Eksplorasi Pembingkaian Isu Penyalahgunaan Dadah dan Bahan di Malaysia dalam Akhbar Harian Metro dan The Star
Abstract
Media dan komunikasi kini menjadi agen penyampaian maklumat yang penting dalam masyarakat, termasuk media cetak yang berperanan dalam menyebarkan maklumat mengenai masalah dadah dan bahan. Kajian ini menganalisis pembingkaian berita dadah dan bahan di dua akhbar utama Malaysia, Harian Metro dan The Star, bagi tempoh Januari hingga Jun 2023 menggunakan teori pembingkaian. Penelitian ini menggunakan kaedah analisis kandungan kuantitatif. 362 artikel berita yang dilaporkan dalam kedua-dua akhbar tersebut dianalisis, dengan 241 artikel daripada Harian Metro dan 121 artikel daripada The Star. Hasil kajian menunjukkan Harian Metro lebih cenderung menggunakan bingkai tanggungjawab (M=0.6100) dan bingkai konflik (M=0.3734) berbanding The Star yang menggunakan bingkai tanggungjawab (M=0.5967) dan bingkai konflik (M=0.3079). Sebaliknya, The Star lebih banyak menggunakan bingkai moraliti (M=0.0275) dan bingkai kesan ekonomi (M=0.2039) berbanding Harian Metro yang mencatatkan (M=0.0346) untuk bingkai moraliti dan (M=0.1978) untuk bingkai kesan ekonomi. Bingkai kepentingan manusia pula menunjukkan Harian Metro (M=0.4241) dan The Star (M=0.3752). Kajian ini juga mendapati bahawa sumber berita seperti PDRM, wartawan atau media dan kementerian/agensi/PBT memainkan peranan penting dalam membentuk bingkai berita dan mempengaruhi penyampaian isu dadah dan bahan kepada pembaca. Di samping itu, kategori peristiwa yang dilaporkan, seperti penangkapan pengedar dan sindiket dadah dan bahan, Operasi pencegahan dadah dan bahan serta jenayah salah laku oleh penggunadadah dan bahan turut mempengaruhi pembingkaian beritatersebut. Secara keseluruhan, kajian ini menyumbang kepada literatur sedia ada dalam bidang kajian media dan komunikasi dengan memberikan perspektif baru mengenai pembingkaian berita di Malaysia.
Kata kunci: Pembingkaian, akhbar, dadah, bahan, sumber berita.
Full Text:
PDFReferences
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). (2022). Maklumat dadah 2022.
Amer Fawwaz Mohamad Yasid, & Noraini Zulkifli. (2022). Memahami sejarah dan geopolitik amerika syarikat dis egi tiga emas Thailand: hubungkait ketagihan dan penyeludupan dadah terhadap keselamatan Malaysia. SINERGI: Journal of Strategic Studies & International Affairs, 2(2), 151–182.
Awan Ismail, Norizah Aripin, & Duang Myra Cheng Sim. (2021). Pembingkaian analisis berita dalam Facebook mengenai Covid-19: Langkah, punca dan laporan jangkitan. Asian People Journal (APJ), 4(2), 161–175.
Azahar Kasim, Mokhtarrudin Ahmad, Azman Bidin, & Rachmat Kriyantono. (2022). Pembingkaian generik berita strategik dalam Program Transformasi Negara (GTP). JurnalKomunikasi: Malaysian Journalof Communication, 38(2), 314–332.
Azizul Halim Yahya, Ismail Sualman, Zulkipli Abu Bakar, Zaliffah Abd Wahab, Nora Nordin, Haminda Agil, Antashah Mohd Nor, Anuar Ali, & Mohd Nur Najmi Nuji. (2019). Keberkesanan program kesedaran awam AADK melalui pendekatan pemasaran sosial. Jurnal Anti-Dadah Malaysia, 11(2), 21–55.
Sadmego, V. B., & Nasucha, M. (2019). Framing news on religion and living environment in online media. Jurnal Komunikasi, 14(1), 93–104.
Gou Siang Pui, & Rani Ann Balaraman. (2022). Framing Covid-19 vaccination: A study of Malaysian mainstream and alternative online news portals. Forum Komunikasi, 17(1), 1–28.
Haslee Sharil Lim Abdullah, Mohd Rafidi Jusoh, Mohamad Isa Amat, Amin Al Haadi Shafie, Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, & Mohd Arief Sadik. (2017). Kajian penilaian keberkesanan program perangi dadah habis-habisan 2016. Journal Antidadah Malaysia.
Jayachandran, J. (2020). The media coverage of drugs and alcohol in Punjab during COVID‐19 Pandemic. Asian Politics & Policy, 12(3), 469-485.
Jozaghi, E., & Vandu. (2022). The overdose epidemic: A study protocol to determine whether people who use drugs can influence or shape public opinion via mass media. Health and Justice, 10(1), 1–7.
Ismail, R., Ghazalli, M. N., & Ibrahim. N. (2015). Not all developmental assets can predict negative mental health outcomes of disadvantaged youth: A case of suburban Kuala Lumpur. Mediterranean Journal of Social Sciences, 6(5), 452-461.
Kho Suet Nie, Chew Chee Khiang, Tan Joon Ling, & Chang Peng Kee. (2003). Pembingkaian isu pendidikan di Malaysia oleh sumber berita dan akhbar Cina. Jurnal Kominikasi: Malaysia Journal of Communication, 27(2), 221–238.
Lecheler, S., & de Vreese, C. H. (2019). News framing effects (1st ed.). Taylor & Francis Group.
Mohammad Adam Danial Hafiz Goh, Mohd Roslan Rosnon, & Asnarulkhadi Abu Samah. (2021). Peranan Modul ISRA dalam membantu kepulihan bekas klien di Kedah, Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(7), 71–82.
Mohammed Faizal Mohd Nor Al Kamaruddin, & Abdul Latiff Ahmad. (2019). Pembentukan penjenamaan diri melalui komunikasi maya di Instagram oleh selebriti wanita Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 3(2), 1–11.
Muhammad Hakimi Tew Abdullah, Abdul Rauf Ridzuan, & Shafinar Ismail. (2019). A comparative study of media framing on blog coverage in Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(3), 21–40.
Noor Zahirah Mohd Sidek, Mohd Rizaimy Shaharudin, Lokman Effendi Ramli, Norazam Mohd Noor, & Rafidah Mohamad Noor. (2023). Analisis penerimaan masyarakat terhadap program libat urus KDN bersama masyarakat setempat. Journal of Public Security and Safety, 15(1), 135–152.
Nurul Ain A. Hamid, & Faridah Ibrahim. (2012). Pembingkaian berita etnik dalam akhbar-akhbar aliran perdana di Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 28(2), 95–112.
Sharon Wilson, & Tham Jen Sern. (2019). Bridging the gap: Exploring police-media relations in Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(3), 74–91.
Norfadhlina Noor, Mansor Mohd Noor, Chang Peng Kee, Shazlin Amir Hamzah, & Ab Bassit Husain. (2020). Kaedah analisis pembingkaian media dan kelompangan ilmu: Sebuah tinjauan tematik. Journal of Social Science and Humanities, 17(8), 14–31.
Norli Yusuf, Mohd Sufien Hassan, Tun Mastura Wan Lokman, & Fazurah Mustaffa. (2021). Pembingkaian akhbar online mengenai isu bantahan pembelajaran tulisan jawi di sekolah vernakular di Malaysia. Jurnal ’Ulwan Special Issue 1: Kololium Penyelidikan Ijazah Tinggi, 6(I), 95–109.
Postma, L. G. M., & Donyai, P. (2021). The cooccurrence of heightened media attention and adverse drug reaction reports for hormonal contraception in the United Kingdom between 2014 and 2017. British Journal of Clinical Pharmacology, 87(4), 1768–1777.
Price, V., Tewksbury, D., & Powers, E. (1997). Switching trains of thought: The impact of news frames on readers’ cognitive responses. Communication Research, 24, 481–506.
Semetko, H. A., & Valkenburg, P. M. (2000). Framing European politics: A content analysis of press and television news. Journal of Communication, 50(2), 93–109.
Sunderland, M., Kershaw, S., Ward, C., Bryant, Z., Teesson, L., Whittle, R., Paton, E., Charnley, J. L., & Skehan, J. (2023). Media reporting on alcohol and other drugs in Australia and the Mindframe guidelines: Baseline data. Drug and Alcohol Review, 42(5), 1078-1086.
Vreese, C. H. (2005). News framing: Theory and typology. Information Design Journal, 13(1), 51–62.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
e-ISSN: 2289-1528