Chong Shin. (2023). Kedinamikan Bahasa Melayu di Ambang Perkembangan Media dalam Talian dari Perspektif Perubahan Makna. Jurnal Akademika. 93(1), 277-292.

https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1583

Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2009). Parameter Kesopanan dalam Kalangan Kanak-Kanak dan Remaja: Analisis pragmatik. Laporan penyelidikan yang tidak diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694