Golongan Profesional Melayu di Terengganu: Kajian Sosio-Budaya (The Malay Professionals in Terengganu: A Study of Sosio-Culture)

NOR HAYATI SA'AT (Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM), norhayati@kustem.edu.my)

Abstract


Professionals are the product of the society’s modernisation process. In developing countries like Malaysia, professionals play an important role in economic development and the development of society. However, the growth of professionals has been uneven between ethnic groups as well as between the less developed east coast states and the more developed west coast states of Peninsular Malaysia. Malay professionals emerged later than non-Malay pro- fessionals. As such a study on their contribution to Malaysia’s modernisation and development is important. This study which focuses on the less developed state of Terengganu has two objectives: (i) to analyse the emergence and expansion of Malay professionals in Terengganu; and (ii) to identify some of the cultural elements of Malay professionals in Terengganu. In this study, culture is defined to include thoughts, values as well as actions. The study uses the quantitative method by administering a set of questionnaire on 110 respondents from among Malay professionals in the public and private sectors in Kuala Terengganu. It also uses the qualitative approach (in-depth inter- views with five key informants) including direct observation, as well as library research. The study provides a profile of Malay professionals in Terengganu. It shows that the principal element in their culture is job satisfaction and interest in the job. At the same time, other factors such as salary, opportunities for promotion, clear organisational goals, as well as good terms and conditions of service are also taken into account. In terms of their thinking, they show a level of maturity and openness, especially in their views regarding the rela- tionship between the state and federal governments. The study shows that almost all respondents felt that there should be cooperation, assistance and support from the Federal Government, especially in terms of financial alloca- tion to develop the state of Terengganu.

ABSTRAK

Golongan profesional adalah produk pemodenan masyarakat. Di negara sedang membangun seperti Malaysia, golongan ini menjadi penting dalam usaha memajukan ekonomi dan masyarakatnya. Namun, perkembangan golongan ini tidak seimbang di antara pelbagai etnik dan juga di antara negeri kurang maju di pantai timur dan negeri maju di pantai barat Semenanjung Malaysia. Golongan profesional Melayu berkembang kemudian daripada bukan-Melayu. Justeru, sumbangan mereka dalam proses pemodenan dan pembangunan Malaysia adalah penting untuk dikaji. Kajian ini yang tertumpu ke atas negeri kurang maju, iaitu Terengganu, mempunyai dua objektif: (i) menganalisis proses pembentukan golongan profesional Melayu di Terengganu; dan (ii) mengenal pasti beberapa unsur budaya golongan profesional tersebut. Budaya dalam kajian ini merangkumi kedua-dua aspek iaitu pemikiran dan nilai (peringkat idea) serta tingkah laku seseorang aktor (peringkat perilaku). Kajian ini menggunakan kedua-dua kaedah kuantitatif dan kualitatif termasuk pemerhatian secara langsung. Kaedah kuantitatif menggunakan instrumen soalselidik ke atas 110 orang responden di Kuala Terengganu. Kaedah kualitatif menggunakan teknik temu bual mendalam ke atas sejumlah lima orang informan utama untuk mendapat data yang lebih terperinci mengenai unsur budaya. Kajian perpustakaan juga dilakukan untuk mendapatkan bahan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji lain, dan juga data dalam dokumen rasmi. Hasil kajian ini telah menyediakan satu profil ciri-ciri golongan profesional Melayu di Terengganu. Kajian ini menunjukkan ciri utama budaya golongan profesional ialah faktor kepuasan dalam bekerja dan minat terhadap pekerjaan. Selain itu, faktor-faktor seperti gaji, peluang kenaikan pangkat, matlamat organisasi yang jelas, serta syarat dan peraturan kerja yang baik juga diambil kira oleh mereka. Dari segi pemikiran pula, mereka menunjukkan kematangan dan berfikiran terbuka, khususnya dalam memberikan pandangan terhadap sesuatu isu mengenai hubungan antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat. Kajian mendapati hampir keseluruhan responden bersetuju bahawa perlunya kerjasama, bantuan dan sokongan daripada Kerajaan Pusat, terutamanya dari segi peruntukan kewangan untuk membangunkan negeri Terengganu.


Full Text:

PDF

References


Abdul Rahman Embong. 1998. Golongan Pengurus dan Profesional Melayu: Satu Kajian Tentang Pemodenan dan Transformasi Masyarakat. Laporan Teknik Kod Penyelidikan M/8/95, Bangi: Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Rahman Embong. 2002. State-led Modernization and the New Middle Class in Malay- sia. Houndsmill & New York: Palgrave.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694