CABARAN PEMBELAJARAN ERA PANDEMIK: SIMPTOM STRES DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM KEJURUTERAAN MEKANIKAL UKM

Wan Fathul Hakim Wan Zamri, Zambri Harun, Zulkhairi Zainol Abidin

Abstract


Keadaan pandemik yang melanda dunia telah  mengubah landskap pembelajaran di universiti. Dengan perubahan pembelajaran secara atas talian, masa yang perlu diluangkan oleh pelajar di depan komputer adalah lama. Tuntutan  menghadiri kuliah secara dalam talian  adalah hampir sepanjang hari. Manakala komponen pentaksiran seperti kuiz, tugasan, projek dan makmal  telah  diubah mengikut kesesuaian era pandemik bagi menepati kaedah pembelajaran baru ini. Walau bagaimanapun, perubahan pembelajaran dan beban pentaksiran ketika musim pandemik dilihat memberi impak kepada kesihatan mental pelajar. Oleh demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti simptom stres yang dihadapi oleh pelajar ketika musim pandemik. Satu kaji selidik telah dijalankan yang melibatkan pelajar Tahun 1 hingga 4 program Kejuruteraan Mekanikal di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (JKMP), UKM.  Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungkait  antara  simptom stres dengan tahap beban pentaksiran atau beban pembelajaran yang dialami oleh pelajar semasa pembelajaran dalam era pandemik ini. Kajian ini juga telah mengembangkan model kegagalan bahan menurut bidang kejuruteraan khususnya  sifat mekanik dan tingkah laku bahan. Kefahaman terhadap 4 keadaan di mana stres yang dikenakan  boleh dikategorikan sebagai keadaan kompleks yang mampu memberi implikasi kepada kegagalan bahan kejuruteraan, telah dikembangkan untuk mengenalpasti stres terhadap pelajar.  Kajian menunjukkan 78% pelajar berpandangan bahawa bebanan  aktiviti pembelajaran adalah antara faktor  penyebab stres mereka. Namun, hanya 6.9% pelajar merasakan akviti pentaksiran yang diberikan adalah sangat membebankan. Simptom stres  yang dihadapi oleh pelajar telah ditunjukkan pada pemikiran, emosi dan fizikal pelajar.  Hasil kajian ini memberi implikasi terhadap keperluan kepada program untuk mewujudkan  kalendar pentaksiran yang lebih bersifat holistik,   melaksanakan program perkongsian  mental sihat dan program jom senaman  yang boleh membantu mengurangkan stres dan meningkatkan motivasi pelajar.  Kajian ini diharapkan mampu memberi maklumbalas  yang lebih tepat terhadap isu stres dari persepektif pelajar dengan lebih jelas.

Keywords


cabaran pembelajaran; pandemik,; stres; tekanan

Full Text:

PDF

References


Bernama. (2021, Julai 11). UITM conveys condolences over death of two students. Astro Awani. Dicapai pada 16 Julai 2021 dari https://www.astroawani.com/berita-malaysia/uitm-conveys-condolences-over-death-two-students-307886

Dowling, N. E. (2013). Mechanical Behaviour of Materials. Engineering Methods for Deformation, Fracture, and Fatigue. Fourth.

Habeeb, K. A. (2010). Prevalence of stressors among female medical students Taibah University. Journal of Taibah University Medical Sciences, 5(2), 110-119

Johari, M. A., & Ahmad, S. (2019). Persepsi tekanan akademik dan kesejahteraan diri di dalam kalangan pelajar universiti di Serdang, Selangor. EDUCATUM Journal of Social Sciences, 5(1), 24-36.

Kearns, H., & Gardiner, M. (2007). Is it time well spent? The relationship between time management behaviours, perceived effectiveness and work‐related morale and distress in a university context. Higher Education Research & Development, 26(2), 235–247.

Harikiran A G, Srinagesh J, Nagesh K S, Sajudeen N. (2012). Perceived sources of stress amongst final year dental under graduate students in a dental teaching institution at Bangalore, India: A cross sectional study. Indian J Dent Res, 23:331-6

Le, H. N., Berenbaum, H., & Raghavan, C. (2002). Culture and alexithymia: Mean levels, correlates and the role of parental socialization of emotions. Emotion, 2(4), 341.

Misra, R., & McKean, M. (2000). College Students’ academic stress and its relation to their anxiety, time management, and leisure satisfaction. American Journal of Health Studies, 16, 41-51.

Mohd Arif Johari & Sa’odah Ahmad. (2019). Persepsi Tekanan Akademik dan Kesejahteraan Diri di dalam Kalangan Pelajar Universiti di Serdang, Selangor. Journal of Social Sciences, 5(1), 24-36.

Mohd Nazul Ismail. (2020). Cabaran Kepimpinan dalam Pengurusan Pembelajaran Digital. Jurnal Refleksi Kepimpinan, 3, 20-24.

Norasyikin binti Osman & Mohd Isa bin Hamzah (2016). Hubungan Kesediaan Pelajar Mengikuti Pembelajaran Berasaskan Blended Learning Berdasarkan Jantina Dan Program. Jurnalkurikulum & Pengajaran Asia Pasifik 4(2), 1-9

Ramachandiran, M., & Dhanapal, S. (2018). Academic stress among university students: A quantitative study of generation y and z's perception. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 26(3), 2115-2128.

Selye,H . 1976.T he Stresso f Lift. 2nd ed. New York McGraw-Hill Co.

Singh, Harvey. (2003). Building effective blended learning programs. Educational Technology, 43(6), 51–54.

Toghyani, M., Kajbaf, M.B., & Ghamarani, A. (2018). What Does Islamic Lifestyle Say about Depression Management?. Zahedan Journal of Research and Medical Science, 20(7), 67766.

Yikealo, D., Tareke, W., & Karvinen, I. (2018). The level of stress among college students: A case in the college of education, Eritrea Institute of Technology. Open Science Journal, 3(4), 1-18.

Zafir Mohd Makhbul (2010). Benarkah Stres Mengancam Kualiti Kehidupan? Prosiding BengkelPemantauan dan Pembentangan Output Penyelidikan, 41-51.

Zainol, M.M., Amin, N.A.S. & Asmadi, M. (2017). Preparation and characterization of impregnated magnetic particles on oil palm frond activated carbon for metal ions removal. Sains Malaysiana, 46(5), 773-782.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Index