Perubahan Dalam Kurikulum Mata Pelajaran Sains Tahun 1: Analisis Kesediaan, Cabaran dan Strategi Guru

Suganti Ealangov, Siti Nur Haslinda Md Saleh, Mohd Zain Derasip, Khairul Azhar Jamaludin

Abstract


Isu perubahan kurikulum terutamanya Sains Tahun 1 tidak dapat dielak oleh guru kerana kandungan kurikulum sedia ada yang padat dan sukar menjadi perdebatan dalam kalangan ahli akademik. Hal ini menyebabkan guru-guru bergegas menghabiskan silibus tanpa mengambil kira tahap penguasaan murid. Oleh itu, adalah wajar untuk melakukan perubahan dalam sukatan mata pelajaran sains agar kurikulumnya kekal relevan, mudah difahami dan diminati oleh murid. Justeru, guru perlu bersedia dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap bagi menghadapi cabaran perubahan kurikulum. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan, cabaran dan strategi guru Sains Tahun 1 menghadapi perubahan kurikulum. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif kaedah temu bual untuk tujuan pengumpulan data. Populasi kajian ini terdiri daripada guru Sains Tahun 1 Sekolah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah Melaka dan lima orang informan dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Temu bual separa berstruktur dijalankan menggunakan protokol temu bual yang diadaptasi daripada kajian-kajian lepas dan data dianalisis secara tematik. Dapatan kajian menunjukkan guru bersedia dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap untuk menghadapi perubahan kurikulum Sains Tahun 1. Namun begitu, guru menghadapi cabaran yang ketara dari segi pengetahuan aras tinggi dan penguasaan terhadap kandungan kurikulum. Walaupun terdapat cabaran, guru bersedia menghadapi cabaran tersebut dengan melaksanakan strategi-strategi yang berkesan bagi menghadapi perubahan kurikulum.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694