Hubungan Moral Cukai, Peranan Pihak Berkuasa Cukai dan Audit Keatas Pematuhan Cukai Dalam Kalangan Pelajar Sambilan di Institusi Pengajian Tinggi

Faizah Mahat, Soliha Sanusi, Rozana Saedon, Aziatul Waznah Ghazali

Abstract


Pelajar sambilan di institusi pengajian tinggi boleh diklasifikasikan sebagai pembayar cukai kerana mereka sedang bekerja sambil menimba ilmu. Maka, ia sangat penting untuk menilai tahap pematuhan mereka terhadap cukai bagi memastikan masalah seperti pembayaran cukai yang tepat dan baik dapat diselesaikan pada masa depan. Maka, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara moral cukai, peranan pihak berkuasa cukai, penguatkuasaaan dan audit cukai terhadap pematuhan cukai dalam kalangan pelajar sambilan di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Borang soal selidik, yang terdiri daripada 3 bahagian mengenai pematuhan cukai dan 3 item bagi pemboleh ubah bebas diedarkan dan dijawab oleh 116 responden secara atas talian. Beberapa analisis menggunakan Smart PLS v4 telah dilakukan untuk memastikankesinambungan dapatan data. Keputusan menunjukkan moral cukai dan peranan pihak berkuasa cukai mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap pematuhan cukai dalam kalangan pelajar sambilan di institusi pengajian tinggi. Sementara itu, penguatkuasaan dan audit cukai adalah tidak signifikan dalam kajian ini. Hasil kajian ini boleh digunakan oleh kerajaan, pihak berkuasa cukai, agen cukai dan institusi pendidikan dalam merangka pelan pencegahan secara holistik terutamanya kepada pelajar di usia muda.

Kata kunci: Pematuhan cukai; moral cukai; pihak berkuasa cukai dan audit cukai; Smart PLS


Keywords


Pematuhan Cukai, Moral Cukai, Pihak Berkuasa Cukai dan Audit Cukai, Smart PLS

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This journal is indexed by:

   

 

ISSN : 2180-3838

e-ISSN : 2716-6060