Perhubungan di Antara Komunikasi Tentang Ganjaran Berasaskan Prestasi, Keadilan Interaksi dan Komitmen Organisasi

Mohd Ridwan Abd Razak, Azman Ismail, Enah Ali, Azmawaty Mohomad Nor

Abstract


Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai peranan keadilan interaksi sebagai pemboleh ubah pengantara dalam perhubungan di antara komunikasi tentang ganjaran berasaskan prestasi dan komitmen organisasi. Kaedah kaji selidik telah digunakan untuk mengumpul data daripada 310 pekerja di organisasi perkhidmatan pos dan kurir terbesar di Semenanjung Malaysia. Partial Least Square Structural Equation Modelling (PLS-SEM) telah digunakan dalam menganalisis data. Keputusan kajian menunjukkan dua dapatan penting: pertama, perhubungan di antara komunikasi terbuka, keadilan interaksi dan komitmen organisasi adalah signifikan. Kedua, perhubungan di antara komunikasi berahsia, keadilan interaksi dan komitmen organisasi adalah signifikan. Dapatan kajian ini telah mengesahkan bahawa kesan komunikasi tentang ganjaran berasaskan prestasi ke atas komitmen organisasi adalah dipengaruhi secara tidak langsung oleh keadilan interaksi. Dapatan kajian ini juga dapat memberi gambaran yang lebih jelas kepada para pengurus bahawa komunikasi tentang pengurusan ganjaran berasaskan prestasi adalah strategi yang sangat penting perlu digunakan untuk meningkatkan komitmen pekerja terhadap organisasi. Seterusnya, kajian ini menghuraikan perbincangan, implikasi dan kesimpulan.


Keywords


komunikasi terbuka, komunikasi berahsia, ganjaran berasaskan prestasi; keadilan interaksi; komitmen organisasi.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This journal is indexed by:

   

 

ISSN : 2180-3838

e-ISSN : 2716-6060