TEKNIK PERSUASIF BAGI MEMPERKASA PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI UNTUK PENGAWALAN TABIAT BURUK: ANALISIS KEPERLUAN PENGGUNA DALAM PEMBANGUNAN APLIKASI INDOMITABLE

Hairulliza Mohd. Judi

Abstract


Tabiat buruk dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi merupakan isu yang penting dan semakin berkembang dalam masyarakat moden. Tabiat buruk tidak nampak begitu kritikal pada permulaannya, tetapi lama-kelamaan, ia menjadi isu serius yang tidak boleh diabaikan. Jika dibiarkan, tabiat ini boleh menimbulkan ancaman besar terhadap kesejahteraan individu, kesihatan awam, dan kestabilan ekonomi. Kepentingan penggunaan telefon pintar dan Internet telah menyumbang kepada peningkatan ketagihan tingkah laku, seperti permainan, media sosial, dan gangguan penggunaan Internet, serta memudahkan penyalahgunaan bahan, termasuk minuman keras. Selain itu, gaya hidup moden sering menyebabkan tabiat buruk seperti pengambilan makanan segera secara berlebihan dan kekurangan aktiviti fizikal  yang menyumbang kepada masalah kesihatan kronik dan tekanan mental. Kebimbangan terhadap kesan negatif yang timbul dari tabiat buruk ini meningkat, termasuk impak terhadap kesejahteraan individu yang menjejaskan prestasi pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keperluan dan kesukaran pelajar dalam mengawal tabiat buruk yang berguna untuk membangunkan aplikasi mudah alih yang menggunakan teknik persuasif bagi memperkasa pelajar dalam mengatasi tabiat buruk tersebut. Kajian ini menggunakan Model Air Terjun sebagai metodologi pembangunan aplikasi. Fasa analisis keperluan meneliti permasalahan tabiat buruk yang dihadapi oleh pelajar, termasuk ketagihan penggunaan telefon pintar, penggunaan Internet, dan kekurangan aktiviti fizikal. Reka bentuk Aplikasi Indomitable  menekankan fungsi yang penting dalam menyokong pengguna mengawal tabiat buruk, termasuk penjejak kemajuan, pengingat, dan elemen motivasi. Pengujian dan integrasi  memastikan keberkesanan serta kebolehgunaan aplikasi ini dalam situasi sebenar penggunaan. Kajian ini menegaskan pentingnya mengatasi tabiat buruk dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi dan menawarkan penyelesaian inovatif melalui Aplikasi Indomitable yang menggunakan teknik persuasif. Sumbangan kajian ini memberikan sokongan yang diperlukan dan memperkasa pelajar dalam mencapai kesejahteraan yang lebih baik. Diharapkan aplikasi ini dapat memberikan sokongan yang diperlukan kepada pelajar dalam menghadapi cabaran tabiat buruk, serta memperkasa pelajar untuk mencapai kesihatan dan kesejahteraan yang lebih baik dalam kehidupan universiti dan selepas tamat pengajian.

 

 


Keywords


Tabiat buruk; analisis keperluan; persuasif; kawalan kendiri; pelajar institusi pengajian tinggi

Full Text:

PDF

References


Abd Rahman, M. ’Aqil, Mhd Salim, M.H. & Mohamad Ali, N. (2023). The evaluation of a persuasive learning tool using think-aloud protocol. International Journal of Advanced Computer Science and Applications 14(6): 318–325.

Alkış, N. & Taşkaya Temizel, T. (2016, November 14-16). The impacts of persuasive messages on students‘ motivation and learning management systems use. ICERI2016 Proceedings 1, Seville, Spain: 4380–4389. https://library.iated.org/publications/ICERI2016/start/600

Bezençon, V., De Santo, A., Holzer, A. & Lanz, B. (2023). Escape addict: A digital escape room for the prevention of addictions and risky behaviors in schools. Computers and Education, 200, 1-16.

Brickwood, K.J., Watson, G., O’brien, J. & Williams, A.D. (2019). Consumer-based wearable activity trackers increase physical activity participation: Systematic review and meta-analysis. JMIR MHealth and UHealth 7(4): 1–30.

Ibrahim, N., Hui, S. J., & Li, Y. K. (2021). The effectiveness of a persuasive mobile app to influence habit change. In C. S. Mustaffa, M. K. Ahmad, N. Yusof, M. B. M. H. @. Othman, & N. Tugiman (Eds.), Breaking the Barriers, Inspiring Tomorrow, vol 110. European Proceedings of Social and Behavioural Sciences (pp. 491-497). European Publisher. https://doi.org/10.15405/epsbs.2021.06.02.62

Johan, E.J., Salleh, S.M. & Aziz, Z.A. (2021). Pendekatan teknologi persuasif memicu peningkatan motivasi pelajar menangani permasalahan ‘mati akal’ dalam penyelesaian tugasan makmal Pengaturcaraan Berorientasi Objek. Jurnal Dunia Pendidikan 3(4): 189–209.

Lam, M.C. (2022). Kebolehgunaan penggunaan platform realiti maya Mozilla Hubs dalam pengurusan program pelajar. Asean Journal of Teaching and Learning in Higher Education 14(1): 25–37.

Manzoor, A., Basri, R., Ali, I., Javaid, S., Amjad, M., Amin, U. & Kamran, H. (2020). Smartphone addiction/ overuse and its effect on dietary behavior and lifestyle -A systematic review. EAS Journal of Nutrition and Food Sciences 2(5): 289–297.

Matthews, J., Win, K.T., Oinas-Kukkonen, H. & Freeman, M. (2016). Persuasive technology in mobile applications promoting physical activity: A systematic review. Journal of Medical Systems 40(3): 1–13.

Mu, W., Luo, J., Rieger, S., Trautwein, U. & Roberts, B.W. (2019). The relationship between self-esteem and depression when controlling for neuroticism. Collabra: Psychology 5(1): 1–13.

Murillo-Muñoz, F., Navarro-Cota, C., Juárez-Ramírez, R., Jiménez, S., Nieto Hipólito, J.I., Molina, A.I. & Vazquez-Briseno, M. (2021). Characteristics of a persuasive educational system: A systematic literature review. Applied Sciences 11(21): 10089.

Nurulhidayah, A. & Norasykin, M.Z. (2020). Pengaplikasian pendekatan pembelajaran aktif di kalangan pelajar tahun akhir pendidikan pra siswazah. Innovative Teaching and Learning Journal 3(2): 92–106.

Orji, R., Reilly, D., Oyibo, K. & Orji, F.A. (2019). Deconstructing persuasiveness of strategies in behaviour change systems using the ARCS model of motivation. Behaviour and Information Technology 38(4): 319–335.

Patel, M.S., Volpp, K.G., Rosin, R., Bellamy, S.L., Small, D.S., Fletcher, M.A., Osman-Koss, R., Brady, J.L., Haff, N., Lee, S.M., Wesby, L., Hoffer, K., Shuttleworth, D., Taylor, D.H., Hilbert, V., Zhu, J., Yang, L., Wang, X. & Asch, D.A. (2016). A randomized trial of social comparison feedback and financial incentives to increase physical activity. Am J Health Promot 30(6): 416-24.

Rahman, N.Q. & Hilwa, A.@ M.N. (2021). Ketagihan telefon pintar dan ketagihan pornografi terhadap kesihatan mental dalam kalangan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana 5(1): 1–9.

Ravichandran, B.D. & Keikhosrokiani, P. (2022). A glance to develop an emotional-persuasive habit-change support mobile application for heart disease patients (BeHabit). Journal of Information Technology Management 14: 141–162.

Salmah, O. & Malisah, L. (2016). Pengaruh peranti teknologi kepada perkembangan sosial dan permasalahan kesihatan kanak-kanak. Jurnal Kebajikan Masyarakat (October): 1–11.

Siti Nazurulaina, H.A., Siti Aishah, Y., Suhaya, D. & Noraini, A.R. (2021). Kecerdasan spiritual dan kesihatan mental remaja. Jurnal’Ulwan 6(1): 144–154.

Sumaiyah, M., Vivian Sheereen, R., Lo, I.S.J., Adibah Nabilah, Z., Alif Najmi, A., Nabil Amin, M.Y., Ho, W.S., Ahmad Nabil Khairi, M., Nor Azlin, M.N., Normala, M., Deepashini, H., Nor Azura, A., Asfarina, Z., Ismarulyusda, I. & Devinder Kaur, A.S. (2021). Depression, anxiety, and stress related to Online Distance Learning (ODL) does not influence academic performance: Findings from an online survey among undergraduates in Malaysia. Asean Journal of Teaching and Learning in Higher Education 13(2): 99–112.

Villalobos-Zúñiga, G. & Cherubini, M. (2020). Apps that motivate: A taxonomy of app features based on Self-Determination Theory. International Journal of Human Computer Studies 140(April): 102449.

Wan Fathul Hakim, W.Z., Zaliha, W., Azhari, S. & Muhamad Faiz, M.D. (2023). Penggunaan sistem pengesanan emosi bagi melatih kemahiran komunikasi pembentangan. Asean Journal of Teaching and Learning in Higher Education 15(2): 423–440.

Wan Fathul Hakim, W.Z., Zulkhairi, Z.A. & Zambri, H. (2021). Cabaran pembelajaran era


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Index