Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Tempoh Audit Cukai: Kajian dari Perspektif Juruaudit Cukai Di Malaysia

Thilagavathy Apadore, Rosiati Ramli, Mohd Rizal Palil

Abstract


ABSTRACT

 

Tax is an important revenue channel for any country, including Malaysia. Within this perspective, Malaysia introduced the selft-assessment tax system for corporations in 2001 and for individuals in 2004 to enhance tax collection system. Tax audit is an important instrument for the self-assessment tax system as it encourages voluntary tax compliance by tax payers. Compliance to such a system is monitored by the Tax Auditor (Juru Audit Cukai) of the Inland Revenue Board of Malaysia, through external and desk audit processes. The Tax Audit Framework 2007 provides for a tax audit to be completed within a period of 3 months post commencement of the audit. However, the Inland Revenue Board of Malaysia’s 2008 - 2013 Yearly Reports highlighted existence of tax audit cases that could not be completed within the stipulated period. In lieu of this, this paper investigated the factors that contributed to the delays in completion of tax audit cases. To achieve the objective, a total of 209 JACs from IRB offices in the Federal Territory of Kuala Lumpur and Selangor were investigated using a survey mechanism. The result showed  significant relationships between four factors being studied and the time taken to do tax audit;  JAC’s knowledge toward audit work, the complexity of industries, compliance to accounting record keeping by  companies, and the cooperation  given by  companies.The result however  showed insignificant relationship between the size of the companies being audited and the time taken to do tax audit.  This study contributes to the tax audit literature and provides several suggestions to the Inland Revenue Board of Malaysia to restructure and improve the Tax Audit Framework which is seen as too generic.

 

Keywords: Tax audit time period, Tax Audit Framework 2007 

 

ABSTRAK

 

Cukai pendapatan merupakan cukai yang dikenakan oleh Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ke atas pendapatan yang bercukai. Sejak tahun 2001, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Sistem Taksir Sendiri (STS) untuk percukaian syarikat, manakala bagi percukaian individu pula, sistem yang sama telah dilaksanakan bermula tahun 2004. Audit cukai merupakan satu instrumen penting dalam STS kerana ia  menggalakkan pematuhan cukai secara sukarela di kalangan pembayar cukai. Pematuhan cukai ini sentiasa dipantau olah Juru Audit Cukai (JAC) dari LHDNM melalui proses Audit luar dan Audit meja. Mengikut Rangka Kerja Audit Cukai (RKAC) 2007, sesuatu audit cukai perlu diselesaikan dalam tempoh masa 3 bulan bermulanya audit. Akan tetapi data dari Laporan Tahunan LHDNM 2008  hingga 2013 menunjukkan kes audit yang dijalankan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada kelewatan dalam penyelesaian audit cukai. Bagi mencapai objektif utama kajian ini, seramai 209 JAC dari LHDNM Wilayah Persekutuan dan Selangor telah dikaji menggunakan kaedah soal selidik. Hasil kajian ini menunjukkan terdapat hubungan yang  signifikan antara empat faktor yang dikaji dengan tempoh masa audit cukai; pengetahuan JAC terhadap kerja audit, tahap kerumitan industri, pematuhan penyimpanan rekod pengiraan oleh  syarikat, kerjasama yang diberi oleh syarikat . Hasil bagaimanapun mendapati  tiada hubungan yang signifikan antara saiz syarikat yang diaudit dan tempoh masa audit cukai. Kajian ini menyumbang kepada literatur audit cukai dan menyarankan beberapa cadangan kepada LHDNM  untuk menstrukturkan semula  Rangkakerja Audit Cukai yang dilihat terlalu umum.

 

Kata Kunci: Tempoh masa audit cukai, ,Rangkakerja Audit Cukai 2007 


Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/AJAG-2018-10-08

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This journal is indexed by:

   

 

ISSN : 2180-3838

e-ISSN : 2716-6060